AMALAN RUMAH TERBUKA
(TEMA) Rumah
terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara
ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya
Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka
sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah
rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU)
Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum
atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan
anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari
kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional,
persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah
kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka
yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan
perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat
atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota
masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang
prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu
pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan
konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau
kerajaan. (BAGAIMANA)
Jadi, setiap kaum seperti
Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka
kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama
lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. (PENEGAS) Tegasnya,
konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam
kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini
juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka
berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan
setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain
selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka
sendiri. (BAGAIMANA)
Sebagai
contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan
sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara
tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi
sekarang. (PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat
resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat
merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka ialah
amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh
hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan
padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan
silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya
akan hilang kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali
sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka,
mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat
perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali
mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya,
hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika
amalan rumah terbuka dibudayakan.
(PENUTUP) Bayangan yang samar kian
jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa kebaikan kepada negara
dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati
dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan
dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat
sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah
siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN)
Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai
Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin.
Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha
kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan
teladan kepada mata dunia.
Terima kasih. Karangan ini sangat membantu :-)
ReplyDeleteThank u so much
ReplyDeleteMohon share kepada pelajar..tqvm
ReplyDeleteThank yOu...
ReplyDeletewakakaka
ReplyDeleteMacam OK je
ReplyDeleteMemang menolong saya utk menyiapkan kerja rumah yg dibagi olh cikgu.Terima Kasih
ReplyDeleteterima kasih....karangan ini sangat menbantu saya
ReplyDeleteSangat membantu saya :) Saya Suka Saya Suka
ReplyDelete#TMKA
saya suka, saya suka nasi ayam
ReplyDelete#ezio
5UIAM , FROM SMK DESA SKUDAI.. Thanks :)
ReplyDeleteMohon share ya cikgu...
ReplyDeleteMohon share ya cikgu...
ReplyDeletemohon share ya cikgu
ReplyDeletethanks.. help me alot.. #STPM . BM
ReplyDeleteSerious membantu gila thanks so much
ReplyDeletecikgu datang sekolah saya tadi hai. SMK P Bukit Kuda.
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga mendapat mafaat
ReplyDeletenice
ReplyDeletemohon Halal ye cikgu...utk share
ReplyDeleteFantastic
ReplyDeleteMohon share. Terima kasih
ReplyDeleteKarangan ini sangat berbantu ! Karangan cikgu guna format IMBCKP (Isi-Mengapa-Bagaimana-Contoh-Kesan-Penegas) untuk menulis.
ReplyDelete#PREFECT
bitlis
ReplyDeleteurfa
mardin
tokat
çorum
FCT
kayseri evden eve nakliyat
ReplyDeleteantalya evden eve nakliyat
izmir evden eve nakliyat
nevşehir evden eve nakliyat
kayseri evden eve nakliyat
0DWR
ığdır evden eve nakliyat
ReplyDeleteağrı evden eve nakliyat
maraş evden eve nakliyat
diyarbakır evden eve nakliyat
şırnak evden eve nakliyat
RİZJ
460B4
ReplyDeletesesli sohbet
çankırı en iyi görüntülü sohbet uygulaması
urfa mobil sohbet odaları
en iyi ücretsiz görüntülü sohbet siteleri
niğde ücretsiz görüntülü sohbet
kadınlarla rastgele sohbet
karaman ücretsiz sohbet
rize canlı sohbet odası
telefonda kızlarla sohbet
289F5
ReplyDeleteSoundcloud Reposts Hilesi
Bitcoin Nasıl Para Kazanılır
Binance Yaş Sınırı
Referans Kimliği Nedir
Coin Kazma Siteleri
Big Wolf Coin Hangi Borsada
Trovo Takipçi Hilesi
Okex Borsası Güvenilir mi
Telegram Abone Satın Al
7A667
ReplyDeletepancakeswap
avalaunch
spookyswap
shapeshift
debank
dao maker
pinksale
uniswap
dexscreener