Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Sunday, July 17, 2011
Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harimau mati meninggalkn belang, manusia mati meninggalkn nama., difinisi tersurat die ape.?
ReplyDeleteorang yang berjasa akan dikenang sampai bila bila. Jasa dan budi yang mulia akan menjadi bualan dan percakapan orang ramai walaupun dia telah meninggal dunia.
Deleteaslm, cikgu sye nk tnye ap maksud semua peribahasa ini~
Delete1.mata pencarian
2.ringan tulang
3.berpeluh tubuh
4.masa itu emas
5.ulat buku
6.mengikut jejak
7.muafakat membawa berkat
8.bagaimana acuan begitulah buihnya
9.seperti katak di bawah tempurung
10.hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
apa maksud semua peribahasa itu?
Macam homework sekolah je????
Deleteassalammualaikum,
Deletenak tanya maksud peribahasa ada masa,membuang masa,air bujang,asal jadi, kebersihan asas kesihatan dan seperti tongkang pecah
boleh tolong saya
please...������������������������������
maksud 'bagai melepaskan batuk di tangga' ape???
ReplyDeletemelakukan kerja sia-sia
Deletebukan batuk tapi batok..pencedok air dalam tempayan guna tempurung..
Deletesalam tuan,
ReplyDeletemohon izin utk copy peribahasa ini buat anak saya.
tugasan BM thn 5.
tq. usaha yg baik.
Terima kasih tuan..diizinkan demi untuk kejayaan anak bangsa
Deleteboleh tlong x ??
ReplyDeletesaya skrg tgh wt keje sekolah so ??
keje sekolah nya ialah
rangkai kata simpulan bahasa so saya kena cari 39 ..
jadi awak boleh tolong x??
angkat bakol sendiri???
ReplyDeletepuji diri sendiri.. kot..
Deletetq, saya gunakan ini utk tugasan sekolah saya
ReplyDeleteHahah
DeleteTqvm. Mohon izin 4 sharing...
ReplyDeleteOke boleh...Sye harap membantu ye
Deleteapa ialah bagai menangguk di air keruh?
ReplyDeleteMengambil kesempatan dalam sesuatu situasi
Deleteluas seperti lautan apa maksud?
ReplyDeleteIni ialah kata perbandingan yang bermaksud sangat banyak
Deletemaksud benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau tu ap?
ReplyDeleteOrang yang sangat berguna
Deleteape ke benda nye tuu. suma nye ayat yg tlah dipelajari. beri laa yg belum dikenali. anyway its good try and much better for others does not know that. chill! :)
ReplyDeleteape maksud 'bumi mana yang ditimpa hujan'
ReplyDeleteSalah tu...bumi mana yang tidak ditimpa hujan...memberi maksud bahawa semua orang pernah melakukan kesilapan atau kesalahan
Deleteassalamualaikom..nk tanye ape malsud peribahasa seperti air dlm kolam..?
ReplyDelete*maksud
ReplyDeleteSaudari Nur aini - maaf lewat membalas pertanyaan - Maksud peribahasa seperti air di dalam kolam ialah orang yang tenang sikap dan tingkahlakunya.
ReplyDeleteSalam... sy nk tanya maksud :
ReplyDeleteDalam tangan
Ada bakat
Bahasa kesat
Bekas tangan
Ambil berat
Sekian, terima kasih
Dalam Tangan = perkara yang sudah pasti diperoleh
DeleteAda bakat = kebolehan yang dimiliki oleh seseorang
Bahasa kesat = pertuturan yang kasar / kata-kata yang kasar
Bekas tangan = hasil usaha seseoran yang ditinggalkan.
Ambil berat = beri perhatian yang serius
Saya nk Tanya maksud seperti tongkang pecah tu ap
DeleteGajah didepan mata, tetapi mengapa semut jua yang dicari
ReplyDeleteKesalahan yang kecil diperbesarkan tetapi kesalahan yang besar dibiarkan begitu sahaja
DeleteSalam...Cikgu mohon copy peribahasa ini untuk rujukan saya, tq
ReplyDeleteTerima kasih keran sudi menggunakannya
DeleteSeperti tongkang pecah apa maksudnya
Deletekenapa tak ada simpulan bahasa
ReplyDeleteboleh tolong ke?? ape maksud peribahasa ni
ReplyDelete- Biar titik jangan tumpah
- Batu loncatan
- Muafakat dijulang ekonomi gemilang
tolong bantu, ye.,
Biar titik jangan tumpah =
DeleteLebih baik rosak sedikit daripada rosak semuanya/lebih banyak
Batu Loncatan =
Menjadikan seseorang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik
Muafakat dijulang ekonomi gemilang
Bekerjasama untuk menjadikan kita lebih berjaya atau hidup mewah
As salam....
ReplyDeleteIzinkan saya bertanya....
Apakah makna peribahasa ini :
. bagai cembul mendapat penutupnya.
. bagai harimau beranak muda.
.bahasa menunjukkan bangsa.
apa maksud ini
ReplyDelete1.darah setampuk pinang
2.cepat kaki ringan tangan
3.air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
as salam .. .
