Friday, June 4, 2010

Latihan Dalam Cuti - Tingkatan 4 Sains 1 (SMKSJ)

Semua jawapan hendaklah ditulis dalam kertas kajang. Hantar karangan anda pada 22 Jun 2010.

Soalan Karangan :

Bahagian A:

1. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kedatangan pendatang asing ke Malaysia.
Huraian anda hendaklah antara 200 - 250 patah perkataan.

a) Kesan daripada segi ekonomi - menguasai sektor pembinaan, perladangan,pengaliran
wang asing ke luar negara.
b) Kesan daripada segi jenayah - terbabit dlm jenayah rogol, samun, pembunuhan
c) Kesan daripada segi masalah sosial - pelacuran dan melarikan anak gadis tempatan
d) Kesan daripada segi setinggan - mendirikan kediaman yang tidak tersusun.

Bahagian B.
Anda diminta menyiapkan karangan di bawah dengan lengkap dan sempurna. Bagi memudahkan anda, cikgu berikan isi-isi sebagai panduan. Anda boleh menggunakan isi-isi lain jika perlu. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Setiap hari dipaparkan di media-meia tentang masalah ini. Apakah punca-punca berlaku kejadian ini dan nyatakan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Punca-punca :
a) Kurang didikan agama - tidak tahu membezakan perkara halal atau haram.
b) Terpengaruh dengan kawan-kawan terutama
c) Pengaruh media massa seperti media elektronik dan media cetak
d) Kurang kawalan daripada ibu bapa - ibu bapa sibuk dan anak-anak terlalu bebas.

Langkah Mengatasi.
a) Kempen kesedaran dan motivasi diri - oleh pihak kerajaan dan swasta.
b) Ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak - dengar masalah anak-anak, berikan
kasih sayang.
c) Tindakan lebih tegas oleh pihak berkuasa - sebagai pengajaran kepada masyarakat
lain.
d) Kerajaan mengawal penerbitan media yang boleh merosakkan akhlak remaja

2. Buat satu cerpen yang berakhir dengan ayat-ayat berikut."............Aku menyesal atas perbuatan aku yang lalu. Ternyata ibu bapaku sangat kecewa dengan sikap aku selama ini. Aku berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan aku berhasrat untuk segera menemui ibu bapaku bagi memohon maaf.

1 comment:

  1. cikgu kacak.......bape org failed cikgu??? (4SC1)

    P.S HUHUHUHUHUHUHU

    from: secret admire

    ReplyDelete