Bahagian 2 :
UNSUR KEINDAHAN.
Gaya Bahasa.
SINKOF¨Perkataan yang telah dipendekkan dengan cara menghilangkan huruf atau suku kata tertentu.
Contoh : ”hendak” ditulis atau disebut ”nak”.
PERSONIFIKASI¨Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia.
Contoh : Hari telah merangkak senja.
METAFORA
¨Perbandingan secara langsung kerana memberikan sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus.
Contoh : Dada langit , Daerah pengalaman.
DIKSI¨Pemilihan kata yang tepat yang dapat memberikan kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa klasik, bahasa slanga atau bahasa asing.
SIMILE¨Unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bagai dan laksana sebagai perbandingan.Contoh : Dunia macam roda, Aksyen macam Hitler.
HIPERBOLA
¨Unsur yang digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-lebihkan sesuatu berbanding dengan keupayaan atau keadaannya yang sebenar. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kehandalan, kehebatan atau keagungan sesuatu peristiwa atau suasana. Contoh : Perniagaan adalah peperangan, Kalau pecah tentulah dia menghadapi hari kiamat
INVERSI¨Pembalikan susunan kata dalam kalimat. Biasanya bahagian yang penting didahulukan.
Contoh : Pintar kamu, Air mata berderai gugur.
PERIBAHASA¨Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan membawa maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah.
Contoh : Pisang tak kan berbuah dua kali.
PERULANGAN/ REPITISI¨Pengulangan kata atau frasa dalam satu kalimat beberapa kali.
Contoh : Ini khazanah bapak, ini khazanah bapak.
ANAFORA¨Pengulangan kata atau frasa pada awal kalimat.
Contoh : masih di situ, masih memandu kereta lama, masih menuju sekolah yang sama
EPIFORA.¨Pengulangan
kata atau
frasa pada
akhir kalimat.
Contoh : keli masuk ruan keluar, matahari masuk bulan keluar.
PEMBENTUKAN AYAT.
¨Melibatkan penggunaan dan penyusunan ayat hingga meninggalkan kesan rasa yang tinggi . Ayat yang pendek-pendek membawa impak yang teguh dan sesuai dengan suasana ketegangan , ketegasan dan keberanian. Ayat yang panjang sesuai dengan suasana yang tenang, aman dan damai.
PENGAJARAN.
Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan pedoman, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.
Jika positif, gunakan ayat berikut ;รKita hendaklah …….รKita haruslah…..
Jika negatif, ayat berikut perlu digunakan;
ร Kita janganlah....
CARA MENGESAN TEMA.
MELALUI PERWATAKAN WATAK-WATAK
¨Setiap percakapan, tingkah laku, konflik. Pandangan watak perlu diteliti.
MELALUI PERISTIWA PENTING YANG DILALUI
¨Rujukan kepada peristiwa yang ditempohi oleh watak utama dalam hidup
MELALUI PERKARA-PERKARA YANG PALING MENONJOL DALAM CERITA
MELALUI PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMUDIAN DAPATKAN PERSOALAN POKOKNYA.
MELALUI PEMERHATIAN KEPADA PLOT CERITA IAITU SUSUNAN DAN URUTAN PLOT.
¨Melalui perlukisan atau pernyataan langsung yang dilakukan oleh pengarang.
¨Melalui percakapan atau dialog yang diucapkan.
¨Melalui butiran yang terdapat dalam peristiwa sama ada tindak-tanduk, aksi, perasaan, tabiat dan lain-lain.
Adalah diharapkan agar elemen komsas yang dihuraikan dalam bahagia 1 dan 2 dapat dijadikan panduan oleh calon-calon SPM untuk menjawab bahagian pemahaman KOMSAS dan soalan novel.
Untuk memantapkan kefahaman, calon-calon disarankan agar mengadakan perbincangan dalam kumpulan untuk mengesan elemen KOMSAS dalam teks yang dibekalkan.
Selamat maju jaya.

CARA MENGESAN PRSOALAN, LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN.

No comments:
Post a Comment