Sunday, November 4, 2012

SPM 2012



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Hanya tinggal beberapa detik dan waktu, pelajar-pelajar SPM akan mula mengangkat pena untuk melakarkan jawapan-jawapan yang tepat, padat dan bermakna dalam helaian-helaian jawapan yang disediakan. Tentunya tika ini masing-masing berdebar dan mula terasa bahang perjuangan yang akan dilalui. Bertenanglah, usah difikirkan perkara-perkara negatif. Bina keyakinan diri bahawa anda mampu buat dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Yang pasti anda telah bersedia dan berusaha.

Dalam kesempatan ini, saya mendoakan anda akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Kita bukan setakat mahu lulus tetapi kita memburu kegemilangan iaitu A+. Dalam tempoh anda mengikuti blog saya dan blog rakan-rakan saya yang lain, sudah tentu anda memperolehi sesuatu yang bermanfaat yang boleh membantu anda menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu dengan baik dan cemerlang. Tiada hadiah paling berharga bagi saya dan semua guru melainkan melihat anda beroleh kejayaan yang cemerlang. Kami hanya menumpang gembira dan yang mendapat nikmat dan hasilnya ialah diri anda dan keluarga anda. Ingatlah, KEJAYAAN MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI...SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN DAN SAYA DOAKAN ANDA AKAN BERJAYA.

Salam hormat daripada saya :

Guru Bahasa Anda

No comments:

Post a Comment