Ketika di bilik persediaan pembedahan, Waheeda mengimbau kembali
prosedur pembedahan yang diterangkan kepadanya beberapa hari yang lalu.
Dia kemudian dipanggil untuk diberi sedatif. Dr. Shirrim yang peramah
menerangkan prosedur pembedahan kelopak
mata yang bakal dilakukannya sebelum suntikan pelali diberikan kepada
Waheeda.
Ketika
Waheeda menunggu dalam kesejukan, dia didatangi oleh Dr. Rushdi, pakar hidung
yang akan melakukan pembedahan rinoskopi ke atas Waheeda. Pujian yang
diberikan Dr. Rushdi membuatkan hati Waheeda gembira. Dia teringat akan
penerangan Dr. Alma Chen tentang rinoskopi itu.
Semasa disorong ke bilik bedah, Waheeda mengambil peluang memanjatkan
doanya agar memudahkannya menjalani hari bersejarah itu. Dia kemudian terlena
apabila diberikan suntikan ubat bius oleh Dr. Shirrim.
Seperti biasa, Bazilah yang sibuk dengan rutin hariannya menyebabkan
Waheeda kebosanan di rumah kerana ibunya telah pun pulang ke Sarawak. Namun,
hatinya berbunga apabila terbaca sebuah
risalah tentang pakej perlancongan khas yang ditawarkan SMC kepada penerima
rawatan di situ. Dia tekad untuk memberitahu rakannya tentang perancangannya
pada hujung minggu itu.
BAB 7 - KE
PULAU SENTOSA
Waheeda dan Bazilah serta Dr Zahari telah mengikuti
rombongan khas bagi tetamu rawatan kosmetik ke Pulau Sentosa. Mereka menginap di
Hotel Flamingo sepanjang lawatan tersebut.
Di Hotel Flamingo, Waheeda mendapat banyak idea yang
bagus untuk dibawa balik ke Chalet Tajau Emas terutamanya suasana yang memupuk
budaya membaca.
Tiga sekawan turut tersempak dengan Dr Avveroes di
Hotel Flamingo. Mereka telah bersembang tentang banyak topik termasuk bunga,
planet dan asal nama Dr Avveroes.
Semasa
mereka makan malam, Waheeda telah menyatakan sebabnya dia menjalani pembedahan
di Singapura. Dia tidak mahu masyarakat tempatan mengetahui halnya malahan tidak
ingin mencemarkan kesucian agamanya.
Waheeda amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan
orang dari latar belakang berbeza dan mempelajari cara pengurusan pusat peranginan
sepanjang penginapannya di Hotel Flamingo.
BAB 8 -
HADIAH ALAM
Kecantikan
tidak semestinya dinilai dari segi luaran. Jika seseorang wanita mengubah
luarannya demi menarik perhatian lelaki, usaha ini sia-sia. Kecantikan luaran
tidak dapat dikekalkan sebaliknya akan hilang mengikut peningkatan umur namun
kecantikan dalaman akan kekal selama-lamanya. Kecantika luaran tidak semestinya
akan mendapat perhatian tetapi kecantikan dalaman dapat menarik hati dalam
jangka masa panjang. Kriteria seseorang
akan bertambah indah dengan kecantikan luaran. Kata-kata Dr. Rushdi telah
memberikan penjelasan yang lain tentang erti kecantikan.
Selepas
itu, mereka menjamu selera di restoran Flamingo. Dr. Rushdi menceritakan
sejarah bangsanya kepada Waheedah. Bazilah turut menyertai mereka. Waheedah
mengatakan bahawa jika rakyat Malaysia sepakat hati, pasti gemilang pada masa
depan. Fatimah kemudiannya menelefon Waheedah dan menceritakan pengalamannya di Bung Bratak
bersama rombongan MATTA.
Dalam
e-melnya, Fatimah memberitahu Waheedah bahawa pengerusi MATTA menasihati ahli
persatuannya untuk mengembangkan sektor pelancongan kedamaian negara Malaysia menjadi tarikan pelancong dan
para ahli haruslah mengambil peluang keemasan ini. Di samping itu, projek
pembinaan Datuk Yasser sedang rancak membangun. Waheedah ingin bersaing dengan
Datuk Yasser dan jika boleh ingin bekerjasama dengannya.
Pada
petang itu, Waheedah didatangkan dengan berita bahawa temu duga untuk bertugas
sebagai Pegawai Perhubungan di Hotel Flamingo telah berjaya. Selepas berbual
pendek dengan Bazilah, Bazilah berasa gembira bagi Waheedah yang mendapat
jawatan di Famingo Resort itu. Walaupun Waheedah berasa gembira dan bersyukur,
namun dia tetap berasa berat hati untuk meninggalkan Tajau Emas dan berada di
tempat kerjanya buat masa panjang.
