Perasaan saling menyayangi dan
hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.
Berikan pandangan anda tentang peranan
ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat
bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka.
Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi
nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya.
Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah
tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang
dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan
sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan
seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif –
sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun
akhirat
Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih
sayang kepada anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih
cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak –
melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh
berkat
Isi 4 : Melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga – memenuhi
keperluan asas fizikal dan memberi anak-anak ilmu pengetahuan
Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran
tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan
jalinan kasih sayang
Kesimpulan : Elok air di hulu, nescaya
jernihlah di muara. Demikianlah peribahasa yang menganjurkan pendidikan dan
tingkah laku yang baik yang dipelopori oleh ibu bapa bakal ditontoni anak-anak.
Mereka akan membesar dengan seimbang dan harmoni kerana lahir daripada acuan
yang sempurna.
No comments:
Post a Comment