ReplyDeletenak tanyer . .badan cergas otak cergas aper maksudnyer ???
Badan cergas , otak cerdas - itu yang betul = bermaksud badan yang sihat akan melahirkan seseorang yang dapat berfikir dengan baik
DeleteSalam Cikgu, saya sedang mencari peribahasa yang mencerminkan kejelitaan & keangunan wanita dan keperkasaan lelaki.
ReplyDeleteMinta maaf Cikgu, saya sedang mencari 2 peribahasa yang mencerminkan kejelitaan & keangunan wanita dan keperkasaan lelaki. terima kasih
DeleteMinta tolong Cikgu , apa maksud ? " susila timur yang dijunjung serta dikelek sekian lama " harap dapat bantu !!
ReplyDeleteassalammuualaikum cikgu, sy nk tnya skit neyhh, mnx sngt cikgu boley bntu sy..
ReplyDeleteapew definisi mksud peribhasa ini :
-brbuat baik brpada-pada, buat jhat jngn skali..
-kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg..
-trlangsung perahu boleh balik,trlangsung ckp x boleh balik..
-mkn untuk hdup, bukan hidup untuk mkn..
-mncegah lbih baik drpda mngubati..
-muafakat mmbawa brkat..
-otk yg crdas ada pda bdn yg sihat..
-niat di hati hndak pluk gunung,apakah daya tngan x sampai
~maaf skiranya sy mnyusahkn cikgu, hrap sngat cikgu boleh beri mksud definasi pribhasa trsebut, sy amt prlukannya untuk memntapkn krangan :( . tq cikgu :D
Maksud Peribahasa:
Delete1. Janganlah kita buat sesuatu perkara yang tidak baik walaupun sekali dan berpada pada lah bila kita baik.
2. Kehidupan yang susah.
3. Keburukan yang akan kita alami apabila bercakap tanpa berfikir
4. Berfikirlah sbelum kita mengambil sesuatu makanan supaya tidak menimbulkan musibah dalam diri kita.
5. Beringat ingat sebelum sesuatu menimpa diri kita.
6. Kesepakatan dalam hidup bermasyarakat.
7. Kecerdasan otak bergantung kepada tubuh badan yang sihat.
8. Impian yang terlalu tinggi
Harap maklunm
Assalamualaikum,izinkan saya bertanya apakah maksud peribahasa ini:-
ReplyDelete#berat tulang
#harapkan pagar pagar makan pagi
#mandi biarlah basah
assalamualaikum cgu, apakah mksd rangai kata susila timur yang dijunjung serta dikelek sekian lama?
ReplyDeletemaksud rangkai kata itu ialah budaya atau cara hidup masyarakat timur yang kita amalkan dalam kehidupan kita sejak zaman berzaman
ReplyDeleteAssalamualaikum ... saya nak tanya maksud peribahasa melayu ni yer.. harap tolong luangkan masa untuk jwb soalan saya ni..
ReplyDelete1. bagai kertas dengan dakwat
2. bagai tikus membaiki labu
3. bagai isi dan kuku
Salam.... apa maksud peribahasa "tegap rumah kerana pasaknya(sasaknya), teguh negara kerana keutuhan bangsanya.
ReplyDeleteassalamualaikum..bolehkah bantu saya?apakah maksud peribahasa berikut?
ReplyDelete-jinak-jinak merpati
-pening-pening lalat
-tidur-tidur ayam
-diam-diam ubi berisi
-merajuk pada yang kasih,manja pada yang sayang,minta pada yang ada
harap boleh bantu saya..terima kasih
Assalam Cikgu..mohon bantuan utk ayt bndingan
ReplyDeleteLembut bagai sutera
Bijak laksana pendeta
Kecil macam kuman
Apa mksudnya?
Maksud tongkang pecah
ReplyDeleteApe maksud
ReplyDeleteAir bujang
Seperti tongkang pecah
Kebersihan atas kebaikan
Ringan tulang
Tolong saya tengah belajat
*belajar
Deleteassalamualikum cikgu saya nk tanya maksud peribahasa ini
ReplyDeleteseperti tongkang pecah
ada masa
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
membuang masa
assalamualaikum cg apa maksud peribahasa di atas seperti tongkang pecah
ReplyDeleteada masa
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
membuang masa
Veronica
ReplyDeleteAslm cg nk tanya apa maksud
ReplyDelete1.seperti tongkang pecah
2.ada masa
3.membuang masa
4.mengambil berat
5.buah hati
6.air bujang
7.kerbersihan asas kesihatan
8.Asal jadi
Boleh tolong apa maksud peribahasa ini
ReplyDeleteAda masa:
Kebersihan asas kesihatan:
Asal jadi:
Harap di jawap
Apa maksud "membuang masa"?
ReplyDeleteApa maksud
ReplyDeleteSeperti Tongkang pecah
Membuang masa
Ada masa
Bagai melepaskan batuk ditangga
Mengambil berat
Kebersihan asas kesihatan
Buah hati
Air bujang
Asal Jadi
Ringan tulang
Cikgu tolong Saya pleaseee 👆
ReplyDelete