BAB 9 – WAJAH PERSONA
Spekulasi
tentang kedatangan Pegawai Perhubungan Awam yang cantik menurut Maître d’hotel,
Kong dua hari lepas tersebar pantas. Orang pertama yang menyapa dan menemani
jelitawan tersebut ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif ialah Penyelia Restoran.
Lais
yang berada di belakang kaunter Bellboy menghulurkan senyuman sambil
mengucapkan selamat datang. Wajah persona menurut Lais, sempat melemparkan
senyuman ke arah kaunter penyambut tetamu lalu hilang daripada pandangannya.
Anati
yang berada di kaunter penyambut tetamu menggeleng-gelengkan kepala melihat
telatah Bellboy yang nakal tersebut. Anita mengingatkan Lais bahawa dia sudah
beristeri dan mempunyai seorang anak. Lais hanya mencebik apabila melihat Kong.
Lais
terus menyoal tentang jelitawan yang hadir tadi. Tersengguk-sengguk Lais
kembali ke mandalanya di belakang kaunter pintu masuk utama sambil mengurut
dada. Semua ketawa melihat gelagat nakal Lais.
Waheeda
bersyukur mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Satu kelebihan yang dapat diraih apabila bekerja di situ
ialah pengalaman dalam suasana perniagaan yang bersaing serta menangani ragam
pelanggan yang pelbagai.
Waheeda
positif dalam tindak- tanduknya. Sikapnya yang ramah, sentiasa tersenyum, dan
suka berbual dengan sesiapa sahaja membuatkannya cepat mesra dan dikenali rakan
setugas serta kakitangan lain walaupun baru bekerja seminggu.
Lais
yang tidak lekang dengan sengihnya memuji gaya keterampilan Waheeda yang
dilihatnya begitu professional berbanding dengan Pegawai Perhubungan Awam lama
yang sudah berusia dan kurang afsun. Dari kaunternya, Anita mencebik sikap gila
bayang Lais.
Malam
itu, Kong menemani Waheeda makan di Restoren de La Rossa. Rakan-rakan Kong ramah
menyapa Waheeda apabila mengetahui Waheeda merupakan staf baharu di sana.
Melangkah semula ke sana mengigatkan Waheeda kenangan bersama Dr. Rushdi, Dr.
Zahari dan Bazilah.
Waheeda
tersentak setelah Kong mengacung tangan ke arah sebuah bekas panas yang
mengandungi longgokan pinggan di dalam bekas khas mengikut cara hidangan ala
buffet malam itu. Menu utama malam itu ialah makanan laut.
Lais
yang hampir tamat syif bertugas sempat memberikan salam dan ucapan selamat
malam sebaik-baik sahaja Waheeda melangkah keluar dan duduk di lobi. Keadaan di
lobi tidak begitu sibuk lantas memberikan peluang kepad pekerjanya untuk saling
berinteraksi dan bergurau.
Lais
memuji penampilan Waheeda yang agak ranggi dengan pakaian biasa. Kemudian, dia
bertanya pendapat Waheeda tentang Flamingo. Waheeda mengatakan bahawa Flamingo cukup sempurna daripada pandangan
matanya.
Sambil
Waheeda duduk, dia menghayati suasana malam yang agak sunyi. Bau haruman
pelbagai bunga daripada bahan pewangi mengelus lembut hidungnya. Kong meminta
diri melihat Waheeda duduk terelit-relit di kerusi.
Waheeda
masih duduk termangu-mangu bersendirian, sesekali dia bertukar senyuman dengan
kakitangan syif malam di bahagian kaunter.
Waheeda
tiba-tiba terperasan seorang lelaki tanpam duduk nerteleku di meja sambil
memegang moktel meloka ke arahnya.
Waheeda terus menghampiri Alex yang mengambil alih syif malam untuk
bertanya tentang jejaka tersebut.
Alex
mengatakan bahawa jejaka yang bernama Zahid itu baru sampai sekejap tadi dan
merupakan lelaki Melayu terakhir yang mendaftar. Akid tersenyum sambil melihat
Waheeda kembali ke bilik.
Waheeda
tersenyum sinis merungkaikan maksud di sebalik nama Zahid tersebut. Waheeda
berusaha menyahpadamkan tindakan bodoh yang tidak beretika dalam profesionnya.
Waheeda
mengatakan bahawa jika dia terpaksa berpindah, dia akan membawa hidung dan
matanya serta senyuman Bazilah sekadar gurauan. Namun kini semuanya telah
menjadi seperti apa yang dikatakan olehnya. Waheeda betul-betul telah membawa
senyuman rakannya bersama.
Kebelakangan
ini Waheeda merasakan bahawa Bazilah berubah. Celoteh dan gurauannya tidak
semesra dan setulus dahulu. Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah
tersebut
Masih
terngiang-ngiang soalan tentang calon suami yang ditanya oleh Bazilah. Waheeda
mengatakan bahawa dia ingin yang berprestij seperti Datuk Yasser, bijak dan
kacak seperti Dr. Zahari dan Dr. Rushdi
dan lawak seperti ayahnya. Bazilah turut
menjawab jawapan yang sama apabila soalan diajuk kepadanya.
