Thursday, February 17, 2011

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)



JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM


Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.

Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu.

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)


TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS

Pengetahuan

•Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas
•nyatakan,
•terangkan,
•namakan,
•labelkan


Kefahaman

•Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf.
•pilih,
•terangkan,
•tulis semula

Penggunaan / Aplikasi

•Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data dll.
•selesaikan,
•ramalkan,
•cari,
•kesilapan,
•bina alat.

Analisis

•Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
•bezakan,
•pasti,
•pilih

Sintesis

•Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.
•bina,
•hasilkan,
•susun,
•kembangkan

Penilaian

•Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik
•pilih,
•berikan,
•alasan,
•kritikan,
•buktikan


Semoga dapat dimanfaatkan dalam penjelasan yang amat ringkas ini.

22 comments:

  1. mohon share maklumat ini.

    ReplyDelete
  2. terima kasih bnyk2.

    ReplyDelete
  3. mohon share maklumat TQ

    ReplyDelete
  4. TQ KONGSI MAKLUMAT NI.SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH . MOHON IZIN KONGSI MAKLUMAT

    ReplyDelete
  6. Tq, maklumat ini sangat berguna, sya mohon izin untuk menggunakan maklumat ini..
    Smoga mendapat keberkatan Allah swt.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..saya juga mohon izin utk dptkn maklumat ni..terima kasih.

    ReplyDelete
  8. satu maklumat yang penting . mohon share .

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya juga mohon izin utk dptkn maklumat ini. Sangat membantu..

    ReplyDelete
  10. Mohon menggunakan makluamt ini untuk dipanjang pada rakan yang lain

    ReplyDelete
  11. Dipersilakan untuk kita memantapkan pengetahuan kita

    ReplyDelete
  12. terima kasih mohon share

    ReplyDelete
  13. terima kasih,mohon keizinan untuk berkongsi maklumat berguna ini.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih tidak terhingga ke atas ilmu yg dikongsi..Semoga Allah membalas jasa baik pihak tuan.. Minta izin jga utk memanjangkannya.. From: Khairil Annuar Bin Mohd Isa SMKJT Ipoh,Pk.

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana dapat berkongsi makluamt...

    ReplyDelete
  16. mohon perkongsian maklumat..jazakallah khoiru jaza' - rosli@smksrirahmat, jb

    ReplyDelete
  17. Terima kasih...sangat berguna

    ReplyDelete
  18. Terima kasih..info sangat berguna

    ReplyDelete
  19. Terima kasih cikgu...

    ReplyDelete