Friday, February 26, 2016

Novel Tirani (Sinopsis Bahagaian 2)


BAB 6 – METAMORFOSIS
Ketika di bilik persediaan pembedahan, Waheeda mengimbau kembali prosedur pembedahan yang diterangkan kepadanya beberapa hari yang lalu.

Dia kemudian dipanggil untuk diberi sedatif. Dr. Shirrim yang peramah menerangkan  prosedur pembedahan kelopak mata yang bakal dilakukannya sebelum suntikan pelali diberikan kepada Waheeda.

Ketika Waheeda menunggu dalam kesejukan, dia didatangi oleh Dr. Rushdi, pakar hidung yang akan melakukan pembedahan rinoskopi ke atas Waheeda. Pujian yang diberikan Dr. Rushdi membuatkan hati Waheeda gembira. Dia teringat akan penerangan Dr. Alma Chen tentang rinoskopi itu.

Semasa disorong ke bilik bedah, Waheeda mengambil peluang memanjatkan doanya agar memudahkannya menjalani hari bersejarah itu. Dia kemudian terlena apabila diberikan suntikan ubat bius oleh Dr. Shirrim.

Seperti biasa, Bazilah yang sibuk dengan rutin hariannya menyebabkan Waheeda kebosanan di rumah kerana ibunya telah pun pulang ke Sarawak. Namun, hatinya berbunga apabila terbaca  sebuah risalah tentang pakej perlancongan khas yang ditawarkan SMC kepada penerima rawatan di situ. Dia tekad untuk memberitahu rakannya tentang perancangannya pada hujung minggu itu.

BAB 7  -  KE PULAU SENTOSA
Waheeda dan Bazilah serta Dr Zahari telah mengikuti rombongan khas bagi tetamu rawatan kosmetik ke Pulau Sentosa. Mereka menginap di Hotel Flamingo sepanjang lawatan tersebut.

Di Hotel Flamingo, Waheeda mendapat banyak idea yang bagus untuk dibawa balik ke Chalet Tajau Emas terutamanya suasana yang memupuk budaya membaca.

Tiga sekawan turut tersempak dengan Dr Avveroes di Hotel Flamingo. Mereka telah bersembang tentang banyak topik termasuk bunga, planet dan asal nama Dr Avveroes.
Semasa mereka makan malam, Waheeda telah menyatakan sebabnya dia menjalani pembedahan di Singapura. Dia tidak mahu masyarakat tempatan mengetahui halnya malahan tidak ingin mencemarkan kesucian agamanya.

Waheeda amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan orang dari latar belakang berbeza dan mempelajari cara pengurusan pusat peranginan sepanjang penginapannya di Hotel Flamingo.

BAB 8 -  HADIAH ALAM
Kecantikan tidak semestinya dinilai dari segi luaran. Jika seseorang wanita mengubah luarannya demi menarik perhatian lelaki, usaha ini sia-sia. Kecantikan luaran tidak dapat dikekalkan sebaliknya akan hilang mengikut peningkatan umur namun kecantikan dalaman akan kekal selama-lamanya. Kecantika luaran tidak semestinya akan mendapat perhatian tetapi kecantikan dalaman dapat menarik hati dalam jangka masa panjang.  Kriteria seseorang akan bertambah indah dengan kecantikan luaran. Kata-kata Dr. Rushdi telah memberikan penjelasan yang lain tentang erti kecantikan.

Selepas itu, mereka menjamu selera di restoran Flamingo. Dr. Rushdi menceritakan sejarah bangsanya kepada Waheedah. Bazilah turut menyertai mereka. Waheedah mengatakan bahawa jika rakyat Malaysia sepakat hati, pasti gemilang pada masa depan. Fatimah kemudiannya menelefon Waheedah dan  menceritakan pengalamannya di Bung Bratak bersama rombongan MATTA.

Dalam e-melnya, Fatimah memberitahu Waheedah bahawa pengerusi MATTA menasihati ahli persatuannya untuk mengembangkan sektor pelancongan kedamaian  negara Malaysia menjadi tarikan pelancong dan para ahli haruslah mengambil peluang keemasan ini. Di samping itu, projek pembinaan Datuk Yasser sedang rancak membangun. Waheedah ingin bersaing dengan Datuk Yasser dan jika boleh ingin bekerjasama dengannya.

Pada petang itu, Waheedah didatangkan dengan berita bahawa temu duga untuk bertugas sebagai Pegawai Perhubungan di Hotel Flamingo telah berjaya. Selepas berbual pendek dengan Bazilah, Bazilah berasa gembira bagi Waheedah yang mendapat jawatan di Famingo Resort itu. Walaupun Waheedah berasa gembira dan bersyukur, namun dia tetap berasa berat hati untuk meninggalkan Tajau Emas dan berada di tempat kerjanya buat masa panjang. 

