Monday, January 28, 2013

Budaya Hedonisme Dalam Kalangan Remaja Semakin Membimbangkan



Penularan budaya hedonisme yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup terutamanya di kalangan generasi muda hari ini sekiranya tidak ditangani boleh merapuhkan semangat jati diri dan pegangan agama, kata seorang penulis buku biografi.
Budaya ini, kata Datin Seri Fatini Yaacob, sekali gus membantutkan kesinambungan kepemimpinan negara berkualiti.

Beliau menyifatkan trend yang mementingkan keseronokan hidup sebagai membimbangkan kerana mereka yang mengamalkan budaya ini terlalu fleksibel terhadap semua perkara sehingga boleh melunturkan perasaan kasih kepada bangsa dan negara.

Fatini telahpun menghasilkan buku biografi beberapa tokoh negara termasuk Tun Daim Zainuddin (Daim Yang Diam) dan Naib Canselor Pertama Universiti Teknologi Malaysia Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid (Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu) serta buku riwayat hidup Natrah (Natrah Cinta. Rusuhan. Air Mata).

Fatini berkata apabila budaya hedonisme ini mula menjalar ke dalam masyarakat Melayu terutamanya golongan remaja melalui hiburan, sukan dan cara hidup, secara tidak langsung ia menghakis sifat malu dalam diri mereka.

"Masyarakat yang tidak malu ini membawa kepada gejala sosial yang serius, seperti melakukan maksiat di tempat awam. Ini secara tidak langsung akan menjatuhkan nilai sesebuah masyarakat," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berkata kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada 'cedukan' budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan resam negara ini.

Justeru elemen 'kesederhanaan' perlu ada dalam diri setiap anak muda Melayu bagi menghalang hedonisme sebelum menjadi 'wabak'.

"Apabila pegangan agama golongan muda Melayu tidak 'teguh, mereka tidak akan dapat 'makanan jiwa' dan inilah menyebabkan mereka mudah berpaut pada nilai hedonisme ini," jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menegur gaya pembacaan golongan muda ketika ini yang cenderung kepada pemilihan bahan bacaan berbentuk santai berbanding penulisan ilmiah bermutu tinggi seperti sejarah dan biografi.

Katanya kualiti bahan bacaan juga penting dan perlu dititikberatkan sebagai pencambahan minda, pengetahuan selain dijadikan perisai daripada penjalaran budaya hedonisme.

"Biarpun budaya membaca sudah semakin meningkat, tetapi bahan bacaan juga perlu diambil perhatian. Ia akan meningkatkan semangat jati diri dan nilai kasih kepada bangsa dan negara, selain menjadi benteng daripada suntikan budaya hedonisme," katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa bersama anak-anak bukannya hanya berpaksikan kehidupan materialistik. 

Saturday, January 26, 2013

Novel papa : Nilai dan Pengajaran


PENGAJARAN


Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Seseorang anak memahami perasaan ibu bapa.  Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi.

Seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekununtuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi.

Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Jeffri menanti isterinya Intan Maliana sedar daripada koma. Sekal dari Intan Julia berada di tingkatan lima hingga Intan Julia melanjutkan pelajaran ke kampus induk UIA Jeffri tetap sabar menanti sambil berdoa. Dia juga dengan sabar memberikan semangat kepada Intan Maliana dengan menceritakan pengalaman dan harapannya kepada Intan Maliana walaupun Intan Maliana sedang koma. Dia dapat  bersabar dengan hidupnya tanpa teman telah menolak cadangan Mak Cik Noraini agar berkahwin lagi.

Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah berserah kepada takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Jeffri dan Intan Maliana berserah kepada takdir dengan apa yang bakal berlaku semasa Intan Maliana melahirkan anak kelak. Nasihat itu diberikan oleh Jeffri apabila Intan Maliana meluahkan rasa risaunya kepada Jeffri. Selain daripada itu, Jeffri telah menasihatkan agar Intan Maliana menjaga kesihatan denganbaik dengan mengikut segala nasihat daripada doktor. Jeffri juga menerima takdir bahawa anak lelakinya kembarsiam dan telah meninggal dalam kandungan. Dia tidak menangis dengan apa yang berlaku.

Kita janganlah melanggar hokum agama dan melakukan dosa.Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui tindakan En. Muaz al-Khalibi yang melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita warga Indonesis. Hasil daripada hubungan itu, wanita warga Indonesia telah melahirkan seorang anak dan teah ditinggalkan di tepi longkang dengan niat supaya anak itu mati. Perbuatan itu telah membuatkan Rasylan terhina kerana dialah anak itu. Intan Julia juga menolak apabila Rasylan ingin mengucup bibirnya. Dia sedar bahawa perbuatan itu menyalahi hokum agama.

Kita juga janganlah memandang hina kepada anak luar nikahkerana mereka tidak berdosa. Sebaliknya kewujudan mereka adalah hasil daripada dosa orang lain. Jeffri digambarkan memandang hina anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan rasa terhina.


****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

Watak Intan Julia dan Rasylan menggambarkan nilai ketekunan dan kerajinan dalam menuntut ilmu sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia rajin mengulangkaji sehingga dia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dia kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Mereka telah berjaya dalam setiap peperiksaan semester yang dilaluinya.


Pengarang novel ini juga menggambarkan nilai berfikiran positifmelalui watak Intan Julia. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selain daripada itu, pengarang juga menggambarkan nilaitanggungjawab melalui watak Jeffri. Dia telah memberikan sokongan semangat kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia sentiasa memastikan kesihatan Intan Maliana berada dalam keadaan baik semasa mengandung.  Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah.

Selain daripada nilai di atas, watak Jeffri menggambarkan nilaikesetiaan kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan.  Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Nilai lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berdikari. Nilai ini digambarkan melalui watak Rasylan. Dia sedar dengan keadaan dirinya yang hanya sebagai seorang anak angkat kepada Datuk Muhaimin. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Watak Rasylan juga menggambarkan nilai ketegasan dalam mempertahankan pendirian. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

Novel papa ; Watak dan Perwatakan




WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    INTAN JULIA

Dia merupakan anak kepada Jeffri dan Intan Maliana. Kawan kepada Rasylan. Belajar di Sekolah Seri Gading dan kemudiannya melanjutkanpelajaran di UIA. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dari segi perwatakan, Intan Julia digambarkan sebagai seorang yang tekun dan rajin belajarsehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia rajin mengulangkaji di rumah sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Dia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

Intan Julia juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yangpenyayang kepada ibu dan bapanya. Dia amat sayang dan tertekan setelah ibunya Intan Maliana koma selepas bersalin. Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Disebabkan perasaan sayang yang mendapam kepada ibunya dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Malah Intan Julia pernah menuduh bapanya curang kepada ibunya sehingga dia ditempeleng oleh bapanya. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati bapanya ingin berkahwin lagi. Dia juga sayang kepada bapanya kerana bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap ibunya Intan Maliana dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan bapanya. Oleh sebab itu juga dia kemudiannya memberikan keizinan untuk bapanya berkahwin lagi.                              

Pengarang novel ini juga menggambarkan Intan Julia sebagai seorang yang berfikiran positif. Hal ini dapat diperhatikan melalui tindakannya berkawan dengan Rasylan. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selan daripada perwatakan di atas, pembaca juga mendapat gambaran bahawa Intan Julia merupakan seorang yang keras hati. Dalam hal ini, dia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Intan Julia juga telah berselisih fahan dengan Rasylan. Semasa Rasylan menghubunginya ketika dia berada di rumah, dia tidak mahu menjawab penggilan itu kerana masih marah dan kecewa dengan Rasylan. Namun atas desakan bapanya, dia bercakap dengan Rasylan.


B)     JEFFRI

Jeffri merupakan ayah kepada Intan Julia. Suami kepada Intan Maliana. Majikan dan sepupu kepada Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Dia merupakan seorang pensyarah di Kolej Iktisas. Sebelum menjadi pensyarah, dia juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Dari segi perwatakan, Jeffri merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Dia sentiasa berkepit dengan Intan Maliana sehingga menyebabkan Intan Julia rasa meluat dan cemburu. Oleh kerana sayang kepada isterinya juga membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi.

Selain daripada itu, Jeffri juga digambarkan sebagai seorang yangbertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam hubungannya dengan Rasylan, Jeffri digambarkanmempunyai fikiran yang negatif dan memandang terhadap anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang merupakananak luar nikah. Rasylan telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong.




C)    RASYLAN

Rasylan merupakan anak luar nikah hasil hubungan antara En. Muaz al-Khalibi dengan soerang wanita warga Indonesia. Ibunya telah meninggalkan dia di tepi longkang dengan niat supaya dia mati. Dia dijaga di rumah kebajikan masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Muhaimin untuk dijadikan anak angkat. Merupakan kasan kepada Intan Julia setelah dia berpindah ke Sekolah Seri Gading. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di pusat Matrikulasi UIA.

Dari segi perwatakan, Rasylan digambarkan sebagai seorang yangberdikari kerana dia sedar tentang keadaan dirinya. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Dia mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

Rasylan juga seorang yang setia dalam perhubungan. Dia berhubung rapat dengan Intan Julia sejak di Sekolah Seri Gading. Demi perhubungannya dengan Intan Julia, Rasylan sanggup datang dan berjumpa dengan bapa Intan Julia apabila dicabar oleh bapa Intan Julia iaitu Jeffri. Walaupun bapa Intan Julia tidak menyukai dirinya, hubungan itu tetap diteruskannya setelah dia berada di UIA. Dia selalu bersama Intan Julia untuk merbincang dan mengulangkaji pelajaran. Dia juga selalu menemani Intan Julia keluar seeprti ke kedai buku atau ketika makan dan minum. Rasylan tetap setia kepada Intan Julia walaupun ada pelajar perempuan lain yang cuba mendakatinya.

Tema dan Persoalan Novel Papa




TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.  Pengarang mengungkapkan  ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditempelengi oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang kepada ibunya. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang  berat demi memikirkan kepadaan bapanya yang tidak menentu. Jauh di sudut hati dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya.

Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya.

Walaupun begitu, Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah semasa Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.





PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalanpengorbanan seorang isteri terhadap suami yang amat disayangi. Pengorbanan ini dilakukan oleh Intan Maliana terhadap suaminya Jeffri walaupun perngorbanan itu amat membahayakan nyawanya sendiri. Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi hanya untuk memenuhi permintaan Jeffri walaupun dia pernah koma ketika melahirkan anaknya yang pertama iaitu Intan Julia. Dia telah kehilangan banyak darah. Walaupun telah dinasihatkan oleh Mak Cik Noraini dan kawannya Suzie, namun Intan Maliana tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu demi sayangkan suaminya Jeffri. Dia mengikut nasihat suaminya agar berserah kepada takdir selain daripada berusaha dengan mengikut segaka nasihat doktor.  Akhirnya perkara yang sama berlaku apabila dia melahirkan anak. Dia telah kehilangan banyak darah dan  koma selama beberapa tahun dan akhirnya meniggal dunia.    

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalankesetiaan seorang suami kepada isterinya yang telah banyak berkorban untuk dirinya. Demi kesetiaan terhadap isterinya, Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun telah berkahwin, dia pernah beberitahu Aisyah bahawa dia akan mengutamakan Intan Maliana dan Intan Julia.    

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  ialah persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarga. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Jeffri. Sebagai seorang suami, dia bertanggungjawab terhadap isterinya dengan memberikan sepenuh kasih sayang menjadikan hubungan mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan morak kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa kelahiran anak kedua yang telah meninggal dalam kendungan, dia menguruskan jenazah tersebut untuk dikebumikan. Dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang koma. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Juga belajar di UIA.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan pembuangan bayiyang sedang menjadi isu hangat pada masa kini. En. Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita warga Indonesia di dalam biliknya sehingga wanita itu mengandung. Semasa wanita itu mengandung tiga bulan, Muaz al-Khalibi telah meninggal wanita itu seorang diri tanpa apa-apa ikatan. Perbuatan itu menyebabkan wanita itu kecewa. Setelah melahirkan anak, anak  itu tidak mahu dijaga. Dia telah meletakkan anak itu di tepi longkang dengan niat untuk membiarkan anak itu mati. Nasib anak itu baik kerana dia dijumpai dan dijaga di rumah kebajikan sehinggalah Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat. Menyedari nasib dirinya sedemikian, Rasylan tidak mahu menerima En. Muaz al-Khalibi sebagai bapanya walaupun menerima tawaran yang banyak dan  ujian DNA telah mengesahkan dia adalah anak En. Muaz.                     

Watak Rasylan menggambarkan persoalan pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah. Rasylan telah dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak layak untuk berkawan dengan orang lain. Jeffri telah mengetahui latar belakang Rasylan menyebabkan  dia menghalang hubungan Intan Julia dengan Rasylan. Dia menyuruh Intan Julia merenggangkan hubungan dengan Rasylan. Semasa Rasylan datang ke rumah Intan Julia, Jeffri telah memandang sinis terhadap Rasylan. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong. Apabila Intan Julia keluar dengan Rasylan, Jeffri marah kepada Intan Julia. Jeffri mengatakan bahawa Rasylan tidak tahu asal keturunan.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan poligami dalam masyarakat Islam. Walaupun poligami dibenarkan dalam ajaran Islam, namun ia perlulah mengikut syarat tertentu.  Jeffri pernah dicabar oleh anaknya Intan Julia agar memikat Aisyah dan menyatakan bahawa orang lelaki boleh berpoligami. Namun Jeffri menolak demi menjaga merukunan rumahtangganya bersama Intan Maliana. Jeffri tidak menerima poligami secara melulu. Malah sebelum mengambil keputusan untuk berlahwin lagi, dia telah mengkaji tentang poligami dengan membaca artikel tentang poligami. Intan Julia melihat bapanya membaca petikan berkenaan. Jeffri mengambil masa yang cukup lama sepanjang tempoh isterinya koma untuk mengambik keputusan berkahwin lagi. Keputusan itu dibuat atas alasan kepentingan kehidupannya, bukan atas asalan nafsu.

Hubungan antara watak Rasylan dengan Intan Julia pula menggambarkan persoalan hubungan dan pergaulan dalam golongan remaja terutamanya yang melibatkan hubungan berlainan jantina. Mereka telah menjaga hubungan sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang menyumbang kea rah masalah sosial. Semasa berada di kampus, mereka berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan meluahkan masalah masing-masing. Mereka berjumpa di tempat awam yang dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah selain daripada pergi ke kedai buku dan restoran untuk makan atau minum. Malah pada bahagian akhir cerita, Rasylan cuba mencium Intan Julia, namun mereka telah sedanr tentang larangan agama untuk merkea berbuat demikian. Mereka dapat menerima batasan tersebut.

Sinopsis Papa





(Diambil dari Blog KOMSAS SPM)

SINOPSIS

BAB 1          Intan Julia berada di dapur bersama Mak Cik Noraini. Dia memerhatikan ibunya Intan Maliana dan bapanya Jeffri berbual mesra di luar rumah sambil memetik sayur yang ditanam. Keintiman Intan Maliana dan Jeffti membuatkan Intan Julia berasa cemburu. Mak Cik Noraini menasihatkan Intan Julia kerana Intan Julia belum melalui keadaan demikian.


BAB 2          Beberapa minggu kemudian. Intan Julia pulang dari sekolah sendirian kerana ibunya Intan Maliana sakit. Di dapur Intan Julia makan bubur jagung. Mak Cik Noraini menceritakan kisah bagaimana bapa dan ibunya bertemu jodoh. Mereka mengajar di sekolah yang sama. Sebelum itu bapanya pernah kecewa sebanyak dua kali. Intan Julia teringat ibunya pernah dibawa hospital kerana mabuk darah setelah jarinya luka. Ibu dan bapanya pulang dan memberitahu ibunya mengandung.

BAB 3          Intan Julia mencuri dengar perbualan Mak Cik Noraini dengan ibunya di dapur. Mak Cik Noraini risau dengan ibunya yang mengandung. Ibunya pernah koma setelah melahirkannya semasa berumur 28 tahun. Dia kehilangan banyak darah. Intan Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan tidak mahu menyusu susu tepung. Jeffri membawa Intan Julia bermain tennis. Di situ Intan Julia berkenalan dengan pelajar bapanya, Aisyah. Intan Julia tidak senang hati dengan hubungan mereka. Intan Julia mengajak bapanya pulang lebih awal.
                                
BAB 4          Ketika pulang dari sekolah tengahari, Intan Maliana menumpangkan kawannya Suzie kerana keretanya rosak. Intan Julia duduk di belakang. Suzie menasihatkan Intan Maliana agar mengugurkan kandungan atas sebab keselamatan Intan Maliana. Intan Maliana enggan kerana sayangkan Jeffri. Kandungan itu adalah atas permintaan Jeffri.          

BAB 5          Kandungan Intan Maliana semakin besar. Jeffri menasihatkan Intan Maliana agar mengikut nasihat doktor dan berserah segalanya kepada takdir. Mak Cik Noraini menceritakan pengalaman kelahiran Intan Julia. Intan Julia lahir tidak cukup bulan. Saiz badannya hanya sebesar anak kucing. Oleh kerana Intan Julia tidak mahu minum susu, doctor terpaksa memerah susu ibunya Intan Maliana untuk diberikan kepada Intan Julia.

BAB 6          Aisyah selalu mengajak Jeffri munim tetapi Jeffri menolak kerana tidak mahu kekecohan berlaku antara dia dan isterinya Intan Maliana. Intan Julia secara bergurau mencabar agar bapanya memikat Aisyah. Jeffri enggan kerana memang diatahu Intan Maliana tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

BAB 7          Tahun baru bermula. Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti KebangsaanMalaysia.

BAB 8          Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim.  Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya.         

BAB 9          Intan Julia dihantar oleh bapanya ke sekolah. Di sekolah dia telah berkenalan dengan Rusylan, seorang pelajar baru di sekolah itu. Rusylan agak cemburu dengan kemesraan Intan Julia dengan bapanya. Cikgu Suzie, kawan Intan Maliana memberitahu Intan Julia bahawa dia ingin melawat Intan Maliana di hospital. Dia mengambil keputusan untuk mengekori kereta Jeffri. Rasylan ingin bertemu dengan Intan Julia selepas waktu persekolahan tetapi ditolak oleh Intan Julia.       

BAB 10        Intan Julia pergi ke hospital bersama bapanya Jeffri. Kereta mereka diekori oleh kereta Suzie. Pada waktu petang, Intan Julia memerhatikan album lama. Dia menemui sepucuksurat yang ditulis oleh bapanya kepada ibunya Intan Maliana yang menyatakan perasaan sayang bapanya. Jeffri menegur sikap Intan Julia yang tidak mahu makan kerana rindu kepada ibunya. Semasa mereka makan, Aisyah menghubungi Jeffri untuk bertanya khabar tentang Intan Maliana dan Jeffri.

BAB 11        Mak Cik Noraini menasihati Jeffri agar berkahwin sekali lagi. Namun Jeffri enggan kerana sayangkan Intan Maliana. Intan Julia mula menduduki peperiksaan SPM. Intan Julia meminta keizinan daripada bapanya untuk bertemu dengan Rusylan. Namun bapanya tidak membenarkan. Sebaliknya bapanya mencabar agar Rusylan datang berjumpa dengannya di rumah.      

BAB 12        Aisyah menghubungi Intan Julia dan mengajaknya bermain tennis. Hari berikutnya, setelah pulang dari sekolah, Intan Julia mendapati ibunya telah dibawa pulang. Namun masih dalam keadaan koma. Aisyah datang untuk menjemput Intan Julia bermain tennis. Walaupun dia enggan tetapi bapanya Jeffri memaksanya pergi. Sebelum dihantar pulang, Intan Julia dibawa oleh Aisyah ke rumahnya. Intan Julia berkenalan dengan ibu bapa Aisyah yang merupakan seorang tokoh korporat yang terkenal. Aisyah menghantar Intan Julia pulang setelah hari menjelang malam.

BAB 13        Sudah lapan bulan Intan Muliana koma. Jeffri tetap berdoa agar Intan Muliana segera sedar. Rasylan datang ke rumah Intan Julia untuk berjumpa dengan Jeffri. Jeffri tidak menyenangi Rasylan kerana Rasylan berasal dari rumah anak yatim. Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Datuk Mistakim bin Bahadar. Jeffri juga marah kepada Datuk Mustakim kerana telah melanggar ibu dan bapanya semasa pulang dari surau. Kejadian itu menyebabkan bapanya meninggal dunia. Ibunya lumpuh dan meninggal dunia dua tahun kemudian.       

BAB 14        Intan Julia keluar bersama Rasylan. Setelah pulang ke rumah, bapanya Jeffri memberitahu bahawa dia tidak suka Intan Julia berkawan dengan Rasylan. Jeffri memberi alasan bahawa Rasylan merupakan seorang lelaki yang tidak diketahui asal keturunannya.  Intan Julia menyatakan dia akan merenggangkan hubungan dengan Rasylan walaupun tidak jujur.          

BAB 15        Keputusan peperiksaan telah diketahui. Intan Julia dan Rasylan mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka bersetuju untuk minum di Starbucks Coffee. Intan Julia mendapati bapanya berada di situ bersama Aisyah. Di rumah kemudiannya dia disambut oleh bapanya dan Mak Cik Noraini. Intah Julia menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di UIA.

BAB 16        Intan Julia telah diterima ke Matrikulasi UIA. Bapanya Jeffri telah menghantarnya ke situ. Setelah segala urusan selesai, Jeffri pulang. Intan Julia telah bertemu dengan Rasylan yang menguruskan segala pendaftaran seorang diri. Pada hujung minggu, Intan Julia ditemani oleh Rasylan ke kedai buku sebelum pulang ke rumah. Sekali lagi Intan Julia ternampak bapanya bersama Aisyah di Starbucks Coffee.

BAB 17        Petang Sabtu itu Intan Julia pulang ke rumah. Mak Cik Noraini menegur Jeffri dan Intan Julia kerana mereka duduk terlalu rapat antara satu sama lain. Selesai sembahyang pada malamnya, Intan Julia ke bilik ibunya. Dia mendapati bapanya membaca Yassin dan kemudian berdoa. Intan Julia tidak pulang pada hari minggu berikutnya. Bapanya Jeffri menghubunginya. Kemudian dia dihubungi pula oleh Rasylan untuk mengajak Intan Julia keluar. Rasylan menyatakan bahawa En. Muaz al-Khalabi mahu dia membuat ujian DNA. Sekali lagi Intan Julia terserempak dnegan bapanya bersama Aisyah di Restoran A&W.        

BAB 18        Hari minggu berikutnya Intan Julia pulang ke rumah. Intan Julia bertanyakan tentang Aisyah kepada bapanya Jeffri. Intan Julia memberitahu bahawa dia terserempak dengan bapanya beberapa kali yang lepas. Intan Julia meluahkan perasaan tidak suka dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Muliana. Jeffri menampar Intan Julia menyebabkan Intan Julia kecewa. Besoknya pagi-pagi lagi Intan Julia telah pulang ke asrama.

BAB 19        Rasylan menasihati Intan Julia agar menerima hakikat bahawa bapanya akan berkahwin lagi untuk mendapatkan teman hidup. Rasylan menjelaskan bahawa hasil ujian DNA yang dijalankan menunjukkan bahawa dia merupakan anak kepada En. Muaz al-Khalibi        . Namun Rasylan tidak mahu menerimanya. Pada hujung minggu berikutnya Intan Julia tidak pulang. Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Atas desakan Rasylan, Intan Julia pergi berjumpa dengan bapanya. Intan Julia masih marah kepada bapanya. Dia masih tidak membenarkan bapanya berkahwin lagi. Namun hati Intan Julia menjadi lembut apabila Jeffri meluahkan perasaannya.

BAB 20        Daripada cerita En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mendapat tahu bahawa En.Muaz telah menjalin hubungan dengan pembantu warga Indonesia di biliknya. En. Muaz telah meninggalkan perempuan itu setelah hamil tiga bulan. Setelah lahir, anak itu ditinggalkan di tepi longkang. Jeffri menjemput Intan Julia untuk bertemu dengan bakal isterinya iaitu Aisyah. Jeffri meminta Intan Julia pulang pada hujung minggu untuk menemaninya ke majlis akad nikah. Pada hari minggu berikutnya Intan Julia pulang. Namun dia tidak mengikut bapanya ke majlis akad nikah dengan alasan mahu menjaga ibunya.

BAB 21        Intan Julia demam sehingga tidak sedarkan diri. Jeffri yang membawanya ke hospital. Semasa tidak sedarkan diri Intan Julia bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang serupa dengan bapanya. Pemuda itu menasihatkannya agar menerima  keinginan bapa Intan Julia untuk berkahwin. Doktor menasihatkan Intan Juliana agar tidak terlalu mengikut hati.   

BAB 22        Intan Julia pulang dari hospital setelah tiga berada dalam wad. Dia diambil oleh bapanya dan ibu tirinya Aisyah. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak mempercayai Asiyah. Setelah peperiksaan semester kedua berakhir, Intan Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan bapanya dengan Aisyah. Bapanya marah dan melarang Aisyah memasuki bilik Intan Maliana. Jeffri takut berlaku perkara yangtidak diingini. Aisyah sedih dengan prasangka itu.


BAB 23        Rasylan cemburu kepada Intan Julia sedangkan dia sendiri melayan pelajar perempuan lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas Rasylan memberitahu Intan Julia bahawa dia tidak akan memberitahu bapa angkatnya tentang tawaran daripada En. Muaz kepadanya. Dia akan tetap bersama keluarga angkatnya.          

BAB 24        Sesampainya Intan Julia di rumah, bapanya dan Aisyah tidak ada kerana mereka pergi ke rumah emak Aisyah. Setelah mereka pulang, Aisyah menasihati Intan Julia tertang perhubungannya dengan Rasylan. Dia menasihati Intan Julia supaya lebih banyak kompromi dan tidak terlalu berkecil hati. Rasylan menghubungi Intan Julia. Intan juga bercakap juga dengan Rasylan walaupun hatinya masih berbelah bahagi kerana didesak dan dicabar oleh bapanya.
                     Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana membuka mata. Aisyak masuk ke bilik dan diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia bersama Intan Julia menangis. Kemudian dia sakit dan meninggal dunia.

Friday, January 25, 2013

Perumpamaan dan Pepatah




SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH)
 YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3

BIL
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
MAKNA
1
Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2
Alang-alang  berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5
Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.

7
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8
Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.

9
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

10
Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12
Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

13
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka  bercakap.
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

14
Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16
Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

22
Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.

23
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.

35
Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37
Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38
Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.

39
Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40
Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41
Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42
Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.

43
Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari

44
Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

45
Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46
Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal

47
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana kedegilannya.

49
Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.

51
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya.

52
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.