Friday, February 3, 2012

Beberapa Contoh Karangan Pelajar

Karangan ini telah dibentangkan oleh pelajar 5 Sains 1 SMK Sijangkang Jaya sewaktu P & P pada 19 Januari 2012). Semoga dapat dimanfaatkan bersama

BAHASA MELAYU

KARANGAN

KERTAS 1 BAHAGIAN B

Soalan 2
Amalan menjaga kesihatan bermula dari rumah.
Nyatakan peranan keluarga dalam usaha memastikan anak-anak sentiasa sihat.

Pendahuluan
- Kesihatan yang baik sangat bermakna dalm hidup kita. Harta benda yang banyak tidak
membawa apa-apa erti jika tubuh badan kita tidak sihat.
- Kesihatan tubuh badan yang baik bermula dari rumah.
- Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa peranan keluarga terutamanya
ibu bapa sangat penting untuk menjaga kesihatan anak-anak.
- Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab ibu bapa sangat diperlukan bagi menjamin
kesihatan keluarga.
- Antara peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga adalah seperti berikut ;

1) Mengamalkan Pemakanan Yang Seimbang.
- Cara pemakanan yang sihat ialah dengan menyediakan makanan mengikut piramid makanan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
- Makan makanan yang tinggi serat dan mengandungi vitamin yang secukupnya seperti
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Mengurangkan kandungan gula, garam , serbuk perisa dan kolesterol dalam masakan
misalnya, makanan yang berminyak.
- Menggantikan makanan berminyak dengan makanan yang lebih sihat contohnya, makanan
yang dikukus, dibakar dan dijadikan sup.
- Jelaslah, amalan pemakanan yang seimbang merupakan penyumbang terbesar dalam
meningkatkan tahap kesihatan diri.

2) Menjalankan Pemeriksaan kesihatan.
- Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menjalani pemeiksaan kesihatan secara
berkala.
- Menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit kronik
seperti kanser, serangan jantung dan strok.
- Mendapatkan suntikan pencegahan penyakit seperti kancing gigi, rubella, HPV dan
imuniti.
- Mendapatkan rawatan dengan segera jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam
dan batuk yang berpanjangan.
- Jadi nyatalah, pemeriksaan kesihatan juga penting dalam memastikan kesihatan
sentiasa terjamin.

3) Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
- Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Perbuatan merokok, minum arak, tidak bersenam dan terlibat dalam penyalahgunaan
dadah harus dielakkan.
- Bersenam setiap hujung minggu sama ada bermain badminton atau berjoging.Ibu bapa
haruslah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan di
sekolah.
- Contoh aktiviti sukan yang boleh disertai ialah bola sepak, bola baling dan
sebagainya.
- Setiap keluarga mestilah menjadikan aktiviti riadah sebagai aktiviti wajib keluarga
setiap minggu. Aktiviti berbasikal juga boleh dilakukan semasa beriadah.Jelaslah,
kesihatan tubuh badan dapat dipertingkatkan melalui amalan gaya hidup sihat.

4) Mengamalkan cara menjaga kebersihan
- Mencuci tangan sebelum dan selepas makan serta setelah keluar dari tandas serta
mandi sebersih-bersihnya setiap hari.
- Boleh menggunakan ‘hand-sanitizer’ pada tangan ketika berada di luar kawasan rumah
untuk melindungi diri daripada segala kekotoran.
- Mencuci pakaian setiap hari dengan bersih dan memastikan penampilan diri sentiasa
bersih seperti tidak membiarkan kuku panjang dan kotor.
- Jadi jelaslah, kesihatan yang baik bermula daripada kebersihan yang diamalkan
dengan baik.

5) Mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan..
- Mencari info-info tentang penyakit melalui internet, televisyen atau artikel.
- Mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor pakar bagi menambahkan maklumat
tentang penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan.
- Mengambil makanan sampingan mengikut nasihat doktor misalnya, vitamin, minuman susu
kultur dan lain-lain lagi.
- Nyatalah, mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan juga adalah langkah
untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

Penutup
- Tuntasnya, segala intipati yang telah digubal, sudah terang lagi bersuluh bahawa
kesihatan anak-anak perlulah dititikberatkan.
- Bukan sahaja ibu bapa yang berperanan penting, bahkan setiap anggota keluarga juga
haruslah memainkan watak masing-masing untuk mengekalkan kesihatan keluarga.