Sejak
berdua, penghuni bilik nombor 601 sering bersipongan dengan lantunan bunyi
kekelan. Apabila teringat akan akta gangguan ketenteraman awam barulah mereka
berusaha untuk menekup tangan ke mulut.
Sejak
akhir-akhir ini Dr. Zahari juga sering bertandang ke flat mereka. Waheedalah
yang kerap dan terpaksa melayan Dr. Zahari demi menjaga hati kawan. Bazilah
memerlukan konsentrasi menelaah dan sering memerap di dalam bilik untuk
menyiapkan kajian dan bahan tesis.
Kemesraan
Dr. Zahari kadang-kadang membuatkan Waheeda serba salah. Wjah waheeda yang sedap
mata memandang membuatkan Dr. Zahari seakan-akan lupa tentang kewujudan
tunangnya walau hanya di bilik sebelah.
Dalam
diam, Bazilah diulit cemburu apabila mendengar kekelan Waheeda di ruang tamu.
Dalam hari-hari yang berlalu, Waheeda rasa suasana tidak semesra selalu dan
terdetik riak cemburu terjebak dalam rasa.
Waheeda
mengatakan bahawa betullah kecantikan itu tirani. Waheeda meraup perasaan serba
salah dan muak serta kesal akan sikap lelaki, apatah lagi yang bermata
keranjang.
Waheeda
membina alasan untuk berpindah ke Flamingo. Dia mengatakan bahawa jarak dari
Yishun ke Flamingo terlalu jauh. Waheeda yakin dengan keputusan yang diambil.
Keseronokan
pada minggu pertama denga orientasi kerja dan spekulasi serta puji-pujian pada
diri sedikit sebanyak menyahsendukan riak sedih di wajah Waheeda. Waheeda
menerima tugas pertama yang agak mencabar iaitu menyiapkan brosur galakan
baharu dalam seminggu.
Dalam
merangka program yang bakal di jalankan di Flamingo, Halloway tiba-tiba
memanggilnya. Waheeda mengekori langkah pantas mat salih yang sedikit gelap
dari Afrika Selatan itu menuju ke kafe.
Dia
disapa oleh wajah yang dicam olehnya yang duduk tercokoh di meja berhampiran
pada malam sebelumnya. Waheeda tersenyum lalu menarik kerusi di meja di
sebelahnya dan turut berpaling semula ke arah jejaka itu sebagai tanda hormat.
Waheeda
mengerutkan dahi dan merasa bahang suam mendesah hatinya yang mula berdebar
apabila jejaka tersebut membalas senyumannya. Waheeda mengalihkan pandangan
khuatir gelabahnya dengan merah naik ke muka dijejaki jejaka tersebut.
Halloway
menerangkan tugas yang perlu dilakukan oleh Waheeda dan mengatakan bahawa
Waheeda akan mewakili Flamingo dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa
yang akan diadakan bulan depan di The Four Seasons Hotel. Waheeda menerima
pencalonan itu dalam terpaksa.
Zahid
tersenyum dan berpaling ke arah Waheeda yang masih terpinga-pinga. Zahid
memperkenalkan diri setelah bingkas bangun dan mendekati Waheeda. Zahid
mengatakan bahawa dia baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat apabila melihat
gelagat Waheeda yang asyik memandangnya
Waheeda
juga mendapati bahawa Zahid merupakan orang Sarawak. Zahid mengatakan bahawa
dia bercadang untuk mebawa keluarnya untuk turut bercuti di sana. Sebelum
Waheeda meninggalkan kafe dia sempat mengiklankan Flamingo.
BAB 10 – SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yaseer membaca akhbar dengan lantang membuatkan Zahid
terkejut.Zahid geli hati dengan perangai ayahnya itu.
Kemudian, mereka berbincang tentang masalah cetak rompak yang berlaku di
Malaysia. Zahid ditanya oleh ayahnya alasan dia balik awal dari Amerika
Syarikat dan alasan yang diberikan ialah masalah diskriminasi kaum yang
berlaku.
Datuk
Yaseer mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama Zahid di Singapura.Zahid
menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya dan mereka
berbicara tentang pelbagai perkara.
Waheeda pergi makan tengah hari ditemani oleh Halloway.Selesai makan,
Zahid ternampak Waheeda berjalan dengan Halloway dan berasa sedikit cemburu.
Zahid pergi ke arah Waheeda dan membawa Waheeda berjumpa dengan ayahnya
Datuk Yaseer dan Waheeda berbincang tentang resort mereka di Sarawak.
Kemudian, Datuk Yaseer memberi cadangan untuk mereka makan malam bersama.
Waheeda, Kong dan Anati berbincang tentang pakaian yang akan dipakai
Waheeda dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Setelah selesai
berbincang, Waheeda pergi ke biliknya untuk berehat