Saturday, April 13, 2013

Ayat Penegas - Memantapkan Kemahiran Berbahasa






Kata penegas atau partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu :

(i). Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya , -kah, -tah, dan –lah.

(ii). Menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang.

Tahukah pelajar-pelajar ?

Kehadiran -kah, -tah, dan –lah sebagai kata penegas frasa predikat
hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh ayat-ayat berikutnya ;

Contoh 1 :
a)    Siapakah yang memandu kereta merah itu?
b)    Berapakah harga penapis air ini?


  
Contoh 2 :
a)    Apatah usaha kita menghidupkan semula seni tarian piring ini.
b)    Siapatah yang menggunakan dewan ini semalam.



Contoh 3 :
a)    Itulah rumah idamanku sejak lima tahun lalu.
b)    Di sanalah bangkai buaya itu ditemui oleh penduduk kampong.

Jenis kata penegas yang kedua bersifat bebas dari segala kehadirannya dalam ayat. Cuba perhatian contoh yang cikgu berikan;

Pegawai juga mesti hadir dalam jamuan itu.
(kata penegas frasa subjek)

Pegawai mesti hadir juga dalam jamuan itu.
(kata penegas frasa predikat)

Pengarah pun akan mengikuti lawatan penanda aras itu.


Hujan hanya turun pada musim dingin sahaja


Pengantin lelaki itu belum sampai lagi


Hanya Isman seorang yang belum menjelaskan bayaran yuran tuisyen.


Budak-budak memang suka permainan itu.

No comments:

Post a Comment