JENIS-JENIS AYAT.
1.0 AYAT SERUAN.
2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan
dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan
perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan
di akhiri dengan tanda seruan.
3.0 KESALAHAN
LAZIM.
(i) Amboi, bisanya
gigitan lipan ini!
(ii) Ewah! bergayanya awak hari ini.
(iii) Siapa nama kamu!
(iv) Wah, sakitnya
tanganku ini!
(v) Cis! Manisnya
buah jambu ini.
4.0 RUMUS.
Intonasi seruan
ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir
ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang
sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan
sebagainya.
Kata Seru
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
|
(a)
Aduh, sakitnya gigiku!
(b)
Aduh, cantiknya rumahmu!
|
Aduhai
|
Untuk menyatakan perasaan sedih
|
(a) Aduhai,
malangnya nasib diriku!
|
Ah
|
Untuk menyatakan tidak setuju atau
menolak sesuatu
|
(a) Ah, saya tak
mahu ikut kamu!
|
Amboi / wah
|
Untuk menyatakan perasaan hairan
|
(a)
Amboi, mahal betul jam ini!
(b)
Wah, berani betul budak ini!
|
Cis
|
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci
|
(a)
Cis, berani dia melawan kataku!
(b)
Cis, kurang ajar betul budak ni!
|
Eh
|
Untuk menyatakan perasaan hairan atau
terkejut
|
(a)
Eh, bila kamu sampai!
(b)
Eh, duit tu ada di sini tadi!
|
Nah
|
Menyatakan perasaan marah
|
(a) Nah, terimalah
habuanmu!
|
Wahai
|
Untuk menyatakan perasaan sayang dan
merayu
|
(a)
Wahai adikku sayang!
(b)
Wahai putera dan puteriku!
|
Hai
|
Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
|
(a)
Hai, diamlah sikit!
(b)
Hai, sudah lama kita tidak bertemu
|
Bedebah
|
Menyatakan perasaan marah
|
(a) Bedebah, berani
engkau berkata begitu kepadaku!
|
Alahai
|
Perasaan menghina atau memperkecilkan
seseorang
|
(a) Alahai, itupun
awak tak boleh buat!
|
Alamak
|
Menyatakan perasaan terkejut
|
(a) Alamak, banyaknya
kerja belum dapat disiapkan!
|
4.0 LATIHAN
PENGUKUHAN.
5.1 Mengenal pasti kesalahan.
(i)
Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur
ini!
(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)
(ii)
Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!
(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)
(iii)
Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.
(Penggunaan tanda seru sepatutnya di hujung ayat)
(iv)
Nah, saya tidak benarkan kamu datang ke
rumah saya!
(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)
(v)
Aduh!
ke mana kamu hendak pergi.
(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)
5.2. Membetulkan kesalahan dalam ayat.
(i)
Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur
ini!
(i) Amboi, tingginya
menara Kuala Lumpur ini!
(ii)
Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!
(i) Eh, kamu dilarang
melalalui kawasan ini.
(iii)
Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.
(i) Syabas, awak berjaya
dalam temu duga!
(iv)
Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke
rumah saya!
(i) Ah, saya tidak
benarkan kamu datang ke rumah saya!
(v)
Aduh! ke mana kamu hendak pergi.
(i) Eh, ke mana kamu
hendak pergi!
5.3. Menentukan ayat
yang betul dan salah.
BIL
|
AYAT
|
Betul / Salah
|
(i)
|
Amboi, garangnya!
|
|
(ii)
|
Nah, ambillah wang ini!.
|
|
(iii)
|
Rumahku terbakar!
|
|
(iv)
|
Eh! Nasri rupanya yang datang.
|
|
(v)
|
Aduhai, malangnya nasib diriku ini!
|
|
(vi)
|
Cis!
penderhaka rupanya lelaki itu.
|
|
(vii)
|
Aduhai, malangnya nasib diriku ini!
|
|
(viii)
|
Ya
Allah, mengapa perkara itu boleh berlaku!
|
|
hai, boleh terangkan dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan deengan 'mengelaskan jenis penggunaan ayat seruan' ?
ReplyDeletehai, boleh terangkan dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan deengan 'mengelaskan jenis penggunaan ayat seruan' ?
ReplyDeleteasdre
ReplyDeletefi
Delete