Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Sempena Hari Guru


15 Mei 2010 (Sabtu) bermula 08.00 pagi - 11.30 pagi - satu lagi tugas dapat disempurnakan dengan jayannya. Gabungan tenaga barisan guru, staf sokongan,wakil ibu bapa (walaupun hanya seorang), pekerja swasta dan pelajar-pelajar, program gotong-royong telah berjalan lancar.

Tugas yang dilaksanakan ialah membersihkan bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru dan persekitaran sekolah. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang amat tinggi yang diberikan oleh semua yang terlibat. Gotong Royong kali ini dianggap satu program yang amat berjaya. Terbukti, warga SMKSJ yang hadir pada hari ini memang mempunyai prestasi kerja yang tinggi.

Selepas ini, sama-sama kita berazam untuk mengekalkan keceriaan sedia ada dan terus melakukan penambahbaikan supaya matlamat untuk menjadikan "Sekolahku Syurgaku" akan dapat direalisasikan.

No comments:

Post a Comment