Fakta – Usaha-usaha Keluarga / Ibu Bapa untuk Membentuk Keluarga Bahagia
1. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan
Ø Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
Ø Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagiamelalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.
2. Memberi Perhatian dan Kasih Sayang
Ø Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
Ø Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlumeluangkan sekelumit masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
3.Memperkenalkan dasar cuti pada Sabtu pertama dan ketiga
Ø Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Setiap ahli keluarga menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama-sama ahli keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti diluangkan untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
4. Memberi Didikan Agama dan Moral
Ø Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah.
Ø Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik-beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing mestilah dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Peribahasa hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah pula seharusnya menjadi azimat sebagai kunci kebahagiaan sejati. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
5. Peranan Media Massa menayangkan /paparan program/rencana yang menyemai bibit-bibit kemesraan dalam keluarga.
Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar.Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Iklan – iklan yang dihasilkan oleh Petronas- iklan musim perayaan,
- Kartun Upin Ipin
- Filem Anakku Sazali-kemewahan yang keterlaluan
- Filem I’m Not Stupid- kisah kanak-kanak yang kurang pandai tetapi mempunyai sahsiah mulia
Penutup
Ø Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Benarlah ungkapan Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Nah sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya slogan maju keluarga, majulah masyarakat kerana pincang keluarga, musnahlah masyarakat.
Ø Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Benarlah ungkapan Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Nah sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya slogan maju keluarga, majulah masyarakat kerana pincang keluarga, musnahlah masyarakat.
No comments:
Post a Comment