JENIS-JENIS AYAT.
1.0 AYAT PENYATA.
2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan
dengan maksud membuat pernyataan atau memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat
ini ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
3.0 KESALAHAN LAZIM.
(i) Pekedai itu anak siapa.
(ii) Tolong letak buku ini di atas meja saya
(iii) Jangan bermain di tepi longkang itu.
(iv) Siapa nama bapa
kamu.
(v) Ah, sakitnya
dadaku.
4.0 RUMUS.
Ayat penyata
mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu perkara,
cerita, benda atau kejadian.
Contoh Ayat
|
Keterangan
|
Kakak sedang menyiram
pokok bunga
|
Memaklumkan perbuatan
kakak yang menyiram pokok bunga
|
Lembu itu akan dijual
|
Memberitahu berkaitan
lembu yang akan dijual
|
Musa menjadi pegawai
polis
|
Memaklumkan bahawa Musa
merupakan seorang pegawai polis
|
Pramugari itu berasal
dari negeri Kelantan
|
Memberitahu bahawa
pramugari itu berasal dari Kelantan
|
Pohon rendang itu
tumbang dibadai rebut
|
Memaklumkan pohon
rendang yang tumbang kerana dilanda ribut
|
Mat rempit itu
ditangkap dalam operasi membenteras lumba haram
|
Menyatakan mat rempit
yang diberkas dalam operasi lumba haram
|
Budak-budak itu
bermain di tepi longkang
|
Menceritakan budak-budak
yang sedang bermain berhampiran longkang
|
5.0 LATIHAN PENGUKUHAN.
5.1 Mengenal
pasti kesalahan.
( (i) “Pergi dari
sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
(ayat perintah suruhan)
(ii) Sila makan
kuih itu
(ayat perintah silaan)
( (iii) Ibu menyiram
pokok bunga di halaman rumah ?
(ayat tanya yang dihasilkan dengan meninggikan suara)
( (iv) Apakah
permainan yang digemari oleh anak-anak?
(ayat tanya)
(v) Harap jangan
merokok.
(ayat perintah permintaan)
(vi) Jangan usia
dia
(ayat perintah larangan)
(vii) Jinaknya burung
merpati itu!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(viii) Awak telah
berjaya!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(ix) Cis, berani
awak menghina keluarga saya.
(ayat seruan dengan kata seru)
(x) Amboi, cantiknya
baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
(ayat seruan dengan kata seru)
5.2 Membetulkan kesalahan dalam ayat. Ubah suai
ayat di bawah supaya menjadi ayat
penyata yang sama maksudnya.
(i) “Pergi dari
sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
- Guru mengarahkan sekumpulan pelajar beredar
dari kawasan itu
(ii) Sila makan
kuih itu
Kami dijemput untuk menikmati kuih yang dihidangkan.
(iii) Ibu menyiram
pokok bunga di halaman rumah ?
- Ibu
sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
( (iv) Apakah
permainan yang digemari oleh anak-anak?
- Anak patung merupakan sejenis permainan yang digemari oleh kanak-kanak.
( (v) Harap jangan
merokok.
- Ini
adalah kawasan larangan merokok
(vi) Jangan usik
dia
- Budak itu tidak boleh diusik oleh sesiapa.
(vi) Jinaknya
burung merpati itu!
- Burung merpati itu sangat jinak.
(vii) Awak telah
berjaya!
- Dia telah Berjaya dalam temu duga untuk
kenaikan pangkat.
(viii) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
- Pemuda itu memarahi pihak yang telah
menghina keluarganya.
(ix) Amboi,
cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
- Baju yang diperagakan oleh pragawati itu
sangat cantik.
5.2. Menentukan ayat yang betul atau salah..
BIL
|
AYAT
|
Betul / Salah
|
(i)
|
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke
hospital
|
|
(ii)
|
Orang itu mewasiatkan harta pusakanya kepada
anak yang bongsu
|
|
(iii)
|
Kamu berasal dari mana?
|
|
(iv)
|
Ibu sedang menjahit bahu
|
|
(v)
|
Kami menonton televisyen sehingga larut
malam
|
|
(vi)
|
Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan
ini dijalankan?
|
|
(vii)
|
Sila masuk ke dewan ini
|
|
(viii)
|
Usah dikenangkan lagi perkara ini
|
|
(ix)
|
Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan
dinaiki air
|
|
(x)
|
Tolong hantarkan jawapan sebelum hari
Ahad
|
|
No comments:
Post a Comment