Friday, July 1, 2011

PERIBAHASA SAMA MAKSUD.



PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua

Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan

PERIBAHASA SAMA MAKSUD


1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal


PERIBAHASA SAMA MAKSUD


1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang


Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya


Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering

Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua

7 comments:

  1. Apakah peribahasa yang bermaksud sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya?

    ReplyDelete
  2. bersatu kita teguh,bercerai kita roboh

    ReplyDelete
  3. peribahasa yang sesuai bagi pernyataan sesuatu yang tidak akan terjadi jika sesuatu pihak sahaja yang melakukannya ialah bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, kenapa jari dan budak hingusan yang dipandang enteng? Walhal yang berumur 41:44:63 pun kadang selalu jua hingusnya meleleh dan membuang hingus di tepi sinki tempat awam serta kencing berdiri xbasuh2 di tandas seluruh negara! Hurm...

    ReplyDelete
  5. Apakah peribahasa yang bermaksud orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Rasanya lah. :)

      Delete