BERDASARKAN
SOALAN PERCUBAAN SPM 2012
(Dipetik dan diubahsuai daripada blog bmspm.
Bahagian 1 :
REMAJA
1. Setiap
remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan pada tahun
2020. Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan negara
tersebut.
Peranan yang
perlu dimainkan oleh remaja
Ø
Belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam bidang
pelajaran- pelajaran dapat melahirkan remaja yang berdaya saing - belajar dalam
pelbagai lapangan
Ø
Belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke
pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti,
Institut Kemahiran Negara, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya..
Ø
Bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin
yang berwibawa - memastikan Negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar
motivasi dan belajar kepimpinan di sekolah - menjadi ketua dalam kegiatan
kurikulum dan kokurikulum.
Ø
Mempelajari sejarah Negara – menanamkan semangat cinta
akan Negara dalam diri – mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang
memerdekakan Negara ini menghargai perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan
tidak berulang lagi.
Ø Mempelajari ilmu agama- menjadi
banteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak baik – terlibat dengan
penagihan dadah – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh menjejaskan nama baik
negara.
2. Remaja
kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu
bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi
telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.
Ø Melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dan riadah
Ø Berkongsi masalah dengan ibu bapa
/ rakan-rakan
Ø Melancong bersama keluarga dan
rakan-rakan
Ø Berjumpa dengan kaunselor / orang
berkenaan sekiranya mempunyai
masalah
Ø Melibatkan diri dengan pelbagai
aktiviti kemasyarakatan
Ø Berfikiran positif
Ø Menghadiri majlis-majlis keagamaan
3. Anda
telah menyertai Program motivasi yang telah diarjurkan oleh pihak sekolah.
Pelbagai aktiviti diadakan. Jelaskan
bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk
terus berjaya.
Ø membentuk sahsiah diri supaya
lebih berdisiplin
Ø motivasi untuk belajar lebih
bersungguh-sungguh
Ø pengurusan masa yang sistematik
Ø membentuk ketahanan fizikal dan
mental
Ø mengasah bakat kepemimpinan
Ø menambahkan ilmu pengetahuan
4. Nilai murni yang harus
diamalkan oleh remaja :
Ø Menghormati ibu bapa
Ø Keperihatinan terhadap warga tua
Ø Tanggungjwb membantu guru
Ø Menjaga maruah diri dan keluarga.
Ø Mengamalkan sikap bersopan santun
Ø Mematuhi peraturan dan
undang-undang negara.
5. Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan
sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk
sahsiah murni anak-anak mereka.
Bincangkan.
Peranan
ibu untuk membentuk sahsiah murni :
Ø Memperuntukan masa berkualiti
bersama anak-anak
Ø Menekankan kecemerlangan dalam akademik
Ø Penghayatan terhadap ilmu agama
Ø Menyelami perasaan atau masalah yang
dialami anak-anak
Ø Memenuhi keperluan anak-anak
secara terkawal
Ø Mengenali rakan anak-anak
masing-masing
Ø Mengamalkan akitiviti secara
bersama – berekreasi, makan, solat.
Ø Memberikan kasih sayang yang
seimbang kepada semua anak-anak
6. Remaja
memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai
remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama
sekolah.
Ø Mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan
Ø Mencipta kemenangan dalam pelbagai
pertandingan yang disertai
Ø Sentiasa berakhlak mulia dan
menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø Menjadi pelajar contoh bagi semua
pelajar
Ø Menjaga kebersihan dan keceriaan
persekitaran sekolah
Ø Berdisiplin dan menjaga nama baik
sekolah ketika mengikuti aktiviti luar.
Ø Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di luar
sekolah.
7. Kebanyakan
anak hari ini berdepan dengan pelbagi masalah. Sehubungan dengan itu,
anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana
tersebut ialah “Peranan Keluarga Dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Ø Memberikan kasih sayang yang
saksama dan tidak berbelah bahagi
Ø Meluangkan masa yang berkualiti dengan
anak-anak
Ø Keluarga mengawasi perilaku
anak-anak ketika berada di luar rumah.
Ø Melengkapkan anak-anak dengan ilmu
agama
Ø Menyediakan kemudahan dan
keperluan asas yang sesuai di rumah
Ø Sentiasa peka dengan masalah yang
anak-anak hadapi
Ø Bersikap sedia mendengar dan
bertolak ansur
Ø Bercakap dan berbincang dalam
suasana lemah lembut
8. Kepentingan semangat
berpasukan dalam kalangan pelajar.
Ø Sesuatu pekerjaan menjadi lebih
mudah dengan adanya kerjasama.
Ø Menerapkan nilai kerjasama dan
toleransi dalam diri pelajar
Ø Mengeratkan hubungan antara rakan
sebaya.
Ø Dapat berkongsi idea dan
pengetahuan untuk kecemerlangan bersama.
Ø Menjadikan sesuatu program yang
dirancang lebih berkesan dan menarik melalui kesepakatan yang dipersetujui
bersama.
Ø Membentuk satu pasukan yang mantap dan diyakini oleh
semua pihak.
9. Ciri-ciri remaja
berwawasan ;
Ø melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dalam pelbagai aspek
Ø menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu
pengetahuan
Ø berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat
bersaing secara sihat antara satu sama lain
Ø generasi muda sekarang perlulah mempunyai
sifat keterbukaan
Ø generasi muda untuk menyiapkan
diri dengan kemahiran dan skil-skil yang kontemporari
Ø Mempunyai daya kepimpinan untuk
mewarisi kepimpinan negara.
Ø Bersikap matang dan rasional dalam
memperkatakan sesuatu isu / polemik.
Ø Bersikap berani dan bertanggungjawab dalam menunaikan
amanah dalam pekerjaan.
tq
ReplyDelete