Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, July 1, 2011
PERIBAHASA SAMA MAKSUD.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua
Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu
Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang
Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya
Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering
Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua
Apakah peribahasa yang bermaksud sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya?
ReplyDeletebersatu kita teguh,bercerai kita roboh
ReplyDeleteperibahasa yang sesuai bagi pernyataan sesuatu yang tidak akan terjadi jika sesuatu pihak sahaja yang melakukannya ialah bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
ReplyDeleteKita peminat ronaldo bang polis kan?
DeleteAssalamualaikum, kenapa jari dan budak hingusan yang dipandang enteng? Walhal yang berumur 41:44:63 pun kadang selalu jua hingusnya meleleh dan membuang hingus di tepi sinki tempat awam serta kencing berdiri xbasuh2 di tandas seluruh negara! Hurm...
ReplyDeleteApakah peribahasa yang bermaksud orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Rasanya lah. :)
DeleteBagai ikan pulang ke lubuk
DeleteSeperti belut pulang ke lumpur. Btw, 'December 12, 2012' hehehe
ReplyDelete