Manfaat Aktiviti Riadah dan Rekraesi
Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
Antara
maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan
sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri.
Hal ini demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa
dengan individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim.
Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran
tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu
dengan individu lain.
Selain itu,
aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota
masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat
dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya,
melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan
menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi
kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi
landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping
itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang
menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti
terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai
penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang
menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar
metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi
mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia
Cergas.
Akhir sekali,
aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran
dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas
mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui diskusi
ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan
semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
Kesimpulannya,
aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak
kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat.
Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti
riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas
terletak pada badan yang cergas
Bolehkah cikgu menulis sebuah karangan tentang keunikan tariantradisional tiga kaum utama di Malaysia?
ReplyDeletekarangan yang bagus dan bermanfaat bagi pelajar.perkataan bombastik yang banyak cikkkkkkkgu gunakan dalam karangan menjadikan cikgu seperti seorang munsyi seperti pendeta zaba
ReplyDelete