Wednesday, June 23, 2010

Mengapa Telefon Bimbit Diharamkan Di Sekolah

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini tidak terkecuali golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya semakin mampu dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.

Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-

1. menjadi penghubung yang efektif
2. boleh menghubungi keluarga jika perlu
3. menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
4. mengeratkan hubungan silaturahim
5. menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
6. boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
7. menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video

Manakala kesan buruknya pula:-

1. membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu
2. remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
3. membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
4. mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
5. mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri

Kesimpulan:-

Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja. Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment