Novel
Tingkatan 5
NOVEL TIRANI
oleh
Beb Sabariah
BAB 1 – MELONTAR
PUING DUKA
Waheeda ingin melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan
wajahnya. Namun, ibunya sering menasihatinya supaya memelihara kecantikan asli
ciptaan Tuhan.
Walau
bagaimanapun, bagi Waheeda, usaha untuk melakukan pembedahan plastik bukanlah
mengubah ciptaan Tuhan tetapi bertujuan untuk membaiki, memulih serta menjaga
kekemasan diri.
Dia teringat akan zaman persekolahannya. Dia sering diejek dengan
panggilan 'hidung pesek'. Kulit mukanya juga sering menggerutu penuh dengan
jerawat. Keluarganya pula mendirikan pusat pelancongan di Tajau Emas.
BAB 2 - DAYANG
MUDA
Bab 2 novel ini mengisahkan Waheeda, pengurus Chalet Tajau Emas rancak
berbual dengan sepupunya, Fatimah, graduan akauntan yang cemerlang.Waheeda
terus mencapai telefon apabila deringan kedengaran. Waheeda berubah menjadi
serius apabila melibatkan kompromi perniagaan. Dia berasa bahawa kehadiran
rombongan istimewa dari Eropah merupakan peluang keemasan baginya untuk
memajukan chaletnya. Waheeda kagum akan ayahnya, Fadhli yang merupakan pemandu
pelancong, seorang yang peramah dan pandai menghiburkan hati pelawatnya. Fadhli
juga sering berkongsi cerita mengenai sejarah Sarawak kepada pelancong.
Waheeda
dan Fatimah berbincang tentang persiapan yang perlu dilakukan bagi menyambut
rombongan pelawat istimewa itu. Pada hari rombongan itu datang, sedang pekerja
chalet melayan tetamu, Kamri beteriak kepada orang ramai dan mengatakan bahawa
monyet telah masuk ke dalam chalet. Waheeda yang berada di pejabat telah
diserang oleh monyet di bahagian hidung dan pipi. Dia dikejarkan ke hospital.
Setelah dirawat, Waheeda risau akan wajahnya yang akan berparut. Doktor Zakaria
memperkenalkan Waheeda kepada seorang doktor untuk melakukan pembedahan di muka
kerana Waheeda berminat untuk melakukannya.Ibu bapanya berasa bersyukur kerana
anak mereka baik-baik sahaja.
BAB 3 – KATARSIS
Melalui bantuan Ghazi, Waheeda meninggalkan
kampungnya untuk menjalani pembedahan plastik kerana ingin menjadi cantik.
Ibunya, Raidah menemani Waheeda sebelum
perpisahan. Mereka mendengar radio sambil berbual-bual.
Apabila mereka mendapat berita tentang
jambatan Tun Abdul Rahman Yakub telah runtuh, Raidah pun mengimbas kembali
zaman remajanya kerana zaman itulah jambatan tersebut dibina. Raidah mula
bercerita tentang sejarah jambatan itu.
Waheeda pula mengenangkan pembaharuan diri
selepas pembedahan plastik. Walaupun mempunyai risiko semasa menjalaninya,
Waheeda tidak akan menyesal.
Selepas menghabiskan masa yang panjang dalam
perjalanan, mereka tiba di lapangan terbang. Waheeda menitiskan air matanya semasa
menaik kapal terbang kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan keluarganya,
kawannya dan juga tanah airnya.
Sebelum Waheeda tiba di Singapura, dia mengingati rakan lamanya, Bazilah yang bertinggal di Johor. Waheeda tidak mahu menyusahkan
kawannya untuk meruangkan masa bagi menjembut kedatangannya di lapangan kerana
masa sampainya ialah masa bekerja Bazilah. Oleh itu,
dia merahsiakan waktu penerbangannya.
BAB 4 – SEMARAK API SEMARAK HARI
Waheeda sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi,
Singapura. Selepas menjamu selera, dia menaiki sebuah teksi dan menuju ke
destinasi Bazilah, rakan kolejnya.
Selepas
sampai di rumah Bazilah, Bazilah menerangkan perihal tuan rumah tersebut dan
bilik yang akan disewa oleh Waheeda sehingga pembedahannya berakhir. Mereka
juga berbincang tentang perjumpaan Waheeda dengan Dr. Zahari keesokan harinya.
Pada
keesokan harinya, kedua-dua rakan baik tersebut pergi ke salah satu pusat
perniagaan di Jalan Orchard dengan menaiki MRT.Mereka berjumpa dengan Dr.
Zahari di sebuah kedai buku. Dr. Zahari menerangkan
pembedahan plastik hidung yang hendak dilakukan kepada Waheeda.
Keesokan harinya, Waheeda dan Bazilah pergi ke Silicon Medical Centre
untuk berjumpa dengan Dr. Alma Chen. Beliau juga memberikan penerangan mengenai
prosedur pembedahan yang hendak dilakukan oleh Waheeda.
BAB 5 – DOA SELAMAT
Waheeda resah memikirkan pembedahan yang bakal dijalaninya. Pembedahan
selama 10 jam itu membuatkan dia memikirkan pelbagai perkara yang bakal
dihadapinya. Namun, dia sedar bahawa sesuatu yang terjadi pasti ada
hikmahnya. Dia bertawakal kepada Allah dalam hal ini. Hatinya menjadi semakin
kuat untuk meneruskan pembedahan ini apabila dia melihat wajah-wajah wanita
yang berjaya membuat rekonstruksi yang dipamerkan dalam album yang telah
dilihatnya ketika di SMC beberapa hari lalu.
Siang
berganti malam. Waheeda menceritakan rawatan integrasi yang bakal dilaluinya
kepada abangnya melalui emel. Apabila Waheeda menghantar mesej bahawa
pembedahannya mengambil masa sehari suntuk, ibunya, Raidah mula cemas. Raidah
ingin ke Singapura menemani anaknya sepanjang pembedahan dijalankan. Dia
mengarahkan Kamri supaya membeli daun nipah muda untuk dibuat ketupat lepas.
Keesokan
paginya, Waheeda menceritakan ketupat lepas kepada Bazilah seperti yang
dijanjikan. Selepas itu, Waheeda mengemas rumah yang disewanya kerana Bazilah
terpaksa menghadiri kuliah lebih awal pada pagi itu. Bibir merungut seolah-olah
sudah menjadi suri rumah. Tiba-tiba ibunya, Raidah menelefon. Dia bergegas ingin
bersiap ke Lapangan Terbang Changi. Tanpa diduga, ibunya muncul di depan pintu rumah.
Mereka saling berpelukan dengan begitu erat sekali.
Hari berganti hari. Bazilah menemani Waheeda dan ibunya ke SMC. Mereka
terus menuju ke tingkat dua untuk berjumpa dengan Dr. Alma Chen dan
perbincangan bernada serius saling berganti. Mala, juru rawat di situ diarahkan
oleh Dr. Alma Chen untuk menemani mereka ke bilik bedah. Dalam perasaan yang
begitu takut, Waheeda menggenggam erat tangan ibunya. Setibanya di hadapan dewan
kuarantin, Waheeda terus memeluk ibunya erat-erat. Kemudian, dia memeluk
Bazilah. Dia masuk ke bilik persediaan pembedahan dengan harapan dia akan
selamat selepas pembedahan dan impiannya menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment