Friday, December 10, 2010

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH



SMK SIJANGKANG JAYA
42500 TELOK PANGLIMA GARANG.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

بسم الله الرحمن الرحيم.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

 Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hayati bt Hj Bakri,
 Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
.2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum.
 Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
 Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu
Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.



LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan.
 Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan mengenai program ______________________________
 Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________


UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
 Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ;

.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ


 Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

18 comments:

  1. syukran kerana sudi share TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH. sebenarnya dah lama ana cari teks ini...baru skrng ana jumpa.semoga dengan perkongsian enta ini bermanfaat kepada yang membacanya. jazakallahu khairon...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..ilmu untuk disebarkan demi untuk kesejahteraan umat

    ReplyDelete
  3. laman tuan banyak manfaat.
    tahniah ...daripada rakan seperjuangan (saujanamata)

    ReplyDelete
  4. time kasih atas maklumt yg menarik
    mohon cikgu tunjukkan teks ucapan pengerusi Majlis Sambutan Israk Mikraj

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah...sila ke blog saya kalau perlukan teks pengacaraan majlis...

    http://skrippengacara.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam saha..koi kena lantik jadi pengerusi majlis hari penyampaian kurikulum buat pertamakalinya setelah 22 tahun bekerja..cari punya cari terjumpa blog awok..hahahah tak sangka pulak terjumpa blog awok.boleh tahan awok ni...koiada blog peribadi je ..itu pun tak sempurna..tengoklah..koi jarang tambah baik..cikgusukor.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Esok kena jd MC perhimpunan pagi. Teks ini sgt membantu.

    ReplyDelete
  8. Syukran..pohon diminta ilmu ini..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. byk mmbantu para guru

    ReplyDelete
  10. Mohon dihalalkan ilmu ini untuk dipanjangkan kepada anak-anak murid sekolah saya.


    ReplyDelete
  11. terima kasih cgu share teks ucapan ni. semoga cgu dilimpahi rezeki

    ReplyDelete
  12. mohon copy and paste untuk kegunaan pihak kami, izin tuan didahului dengan terima kasih ..

    ReplyDelete
  13. izin share ya. semoga dikurnikan rezeki yang melimpah ruah

    ReplyDelete