Tuesday, February 12, 2013

Latihan Tatabahasa, Komsas dan Karangan


Latihan Tatabahasa

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas   
     menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar            
    imbuhan, menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

       (i)  merawat      -- melawat
       (ii) terbuang     -- terluang
       (iii)mengecam  -- mengancam
                                                                                                [6 markah]

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)    Lim San Tau membeli buku-buku yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi            
      negara maju itu.
(ii)  Pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan terhadap pihak yang      
      bertanggungjawab dalam masalah cetak rompak.
(iii) Puan Siti Fatimah menyampaikan hadiah yang dimenangi oleh pelajar-pelajar itu   
      dalam acara merentas desa. 
[6 markah]

Latihan Komsas.
Jawan soalan berikut berdasarkan novel  Papa atau Konserto Terakhir.

1.      Nyatakan 3 peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang.
a


2.      Nyatakan 4 perwatakan watak utama dalam novel ini?


3.      Berikan 3 latar masyarakat dalam novel yang telah anda kaji?
a

4.      Nyatakan konflik watak utama dan cara watak utama dapat menyelesaikan konflik yang tersebut?


5.      Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang berunsur negatif. Nyatakan 2 peristiwa tersebut.
a 

Latihan Karangan:
Kemalangan jalan raya sering berlaku dalam negara kita? Kemalangan jalan raya sering menyebabkan kematian terutama pada musim perayaan. Bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya di negara kita. 

Keracunan Makanan


Latihan Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Cina.

Pemahaman / Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan dan kepentingan makanan berkhasiat kepada orang ramai.  Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan  oleh media sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukan suatu perkara yang baharu tetapi  telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja disebabkan berlakunya pencemaran makanan.  Malah keracunan makanan juga boleh berlaku di rumah jika cara penyediaannya tidak dijaga dengan baik.
            Namun, kita sering memerhatikan bahawa ramai pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan mereka, sama ada di kantin sekolah, restoran, gerai di tepi jalan atau di pasar malam.  Sepatutnya pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan. Mereka juga dilarang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan atau mengendalikan makanan.  Bahan yang digunakan untuk memasak makanan hendaklah bersih.  Proses memasak makanan juga memainkan peranan yang penting. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya dalam bahan makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur dan hasil tenusu. Makanan dari peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan dimasak secukupnya untuk memastikan bakteria berbahaya terhapus. Bakteria juga boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik. Makanan yang telah dimasak atau disediakan awal jika tidak disejukbekukan akan terdedah dengan pembiakan bakteria yang mencemarkan makanan. Malah makanan yang disimpan pada suhu bilik dengan begitu lama juga tidak selamat walaupun telah dipanaskan kerana cara ini tidak akan menghapuskan bakteria atau kuman penyebab keracunan makanan.
            Keracunan makanan juga boleh berlaku apabila seseorang individu mengambil makanan dan minuman yang tercemar oleh bakteria, virus atau organisma berbahaya. Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan makanan yang tidak bersih di samping penggunaan bekas makanan yang tercemar. Malah penggunaan bahan kimia dan bahan beracun yang semakin berleluasa terhadap sayur-sayuran juga akan mencemarkan bahan makanan itu tanpa mengira cara memasaknya. Gejala yang dialami mangsa keracunan juga berbeza mengikut individu bergantung pada tahap ketahanan seseorang. Keracunan makanan juga akan berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak, warga tua dan individu yang mempunyai imuniti yang rendah terhadap penyakit. Mangsa keracunan makanan akan mengalami gejala-gejala yang berikut seperti loya atau pening, muntah, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen dan demam.
            Isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan masing-masing dengan baik. Yang paling penting, kesedaran semua pihak terhadap kepentingan memakan makanan yang bersih dan berkhasiat.  Mencegah sesuatu lebih baik daripada mengubatinya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Keracunan Makanan, Dewan Siswa, Oktober 2007).