Sunday, April 12, 2015

Pengajaran Dalam Novel Konserto Terakhir

Pengajaran Dalam Novel Konserto Terakhir.

1. Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk mudah mendapat pekerjaan.
Hilmi yang hanya berpendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu sukar mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur walaupun dibantu oleh Dato' Johari.

2. Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita dalam hidup
Hilmi telah berjaya menjadi seniman yang terkenal dan mencipta banyak lagu atas usaha gigihnya mempelajari bidang muzik dengan encik Bakar.

3. Kita janganlah melanggar hukum Allah walaupun hidup dalam kemewahan. Contohnya di rumah Datin Salmah terdapat ruang khas untuk tujuan meminum minuman keras.

4. Kita hendaklah hormat kepada ibu bapa. Contohnya, Hayati berkahwin dengan Mohsin kerana menunaikan kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun hatinya menyukai Hilmi.

No comments:

Post a Comment