SOALAN 3:
Sebagai ahli jawatan kuasa majalah sekolah, anda telah ditugaskan menemu ramah seorang tokoh pejuang di kampung anda. Temu ramah anda berkaitan dengan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam masyarakat.
Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.

PENDAHULUAN
Contoh pendahuluan:
• Pada 15 Mac yang lalu, saya iaitu Alif Airell sebagai editor Majalah ILHAM telah menjalankan wawancara dengan seorang tokoh pejuang ketika menentang Jepun yang merupakan anak watan kampung saya iaitu Tuan Ahmad. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah ILHAM keluaran tahun 2011.

• Contoh Pengenalan:

Alif : Assalamualaikum Tuan Ahmad.
Tn. Ahmad : Waalaikumsalam.
Alif : Saya Alif, selaku editor majalah ILHAM sekolah. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Ahmad kerana sudi diwawancara pada pagi ini. Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah ILHAM keluaran tahun ini.

ISI PERTAMA:
SOALAN:
• Apakah pandangan tuan tentang tahap semangat patritisme masyarakat hari ini dan apakah langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam masyarakat ?
• Tahap semangat patriotik dalam masyarakat hari ini masih belum mantap – mungkin disebabkan rakyat hari hidup dalam kemewahan dan terlalu mengejar kehidupan moden tanpa menoleh kesusahan pejuang masa lampau seperti dalam zaman penjajahan atau zaman darurat.
• Masyarakat hari ini perlu sedar, kejayaan dan kemewahan hari ini dibina atas penderitaan dan kesusahan pejuang untuk memerdekakan negara. Semua ahli masyarakat hendaklah menjaga dan memelihara keamanan ini agar berkekalan. Mereka perlu mengamalkan budaya hidup yang sihat, tidak mementingkan diri sendiri, menjaga perasaan pelbagai kaum dan berkongsi kekayaan negara.
• Dengan usaha itu, dapat memupuk sikap bekerjasama, saling membantu, hormat menghormati dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotik dalam diri.
• lMasyarakat harus Lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku
• Jadi, jelaslah bahawa dengan melihat kesusahan pejuang lalu dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat

ISI KEDUA :
SOALAN:
• Apakah cara untuk memupuknya semangat patriotik dalam masyarakat?
• Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin berkurang
• Kita perlu mengingati dan menghargai pengorbanan para pejuang
• Mereka sanggup berkorban nyawa demi mencapai kemerdekaan negara
• Mereka mempunyai kegigihan dan keberanian ketika menentang penjajah
• Para pejuang telah menunjukkan taat setia kepada pemimpin dengan berusaha mempertahankan tanah air daripada dijajah
• Contoh : Dato‘ Maharaja Lela telah membina kubu pertahanan dann berjaya membunuh pegawai British iaitu J.W.W. Birch
• Sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat patriotisme dapat dipupuk dengan mengingati dan menghargai jasa para pejuang tanah air

ISI KETIGA :
SOALAN:
• Kerajaan telah mengadakan kempen-kempen mengenai semangat patriotisme dalam masyarakat. Apakah pandangan tuan?
• Ya, betul tu. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan rakyat sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara kita yang tercinta tetapi rakyat masih lagi memandang endah tak endah terhadap kempen tersebut.
• Kempen ini disebarkan melalui ruang iklan dan media massa seperti saluran televisyen, internet dan di dada-dada akhbar malah kerajaan telah mengadakan kempen-kempen secara terbuka dan meluas tidak kira di sekolah mahupun di tempat-tempat awam
• Mengadakan aktiviti yang menarik minat masyarakat untuk mengunjungi tempat-tempat kempen dilancarkan seperti penyebaran risalah, pameran, menerbitkan buku-buku, tayangan filem dan pementasan teater. Rakyat harus memberi sokongan terhadap kempen tersebut.
• Jadi, nyatalah bahawa usaha kerajaan mengadakan kempen-kempen adalah langkah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat

ISI KEEMPAT:
SOALAN:
• Mengapakah perlu untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat?
• Ramai masyarakat tidak sedar tentang kepentingan semangat patriotisme - matlamat utamanya ialah untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
• Menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya sendiri
• Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi -sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negara -mencapai kemajuan dan pembangunan setanding dengan negara-negara maju yang lain
• Semangat patriotik tidak dipupuk dalam kalangan masyarakat -mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri
• Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat

SOALAN:
• Soalan saya yang terakhir. Apakah nasihat atau pandangan tuan mengenai kepentingan semangat patriotisme?
• Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita kena pegang pada prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -ungkapan penting untuk menanamkan semangat sayang dan cinta akan negara. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri haruslah kita sematkan dalam diri kita.
• Ahli falsafah ada menyatakan -paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia
• Harus menanamkan semangat cinta patriotik yang mendalam -masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh dan maruah negara akan gah di seantero dunia

PENUTUP :
Menyatakan terima kasih atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang sesi temubual dijalankan. Mendoakan semoga beliau terus sihat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna.


SOALAN 4
Soalan
Menara Pisa, Kota A Famosa, Tembok Besar Cina, dan Piramid merupakan antara bangunan dan tempat bersejarah di dunia.
Jelaskan cara-cara yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk memulihara bangunan dan tempat-tempat bersejarah.

Pendahuluan
• Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara
• Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972, dinyatakan bahawa “...warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi
• mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia
• bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung
• Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang

Isi 1
• mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara
• bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan.
• Majlis Bandaraya Melaka umpamanya, telah meletakkan Kota A Famosa sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Melaka
• usaha mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi.
• Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara

Isi 2
• Penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang tertentu adalah antara fungsi utama muzium di seluruh dunia
• Pameran-pameran dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun merupakan satu cara penting menarik orang ramai ke muzium sekaligus menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara global.
• Selain itu, hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dijalankan diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan lain-lain lagi untuk diedar dan disalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya
• Cara ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya tersendiri.
• Dalam usaha penyebaran maklumat, muzium mengambil kira semua golongan peringkat masyarakat
• Ini kerana Muzium berpegang kepada konsep " Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, oleh itu Muzium perlu pergi kepada mereka ".

Isi 3
• mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara dengan menyediakan peruntukan khas
• memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama
• 10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar
• Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai ratifak yang istimewa, Tembok Bersar tidak boleh disimpan sama seperti bangunan purba yang lain
• meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak
• Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya
• usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah negara terus kekal akan dapat dicapai
• Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana melalui kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara

Isi 4
• keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan
• Jabatan Arkitek setiap negara sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah
• bagi memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi.
• beberapa buah universiti di seluruh negara sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan yang menepati ciri-ciri warisan negara yang mendapat pengiktirafan di peringkat global.
• turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah
• mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisme dalam jiwa remaja kita hari ini
Penutup
• Fenomena pemuliharaan bangunan bersejarah untuk disuai guna semula sebagai tarikan pelancongan adalah antara fenomena yang masih baru
• hari demi hari makin banyak pihak yang prihatin dan mengambil berat tentang bangunan bersejarah dan mengambil inisiatif untuk memuliharanya
• Pemuliharaan bangunan bersejarah tidak boleh diabaikan walaupun negara sedang mengejar kemajuan
• Jika diabaikan, kita akan kehilangan warisan yang telah diturunkan oleh generasi terdahulu dan kita akan lupa asal usul rumpun bangsa kita sendiri


Soalan 5.
Ciri-ciri sahabat sejati.

