Saturday, October 27, 2012

Kepentingan SPM dalam hidup



Mengisi Waktu Cuti Sekolah :

Cuti sekolah sering ditunggu oleh setiap pelajar. Cuti sekolah juga dianggap sebagai hari untuk menyimpan beg dan merehatkan minda para pelajar. Adalah sesuatu yang amat malang, jika pelajar beranggapan bahawa cuti sekolah merupakan hari untuk mereka berbulan madu dan melupakan proses pembelajaran. Cuti sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti cuti hujung minggu, cuti penggal persekolahan dan juga cuti awam. Mengapa pelajar perlu bercuti? Apakah program yang boleh dirancang sewaktu cuti ? Semua persoalan itu akan saya huraikan dalam coretan seterusnya.

Dalam suasana bahang SPM kian membara, pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sudah pastinya resah gelisah. Namun jika masih ada yang mampu tidur lena dan dibuai mimpi indah, saya pasti mereka tidak sedikitpun memikirkan tentang kepentingan peperiksaan SPM. Bagi mereka, lulus atau gagal, cemerlang atau kecundang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Orang seperti ini hanya akan mengeluh dan berperasaan, apabila mereka ingin memohon pekerjaan kelak. Ketika itu barulah timbul  kesedaran dalam diri mereka tentang "maha pentingnya" sijil SPM dan kredit dalam bahasa Melayu.

Saban tahun, apabila bekas-bekas pelajar hadir ke sekolah selepas 3 atau 4 tahun meninggalkan alam persekolahan, mereka akan berjumpa dengan guru-guru dan menimbulkan kekesalan dalam diri kerana alpa dan leka ketika mengambil peperiksaan SPM yang lalu. Betapa susahnya mereka meneruskan kehidupan hanya berbekalkan pengalaman atau cakap-cakap tanpa sijil SPM yang sewajarnya. Kekesalan ketika itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Mereka cuba memperbaiki kehidupan dengan mengambil kertas Julai, tetapi rata-rata daripada kalangan mereka tidak mampu memperolehi keputusan yang baik. Terdetik di hati mereka, rupanya mengambil peperiksaan sewaktu di alam persekolahan adalah peluang yang perlu direbut dengan sebaik mungkin.

Dalam mengira detik waktu yang masih berbaki, sewajarnya calon-calon SPM 2012, mengisi waktu dengan sebaik mungkin. Penuhilah detik waktu ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang dapat membantu emosi, rohani dan intelek untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Namun, jangan abaikan kesihatan anda. Pastikan keperluan fisiologi dipenuhi, kerana kita tidak mahu dalam saat-saat intelek sudah bersedia, kesihatan kita terganggu. Kita tidak mahu timbul ketidakselesaan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM buat semua calon SPM 2012. Buatlah yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemuilang.


No comments:

Post a Comment