Monday, October 19, 2015

Membaca Sebagai Amalan Dalam Hidup




Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang  menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Membina keazaman dalam diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup

Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah

Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan koleksi buku-buku

Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku

Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa)


Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dpat mengenali dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu ......

No comments:

Post a Comment