Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya rasuah dan
kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Rasuah bukanlah satu fenomena baru
yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan
tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia
mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan
atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan
atau perkhidmatan dan sebagainya untuk sesuatu kepentingan. Banyak orang lupa
bahawa sebab dan asal-usul amalan rasuah atau korupsi itu berbagai-bagai, bukan
satu dan bukan dua. Kewujudannya dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, saiz,
tempat, dan situasi. Oleh sebab itu, penyelesaiannya pun tidaklah begitu mudah.
Salah
satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah terus berleluasa adalah kerana
sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Ditambah lagi
dengan didikan dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan peraturan agama yang senipis kulit bawang, akhirnya
seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu. Apabila diri telah
dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi
wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain
dan tidak berasa puas dengan apa-apa yang dimiliki. Rasuah juga sering
dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan. Hakikatnya itu
bukanlah satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini perbuatan rasuah
juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi.
Sebenarnya perbuatan rasuah tidak akan terjadi jika seseorang itu berpegang
teguh kepada ajaran agama, dan bertakwa.
Selain itu, rasuah berlaku
disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-pekerja di bawah
tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak
oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal
ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan
penyelewangan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Oleh hal yang demikian,
kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan dalam sebuah organisarsi perlu ada dalam diri
masing-masing agar terhindar daripada perbuatan rasuah. Dalam pada itu,
ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi membendung rasuah merupakan
suatu yang dialu-alukan. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan
daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Di samping
itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape
asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan
dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan
oleh pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan
ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku
kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih
besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di
negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara maju.
Secara
tuntasnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit sehingga
menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha
untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan
rasuah tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan
penerima.
(Dipetik dan diubahsuai
daripada
“Memerangi rasuah hingga ke akar
umbi”
oleh Hj Samad bin
Buang, Dewan Siswa, Jun 2005.)
Berdasarkan petikan Latihan 5 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
[2 markah]
(iii)
Sebagai
seorang anggota masyarakat yang prihatin, apakah peranan yang anda boleh
lakukan untuk mengatasi masalah rasuah yang kian berleluasa di negara kita.
[4
markah]
ada jawapan tak?
ReplyDeleteApa jawapannya
ReplyDeleteJawapan?
ReplyDeleteJawapan????
ReplyDeleteNk jwpn
ReplyDeleteNak jawapan
ReplyDelete