Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, December 10, 2010
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
SMK SIJANGKANG JAYA
42500 TELOK PANGLIMA GARANG.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.
بسم الله الرحمن الرحيم.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hayati bt Hj Bakri,
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
.2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum.
Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.
DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi.
NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu
Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.
LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan.
Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.
UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan mengenai program ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________
UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.
PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ;
.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.
syukran kerana sudi share TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH. sebenarnya dah lama ana cari teks ini...baru skrng ana jumpa.semoga dengan perkongsian enta ini bermanfaat kepada yang membacanya. jazakallahu khairon...
ReplyDeleteTerima kasih..ilmu untuk disebarkan demi untuk kesejahteraan umat
ReplyDeletelaman tuan banyak manfaat.
ReplyDeletetahniah ...daripada rakan seperjuangan (saujanamata)
time kasih atas maklumt yg menarik
ReplyDeletemohon cikgu tunjukkan teks ucapan pengerusi Majlis Sambutan Israk Mikraj
Salam ziarah...sila ke blog saya kalau perlukan teks pengacaraan majlis...
ReplyDeletehttp://skrippengacara.blogspot.com
salam saha..koi kena lantik jadi pengerusi majlis hari penyampaian kurikulum buat pertamakalinya setelah 22 tahun bekerja..cari punya cari terjumpa blog awok..hahahah tak sangka pulak terjumpa blog awok.boleh tahan awok ni...koiada blog peribadi je ..itu pun tak sempurna..tengoklah..koi jarang tambah baik..cikgusukor.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih kerana share
ReplyDeleteSyukran....
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Esok kena jd MC perhimpunan pagi. Teks ini sgt membantu.
ReplyDeleteSyukran..pohon diminta ilmu ini..
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDeletealhamdulillah.. byk mmbantu para guru
ReplyDeleteMohon dihalalkan ilmu ini untuk dipanjangkan kepada anak-anak murid sekolah saya.
ReplyDeletesaya share ye cikgu..terima kasih
ReplyDeleteizin share
ReplyDeleteterima kasih cgu share teks ucapan ni. semoga cgu dilimpahi rezeki
ReplyDeletemohon copy and paste untuk kegunaan pihak kami, izin tuan didahului dengan terima kasih ..
ReplyDeleteizin share ya. semoga dikurnikan rezeki yang melimpah ruah
ReplyDelete