Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah denganmengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia . Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia . Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum diMalaysia . Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia . Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia . Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
terbaek
ReplyDelete*terbaik
ReplyDeleteterima kasih cikgu, harap karangan ini akan keluar untuk pmr esok hari.
ReplyDeleteTeRiMa KaSiH CIKGU..:)
ReplyDeletex thu la nk kato gapo
DeleteTerima kasih atas nukilan cikgu. :)
ReplyDeletekarangan yang terbaik ..........terima kasih....
ReplyDeleteterima kasih cikgu. ini amat membantu
ReplyDeletesemoga cikgu murah rezeki, sihat sejahtera dan dirahmati allah swt
ReplyDeleteHai
ReplyDeleteApa khabar?
ReplyDeletehttps://bayanlarsitesi.com/
ReplyDeleteManisa
Denizli
Malatya
Çankırı
SD6S
Kocaeli
ReplyDeleteDenizli
Bursa
istanbul
Van
B5Z4
van
ReplyDeletedüzce
mardin
elazığ
sakarya
PLLY
B1D27
ReplyDeleteelazığ ücretsiz sohbet uygulaması
bayburt yabancı görüntülü sohbet siteleri
bingöl en iyi rastgele görüntülü sohbet
antalya seslı sohbet sıtelerı
ısparta ücretsiz görüntülü sohbet
hatay tamamen ücretsiz sohbet siteleri
bayburt kızlarla rastgele sohbet
kırşehir bedava sohbet siteleri
bolu goruntulu sohbet
48246
ReplyDeleteyozgat rastgele sohbet siteleri
igdir rastgele görüntülü sohbet uygulaması
izmir mobil sohbet chat
ücretsiz sohbet uygulamaları
zonguldak sohbet uygulamaları
hakkari sesli sohbet uygulamaları
bedava görüntülü sohbet sitesi
maraş chat sohbet
samsun sohbet chat
37AEA
ReplyDeleteBinance Sahibi Kim
Sonm Coin Hangi Borsada
Shibanomi Coin Hangi Borsada
Coin Kazanma
Sohbet
Youtube Beğeni Hilesi
Periscope Takipçi Hilesi
Kripto Para Üretme
Threads Takipçi Hilesi
5A512
ReplyDeletelayerzero
quickswap
aave
arculus
sushi
metamask
galagames
poocoin
trezor suite
We are seeking dedicated and skilled nurses to join our esteemed healthcare facilities throughout the United Kingdom. Candidates will be responsible for providing exceptional patient care, administering medication, and collaborating with multidisciplinary teams. The ideal candidates will possess a valid nursing license, have excellent communication skills, and exhibit compassion and professionalism. Experience in various healthcare settings is advantageous but not mandatory. We offer competitive salaries, comprehensive benefits, and opportunities for professional development. This is a fantastic opportunity to work in a supportive environment and make a significant impact on patient lives. Applications are now open for immediate placements.
ReplyDeletehttps://www.dynamichealthstaff.com/nurses-job-vacancy-in-uk