Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat
terutama internet sangat penting. Walau bagaimanapun, penggunaan internet turut
memberikan keburukan kepada masyarakat dan negara.
Dalam era langit terbuka dan era ledakan teknologi maklumat hari ini, penggunaan internet kini sudah menjadi satu perkara
biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan internet dalam kehidupan manusia
sudah tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat
remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada
setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Internet mepunyai pelabagai kesan kepada masyarakat sama ada kesan positif mahupun esa negatif. Namun, ada keghairahan kita menerima
teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat tanpa
disedari.
Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses
pelbagai maklumat yang terdapat di dalam internet itu terutama bahan-bahan
pronografi. Pendedahan yang sebegini boleh meruntuhkan moral dan merosakkan pemkiran seseorang terutama
golongan remaja yang belum mampu untuk memikirkan kesan pendedahan keterlaluan
mereka terhadap bahan sebegitu. Masyarakat atau remaja yang mempunyai jati diri yang rendah akan terus hanyut dan bergelumang dalam dunia fantasi yang tidak memberikan apa-apa manfaat pada diri mereka. Remaja akan menganggap bahan-bahan sebegini
sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula. Internet
telah menyebabkan moral masyarakat yang suatu masa dahulu dipandang tinggi
semakin dipinggirkan pula.
Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk
menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita. Sudah ada banyak laman web
yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip. Bagi masyarakat yang tidak mahu berfikir panjang atau membuat kajian, mereka akan menerima apa sahaja berita yang ditulis dalam internet tanpa memikirkan kesahihan berita atau isu terseut. Propaganda negatif yang tersiar ini boleh menimbulkan kekacauan dan kegelisahan masyarakat. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan
salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan
begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu
dan mengelirukan kepada masyarakat.
Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya
kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat
mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan
perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang
ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga
memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi,
internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat
negara ini.
Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan
melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja
kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar
mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir
sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari
internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh
guru sekolah mereka.
Malahan, pengguna internet juga dikatakan golongan
masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di
hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga,
sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula.
Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang
perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran
kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin
kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.
Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja
harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka
nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan
sebarang tindakan susulan pula. Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan
mengawasi masa dan halaman web yang dilayari oleh anak mereka. Jika boleh ibu
bapa turut sama melayari web bersama-sama anak supaya proses pembelajaran
berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya
tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah ”tepuk dada tanya
selera”.
ok good
ReplyDelete