Tajuk Perbincangan Kumpulan 2
Tingkatan 5 Sains 2 – SMK Sijangkang Jaya
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan tersebut.
Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk
mencapai matlamat itu.
Tidak dapat dinafikan bahawa
setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam
peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu
sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid
tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah
kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang
pelajar. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, berazam untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, harus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan tersebut. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang sepatutnya saya
lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut?
Antara usaha yang
akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya
akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah.
Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah
tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda
saya. Bahkan seorang pakar psikologi terkenal pernah menyatakan bahawa “ lima
puluh peratus” kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka
memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Contohnya, saya akan bertanya kepada guru sekiranya terdapat
sesuatu topik yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah
saya jalankan dan saya telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar
dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa
mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang
kurang difahami oleh mereka. Jelaslah, memberi tumpuan ketika guru-guru
sedang mengajar merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Selain itu, saya
akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Contohnya, saya akan menyediakan
jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas. Hal ini
demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu
para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar
yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat
persiapan awal. Terbuktilah, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa
yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Di samping itu,
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat lebih banyak
latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan
yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau
ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi,
“praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama
iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai
kecemerlangan dalam hidup. Contohnya, saya akan membuat latihan bagi setiap
mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik dan saya akan
membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan
dalam pelajaran. Ternyatalah, membuat lebih banyak latihan dan mengulang kaji
pelajaran secara berterusan, pastinya saya akan mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti program di
sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Contohnya, saya akan menyertai segala program-program yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai
dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan
dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan. Tuntasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah merupakan
salah satu usaha bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Usaha yang
berikutnya ialah bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Seseorang
yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam
hidupnya, tentu dia telah menemui kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai
sesuatu kejayaan tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika
saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus
asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat
penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, saya perlu bersikap sabar, tabah
dalam menghadapi halangan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan
tidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Kesimpulannya, untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya hendaklah mempratikkan
usaha-usaha yang telah saya huraikan dalam huraian di atas. Saya berazam untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah untuk masa depan saya agar
tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam
peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada
malam-malam yang gelap-gelita. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat
genggam bara api biar sampai jadi arang.
terbaik
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDeleteminta izin nak copy bgi dijadikan panduan
terima kasih..
ReplyDeleteminta izin nak copy bgi dijadikan panduan
Terima kasih ....
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDeleteBerapa patah perkataan?
ReplyDelete