Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Saturday, February 11, 2012
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG
(Mesyuarat ini diteruskan juga walaupun YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya tidak dapat hadir kerana ayahanda mertuanya telah kembali kerahmatullah - AlFatihah)
Mengumumkan ketibaan:
Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat
diiringi oleh Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.
Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat
Yang Dihormati En Ahmad b. Yahya,
Pegawai Khas kpd Yang Berbahagia Dato’ Hj Nordin b Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan, DUN Sijangkang.
Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat,
Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir.
Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2011.
Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.
Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 SMK Sijangkang Jaya.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, En Ahmad bin Yahya dan Tn Hj Zulkepli bin Mohamed ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12.
Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara, untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya ke-12 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha En Abd Halid bin Mohd Yassin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..
Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin yang budiman,
Kalau Dato’ pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-12.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato’ menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.
Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh;
Yang Berbahagia Dato’ Hj Nordin bin Selamat.
Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang.
Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik ke pentas untuk membuat cabutan.
Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.
Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.
Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.
Penerima bertuah yang pertama ...................
Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................
Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Pengacara Majlis :
EN SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
CIK NORLIYANA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletesaya mohon nak copy teks ucapan ni...
assalamualaikum...
ReplyDeletesy juga mohon untuk copy teks ini...terima kasih...
Terima kasih atas sumbangan saudara.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletesaya sudah terlalu lama mengacarakan majlis di peringkat sekolah. Teks yang saya guna agak simpel. namun setelah membaca teks saudara, saya agak tertarik utk membuat sedikit perubahan agar hadirin tidak bosan dengan kata-kata yang sudah berlapuk. So, thanks........
saya mohon untuk menjadikan teks saudara sebagai rujukan..terima kasih..
ReplyDeleteTerima kasih sebab beri beberapa idea dan pembaharuan dalam mengemudi mesyuarat PIBG ni. Dah bertahun jadi MC, dah naik kering idea, bertemu blog ni rasa2 dah boleh buang skrip yang lama tu.
ReplyDeleteMntk izin nk copyckit teks ne..ermm,sbtu kene jd MC ler pulok...
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM
ReplyDeleteSAYA MINTA IZIN NAK SALIN TEKS TUAN
TERIMA KASIH
Salam,
ReplyDeleteMinta izin dari saudara untuk saya copy teks ini.
Terima kasih
salam.Saya minta izin copy teks tuan
ReplyDeleteSalam. Saya pun sama nak mintak izin salin teks tuan.. Sabtu ni kena jadi mc gok huhu..
ReplyDeleteAssalamualaikum...ramai yg buat mesyuarat pibg sabtu b\ni ye...saya pun nak minta izin copy teks ni ye saudara...tq..
ReplyDeleteAssalammualaikum. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi share. Terima kasih hanya Allah yang dapat membalasnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteminta izin share teks MC ye... jazakallah.
Assalamualaikum...saya nak minta izin copy teks ni ye saudara...tq..
ReplyDeleteassalamualaikum..minta izin share..kena bat skrip mc utk mesyuarat PIBG Sabtu ini..tq
ReplyDeleteAlhamdulillah, kita dapt berkongsi ilmu demi untuk sebuah kerja yang berkualiti. Semoga kiat dapat sama-sama manfaatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kita dapt berkongsi ilmu demi untuk sebuah kerja yang berkualiti. Semoga kiat dapat sama-sama manfaatnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya juga minta izin untuk copy teks cikgu. Terima kasih banyak2. Semoga cikgu dan keluarga beroleh kebaikan seterusnya.
ReplyDeleteterima kasih.bleh buat rujukan.sangat membantu.
ReplyDeletemohon copy skrip di atas..harap di halalkan:)
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemohon copy skrip ini yer...terima kasih daun keladi..
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletesaya guru baru, sabtu ni dah kena jadi mc untuk pibg..minta izin nak salin teks. tq.
TERIMA KASIH ATS PERKONGSIAN TEKS TUAN..MOHON IZIN WAT RUJUKAN..DIN KLIA..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu. Mohon halalkan saya menceduk teks ini.
ReplyDeleteTerima kasih, ilmu yang dikongsikan mudah-mudahan bertambah nilai dunia dan akhirat. mohon untuk saya salin maklumat.
ReplyDeletethanks! mohon share ya!
ReplyDeleteMohon kongsi ye. tk.Moga Allah saja yang membalasnya
ReplyDeletemohon copy teks saudara
ReplyDeletemaaf yea saya copy. first time jadi mc
ReplyDeleteBaiknya hati cikgu berkongsi teks pengacaraan ni...sy minta izin copy dan edit sikit2...terima kasih cikgu
ReplyDeletemohon copy dan guna skrip ni ya...tq.
ReplyDeleteSalam... Saya mohon izin untuk copy teks ini untuk dijadikan rujukan... Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya juga mohon kebenaran untuk copy teks ini sebagai rujukan..terima kasih sangat2..
ReplyDeleteAssalam...saya juga mohon kebenaran copy teks cikgu...terima kasih..
ReplyDeleteassalamualaikum.. tuan,mohon izin untuk dijadikan rujukan. tq :)
ReplyDeletemohon izin untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan
ReplyDeleteAssalam..minta izin ambil teks ni untuk rujukan ye..syukran..
ReplyDeleteSilakan, semoga manfaat dikongsi bersama untuk kemantapan ilmu
DeleteSAYA MINTA IZIN "COPY""
ReplyDeleteSilakan tuan, semoga manfaat diperolehi
DeleteSAYA BARU SIAPKAN TEKS UTK MC ESOK TP SAYA MOHON SHARE SEDIKIT BINGKISAN DAN MUTIARA KATA DARI TEKS TUAN, TERIMA KASIH
ReplyDeleteSudi-sudikan kita berkongsi ilmu untuk manfaat bersama-sama
Deleteassalamualaikum cikgu. terima kasih kerana sudi share teks ini. memang sangat diperlukan bagi mereka yang ditugaskan menjadi MC majlis ini.Semoga kesudian cikgu ini diberkati dan dicurahkan idea yang bernas lagi akan datang. InsyaAllah.
ReplyDeleteterima cikgu krn teks cikgu ini amat2 membantu saya yg pertama kali menjadi pengacara mesy pibg..tqvm
ReplyDeletesalam.mohon share and copy ckit.terima kasih.
ReplyDeletesalam.. saya juga mohon izin copy teks cikgu ni.. terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, atas teks ucapan ini. Mudah-mudahan teks cikgu ni menjadi panduan kepada saya. Jadi pengerusi majlis ni satu kerja yang tak pernah saya buat sepanjang tempoh pekhidmatan saya lebih dua puluh tahun sebagai guru.
ReplyDeleteSalam....saya juga mohon izin copyya..syuqran la ka ya en Saharudin
ReplyDeleteMohon izin di kongsi... saya amat memerlukannye... terima kasih
ReplyDeletesaya mohon berkongsi teks ini utk pnduan saya....
ReplyDeleteteks ni byk membntu saya yang br belajar nak mnjadi mc ini..
terima kasih.. =)
minta izin copy. tq
ReplyDeletesalam moho izin untuk copy teks . TQ
ReplyDelete