Monday, July 16, 2012

Istilah KOMSAS




ISTILAH KOMSAS YANG HARUS DIKUASAI OLEH PELAJAR:

BAHAGIAN 1 :

SINOPSIS
Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya.

TEMA
Sesuatu yang menjadi menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita. Tema adalah berdasarkan pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.

PERSOALAN
Perkara atau hal yang ditonjolkan dalam  sesebuah karya yang memantapkan tema.

PLOT.
Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab.

PERMULAAN CERITA ( EKSPOSISI )
Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus seperti latar masa, tempat, dan watak-watak dalam cerita.

PERKEMBANGAN
Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan saspens. 

KLIMAKS
Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.


PELERAIAN
Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan


PENGAKHIRAN/ PENYELESAIAN.
Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.


WATAK.
Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memain-kan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.


JENIS WATAK.


WATAK BULAT.
Watak yang dibangunkan secara keseluruhan dan diberi pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.


WATAK PIPIH.
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan boleh dianggap watak pipih.


WATAK DINAMIS.
Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.


WATAK STATIS
Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap sebagai watak pipih.


WATAK UTAMA
Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah lakonan.


WATAK SAMPINGAN
Watak pembantu yang membantu watak utama dalam menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.


PERWATAKAN.
Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.


IMBAS MUKA
Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.


IMBAS KEMBALI
Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula.


PEMERIAN
Peristiwa, watak, objek atau perbuatan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang.


DIALOG
Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.


MONOLOG DALAMAN.
Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.


MONOLOG
Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pembaca.


NILAI MURNI 
Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan.

NILAI KEMANUSIAAN
BAIK HATI
JUJUR
BIJAKSANA
YAKIN DIRI
MESRA
BERANI
BERTANGGUNGJAWAB
TEGAS
BERSIH
TABAH
SABAR
SOPAN


NILAI KEMASYARAKATAN.
TOLONG-MENOLONG
BEKERJASAMA
TAAT SETIA
ADIL
SIMPATI
HORMAT-MENGHORMATI
PATRIOTIK
KEBEBASAN
UNSUR KEKELUARGAAN
UNSUR CINTA DAN KASIH SAYANG




LATAR 
Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita termasuklah masa, tempat dan masyarakat


LATAR MASA.
Merujuk kepada masa atau zaman.


LATAR TEMPAT.
Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku.


LATAR MASYARAKAT.
Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya.

















No comments:

Post a Comment