Pendahuluan
 Sahabat sejati merupakan orang yang paling rapat dengan diri seseorang. Sahabat sejati boleh menjadi peneman setia dikala kita dalam kedukaan dan juga kegembiraan. Dalam era kemodenan ini, sukar untuk kita memperoleh teman sejati. Ramai sahabat yang cuba mengambil kesempatan dalam persahabatan. Ada antara mereka yang berkawan kerana untuk menumpang kekayaan, kerana ingin mendapat sesuatu dan kerana ingin mendapatkan kebebasan. Sikap ada udang disebalik batu boleh merosakkan persahabatan. Oleh itu, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih sehabat sejati. Sahabat sejati dapat dilihat dari beberapa aspek ;

Isi Pertama :
A) Menjadi suri teladan yang baik
 Sebagai seorang kawan yang sejati haruslah menjadi contoh yang baik kepada kawannya
 Menonjolkan sifat-sifat yang terpuji yang ada dalam dirinya untuk menjadikan kawannya seorang yang berguna kepada keluarga,negara dan bangsa.
 Contohnya, membantu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru ---menyuruh kawannya mengikuti perbuatannya
 Jadi jelaslah menjadi teladan yang baik merupakan ciri-ciri seorang sahabat yang sejati.

b) Selalu memberikan dorongan dan motivasi
 sahabat sejati juga haruslah mencuba membantu rakannya meleraikan masalah yang di hadapi
 Haruslah berusaha untuk memahami kekusutan yang dihadapi oleh rakannya---memberi kata-kata peransang utuk membangunkan kawannya supaya tidak berpatah hati
 Contohnya ;apabila rakan tidak mendapat keputusan memberansangkan---memberi nasihat kepadanya supaya tidak berputus asa dan terus beusaha
 Jadi jelaslah, rakan yang dapat memberi dorongan dan motivasi merupakan ciri-ciri rakan yang baik

c) Membantu dalam pelajaran
 Haruslah membantu rakannya dalam pelajaran supaya kawannya menjadi seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan
 Berkongsi ilmu pengetahuan yang ada padanya kepada rakan-rakannya yang lain---dengan ini, bukan sahaja kawan kita mendapat ilmu malah kita juga dapat meluaskan pengetahuan
 Contohnya,sekiranya kawan kita lemah dalam mata pelajaran tertentu kita haruslah berkongsi pendapat bersama agar lebih faham
 Nyatalah membantu rakan dalam pelajaran merupakan salah satu ciri rakan sejati.

d) Mengajak kawan melakukan kebaikan.
 Haruslah sentiasa memberi nasihat dan dorongan untuk mengelakkan diri kita dan rakan dalam gejala negatif.
 Menyuntikkan sifat-sifat positif dalam diri kita hingga ke akar umbi untuk menjadikan kawan kita seorang pelajar yang cemerlang dari segi personaliti dan pendidikan.
 Menegur sahabat yang melakukan perkara tidak sihat seperti ponteng kelas, terlibat dalam masalah sosial dan tidak menunaikan tanggungjawab.
 Contohnya,apabila kawan kita melibat kan diri dalam gejala negatif ,kita haruslah memberi nasihat dan dorongan kawan kita agar kawan kita dapat membebaskan diri dari gejala-gejala negatif tersebut.
 Secara tidak langsung, teguran kita dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk sahabat kita

Penutup
 Tuntasnya, kawan amat penting dalam kehidupan kita. Kawan sebagai pelengkap hidup manusia umpama isi dengan kuku. Kawan sejati merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai yang sentiasa menemani kita dalam kesusahan mahupun kesenangan. Bak Kata pujangga, orang yang miskin di duia ini adalah orang yang tidak mempunyai kawan sejati. Oleh itu, kita haruslah menghargai kawan kita semoga akan berkekalan persahabatan sebagai sahabat sejati.

6 comments:

  1. Terima kasih cikgu kerana mempamerkan isi karangan yang kami bentang ini untuk tatapan dan rujukan pelajar lain..

    ReplyDelete
  2. terima kasih :) contoh nie sngt membantu :)

    ReplyDelete
  3. Salam, terima kasih. Isi-isi yang diberikan sangat baik dan cukup membantu :)

    ReplyDelete
  4. contoh ni sangat membantu terima kasih

    ReplyDelete
  5. terima kasih banyak2 cikgu. Harap ada lagi karangan yg bagus spt ini

    ReplyDelete
  6. boleh tak wat wawancara pasal sukan

    ReplyDelete