BAB 9 – WAJAH PERSONA
Spekulasi tentang kedatangan Pegawai Perhubungan Awam yang cantik menurut Maître d’hotel, Kong dua hari lepas tersebar pantas. Orang pertama yang menyapa dan menemani jelitawan tersebut ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif ialah Penyelia Restoran.

Lais yang berada di belakang kaunter Bellboy menghulurkan senyuman sambil mengucapkan selamat datang. Wajah persona menurut Lais, sempat melemparkan senyuman ke arah kaunter penyambut tetamu lalu hilang daripada pandangannya.

Anati yang berada di kaunter penyambut tetamu menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Bellboy yang nakal tersebut. Anita mengingatkan Lais bahawa dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Lais hanya mencebik apabila melihat Kong.

Lais terus menyoal tentang jelitawan yang hadir tadi. Tersengguk-sengguk Lais kembali ke mandalanya di belakang kaunter pintu masuk utama sambil mengurut dada. Semua ketawa melihat gelagat nakal Lais.

Waheeda bersyukur mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Satu kelebihan yang dapat diraih apabila bekerja di situ ialah pengalaman dalam suasana perniagaan yang bersaing serta menangani ragam pelanggan yang pelbagai.

Waheeda positif dalam tindak- tanduknya. Sikapnya yang ramah, sentiasa tersenyum, dan suka berbual dengan sesiapa sahaja membuatkannya cepat mesra dan dikenali rakan setugas serta kakitangan lain walaupun baru bekerja seminggu.

Lais yang tidak lekang dengan sengihnya memuji gaya keterampilan Waheeda yang dilihatnya begitu professional berbanding dengan Pegawai Perhubungan Awam lama yang sudah berusia dan kurang afsun. Dari kaunternya, Anita mencebik sikap gila bayang Lais.

Malam itu, Kong menemani Waheeda makan di Restoren de La Rossa. Rakan-rakan Kong ramah menyapa Waheeda apabila mengetahui Waheeda merupakan staf baharu di sana. Melangkah semula ke sana mengigatkan Waheeda kenangan bersama Dr. Rushdi, Dr. Zahari dan Bazilah. 
Waheeda tersentak setelah Kong mengacung tangan ke arah sebuah bekas panas yang mengandungi longgokan pinggan di dalam bekas khas mengikut cara hidangan ala buffet malam itu. Menu utama malam itu ialah makanan laut.

Lais yang hampir tamat syif bertugas sempat memberikan salam dan ucapan selamat malam sebaik-baik sahaja Waheeda melangkah keluar dan duduk di lobi. Keadaan di lobi tidak begitu sibuk lantas memberikan peluang kepad pekerjanya untuk saling berinteraksi dan bergurau.

Lais memuji penampilan Waheeda yang agak ranggi dengan pakaian biasa. Kemudian, dia bertanya pendapat Waheeda tentang Flamingo. Waheeda mengatakan bahawa  Flamingo cukup sempurna daripada pandangan matanya.

Sambil Waheeda duduk, dia menghayati suasana malam yang agak sunyi. Bau haruman pelbagai bunga daripada bahan pewangi mengelus lembut hidungnya. Kong meminta diri melihat Waheeda duduk terelit-relit di kerusi.

Waheeda masih duduk termangu-mangu bersendirian, sesekali dia bertukar senyuman dengan kakitangan syif malam di bahagian kaunter.

Waheeda tiba-tiba terperasan seorang lelaki tanpam duduk nerteleku di meja sambil memegang moktel meloka ke arahnya.  Waheeda terus menghampiri Alex yang mengambil alih syif malam untuk bertanya tentang jejaka tersebut.

Alex mengatakan bahawa jejaka yang bernama Zahid itu baru sampai sekejap tadi dan merupakan lelaki Melayu terakhir yang mendaftar. Akid tersenyum sambil melihat Waheeda kembali ke bilik.

Waheeda tersenyum sinis merungkaikan maksud di sebalik nama Zahid tersebut. Waheeda berusaha menyahpadamkan tindakan bodoh yang tidak beretika dalam profesionnya.
Waheeda mengatakan bahawa jika dia terpaksa berpindah, dia akan membawa hidung dan matanya serta senyuman Bazilah sekadar gurauan. Namun kini semuanya telah menjadi seperti apa yang dikatakan olehnya. Waheeda betul-betul telah membawa senyuman rakannya bersama.
Kebelakangan ini Waheeda merasakan bahawa Bazilah berubah. Celoteh dan gurauannya tidak semesra dan setulus dahulu. Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah tersebut
Masih terngiang-ngiang soalan tentang calon suami yang ditanya oleh Bazilah. Waheeda mengatakan bahawa dia ingin yang berprestij seperti Datuk Yasser, bijak dan kacak seperti Dr. Zahari dan Dr.  Rushdi dan lawak seperti ayahnya.  Bazilah turut menjawab jawapan yang sama apabila soalan diajuk kepadanya.
Sejak berdua, penghuni bilik nombor 601 sering bersipongan dengan lantunan bunyi kekelan. Apabila teringat akan akta gangguan ketenteraman awam barulah mereka berusaha untuk menekup tangan ke mulut.
Sejak akhir-akhir ini Dr. Zahari juga sering bertandang ke flat mereka. Waheedalah yang kerap dan terpaksa melayan Dr. Zahari demi menjaga hati kawan. Bazilah memerlukan konsentrasi menelaah dan sering memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesis.
Kemesraan Dr. Zahari kadang-kadang membuatkan Waheeda serba salah. Wjah waheeda yang sedap mata memandang membuatkan Dr. Zahari seakan-akan lupa tentang kewujudan tunangnya walau hanya di bilik sebelah.
Dalam diam, Bazilah diulit cemburu apabila mendengar kekelan Waheeda di ruang tamu. Dalam hari-hari yang berlalu, Waheeda rasa suasana tidak semesra selalu dan terdetik riak cemburu terjebak dalam rasa.
Waheeda mengatakan bahawa betullah kecantikan itu tirani. Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak serta kesal akan sikap lelaki, apatah lagi yang bermata keranjang.
Waheeda membina alasan untuk berpindah ke Flamingo. Dia mengatakan bahawa jarak dari Yishun ke Flamingo terlalu jauh. Waheeda yakin dengan keputusan yang diambil.
Keseronokan pada minggu pertama denga orientasi kerja dan spekulasi serta puji-pujian pada diri sedikit sebanyak menyahsendukan riak sedih di wajah Waheeda. Waheeda menerima tugas pertama yang agak mencabar iaitu menyiapkan brosur galakan baharu dalam seminggu.
Dalam merangka program yang bakal di jalankan di Flamingo, Halloway tiba-tiba memanggilnya. Waheeda mengekori langkah pantas mat salih yang sedikit gelap dari Afrika Selatan itu menuju ke kafe.
Dia disapa oleh wajah yang dicam olehnya yang duduk tercokoh di meja berhampiran pada malam sebelumnya. Waheeda tersenyum lalu menarik kerusi di meja di sebelahnya dan turut berpaling semula ke arah jejaka itu sebagai tanda hormat.
Waheeda mengerutkan dahi dan merasa bahang suam mendesah hatinya yang mula berdebar apabila jejaka tersebut membalas senyumannya. Waheeda mengalihkan pandangan khuatir gelabahnya dengan merah naik ke muka dijejaki jejaka tersebut.
Halloway menerangkan tugas yang perlu dilakukan oleh Waheeda dan mengatakan bahawa Waheeda akan mewakili Flamingo dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa yang akan diadakan bulan depan di The Four Seasons Hotel. Waheeda menerima pencalonan itu dalam terpaksa.
Zahid tersenyum dan berpaling ke arah Waheeda yang masih terpinga-pinga. Zahid memperkenalkan diri setelah bingkas bangun dan mendekati Waheeda. Zahid mengatakan bahawa dia baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat apabila melihat gelagat Waheeda yang asyik memandangnya
Waheeda juga mendapati bahawa Zahid merupakan orang Sarawak. Zahid mengatakan bahawa dia bercadang untuk mebawa keluarnya untuk turut bercuti di sana. Sebelum Waheeda meninggalkan kafe dia sempat mengiklankan Flamingo.
BAB 10 – SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yaseer membaca akhbar dengan lantang membuatkan Zahid terkejut.Zahid geli hati dengan perangai ayahnya itu.
Kemudian, mereka berbincang tentang masalah cetak rompak yang berlaku di Malaysia. Zahid ditanya oleh ayahnya alasan dia balik awal dari Amerika Syarikat dan alasan yang diberikan ialah masalah diskriminasi kaum yang berlaku.
Datuk Yaseer mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama Zahid di Singapura.Zahid menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya dan mereka berbicara tentang pelbagai perkara.
Waheeda pergi makan tengah hari ditemani oleh Halloway.Selesai makan, Zahid ternampak Waheeda berjalan dengan Halloway dan berasa sedikit cemburu. Zahid pergi ke arah Waheeda dan membawa Waheeda berjumpa dengan ayahnya
Datuk Yaseer dan Waheeda berbincang tentang resort mereka di Sarawak. Kemudian, Datuk Yaseer memberi cadangan untuk mereka makan malam bersama.

Waheeda, Kong dan Anati berbincang tentang pakaian yang akan dipakai Waheeda dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Setelah selesai berbincang, Waheeda pergi ke biliknya untuk berehat

1 comment:

  1. Salam kenal. Saya sangat suka dengan sastra dari Melayu. Indah dan luhur, penuh makna.

    ReplyDelete