GURINDAM TONGGAK DUA
BELAS
Hendak pandai menghargai
masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa
kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan
keupayaan.
Wajah ceria keseronokan
bekerja,
Usah berduka bermuram
durja.
Hidup dalam kemuliaan
kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh
kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi
amalan,
Ketelusan hati jadi
bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan
bersimpati.
Pengaruh kepimpinan
melalui teladan,
Baik buruk jadikan
sempadan.
Menjadi kewajipan
menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi
tegas.
Kebijaksanaan berhemat
perlu diutama,
Tidak membazir teliti
saksama.
Keutamaan kesabaran
fikiran tenang,
Perkara susah menjadi
senang.
Peningkatan bakat diberi
sokongan,
Tunjukkan kebolehan
jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya
kreatif,
Kembangkan bakat semoga
aktif.
Soalan berdasarkan
petikan
(i) Sebagai
pekerja dalam sesebuah organisasi, seseorang perlulah memiliki dan mengamalkan
beberapa sifat baik. Berdasarkan gurindam nyatakan sifat-sifat tersebut. [3M]
Sifat baik seorang
pekerja :
- menghargai
masa
- tekun
dan gigih bekerja
- tidak
membazir
- teliti
/ adil dan saksama
- sabar /
tenang
- tunjukkan
kebolehan ikut kemampuan
(ii) Apakah
nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3M]
- memberikan
tunjuk ajar kepada orang lain
- meningkatkan
bakat yang ada supaya lebih maju
- jangan
bersikap sombong dengan bakat yang ada
(iii) Berdasarkan gurindam
tersebut, nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja cemerlang. [3M]
- bijak
menghargai masa
- gigih
ketika menjalankan tugas yang diamanahkan
- mempunyai
perasaan gembira ketika bekerja
(iv) Apakah
kebaikan nilai kesabaran dalam gurindam tersebut? [2M]
- fikiran
menjadi tenang
- pekerjaan
yang sukar akan menjadi mudah
- keputusan
yang dibuat tidak mengikut perasaan
Soalan berdasarkan maksud
(i) Berikan
maksud ‘perkara susah menjadi senang’. [2M]
- sesuatu
hal/ masalah / kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah
(ii) Berikan
maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas”. [2M]
Maksud
rangkap pertama - masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-
baiknya
dan jangan membazirkan masa
(iii) Berikan
maksud rangkai kata 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2M]
-
perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.
(iv) Berikan
maksud ‘Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan sempadan’.
[2M]
Maksud - Seseorang pemimpin
menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat dijadikan panduan
hidup
(v) Apakah
maksud baris ‘jangan dinanti esok lusa’?. [2M]
Maksud - usah / tidak
bertangguh
(vi) Apakah
maksud ‘ketelusan hati jadi bekalan’? [2M]
Maksud - kejujuran
sebagai amalan hidup
Soalan berdasarkan
pendapat (KBAT)
(i) Pada
pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pekerja untuk
mendapat nikmat keseronokan bekerja? [3M]
Cara-cara
untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja:
- menanam
minat kepada kerja / tugas
- menganggap
kerja sebagai ibadat
- bergaul
dengan semua orang / tidak sombong
- sentiasa
jujur dan ikhlas
(ii) Pada pendapat anda,
mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan yang telah diamanahkan kepada
kita? [3M]
- untuk
mengelakkan berlakunya kerugian
- agar
kerja yang dilakukan tidak bertimbun / tidak menjadi beban / dapat diselesaikan
dengan segera
- agar
tidak membazirkan masa
- kita
tidak tahu apakah yang berlaku pada masa hadapan yang menghalang kita untuk
bekerja.
- untuk
menghindari sifat tidak bertanggung jawab / tidak berdisiplin dalam pekerjaan /
tidak mematuhi waktu bekerja @ peraturan kerja
- untuk
menghindari sifat pemalas
- untuk mengelakkan bekerja
pada saat akhir yang akan menjejaskan kualiti kerja / produktiviti
(iii) Sekiranya
anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3M]
Ciri-ciri
kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat:
- bersikap
amanah dalam menjalankan tugas
- cekap
dalam menjalankan tugas
- berilmu
tinggi
- berakhlak
baik/ mulia
- mempunyai
wawasan dan matlamat yang jelas
- memimpin
ke arah kebaikan sejagat
- berintegriti
dan berlaku adil
- tidak
mementingkan diri sendiri
- bertanggungjawab
kepada orang yang dipimpin
- tidak
egois dan sombong
- bertimbangrasa
(iv) Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?
Kita perlu menghargai
masa kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Kita perlu menghargai
masa agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Dengan menghargai
masa, kita dapat menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.
(v) Sekiranya
anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
- bersikap
amanah dalam menjalankan tugas;
- bertindak
adil dalam mengambil sesuatu tindakan;
- cekap
dalam menjalankan tugas.
(vi) Mengapakah
bakat yang ada harus dikembangkan?
- agar
kebolehan diri dapat dikenal pasti;
- dapat
menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan;
- untuk
menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.
(v) Berikan
pandangan anda tentang cara-cara untuk menjadi insan yang cemerlang.
- melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan;
- sentiasa
berfikiran positif;
- bijak
dalam mengambil sesuatu tindakan.
(vi) Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu bergembira semasa bekerja?
- agar
tidak mengalami tekanan perasaan atau stres;
- supaya
waktu bekerja berlalu dengan cepat;
- dapat
menghasilkan kerja yang berkualiti.
(vii) Sikap berjimat cermat
perlu ada pada seseorang pekerja. Jelaskan.
- untuk
mengelakkan berlakunya amalan membazir;
- barangan
yang dibeli haruslah mengikut keperluan;
- wang
yang dijimatkan dapat digunakan pada masa depan;
- dapat
memaksimumkan keuntungan syarikat atau jabatan.
(viii) Pada
pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja?
- akan
hilang kepercayaan orang ramai atau pelanggan;
- kerja
tidak dapat disiapkan mengikut jadual;
- akan
menimbulkan masalah kepada orang ramai.
(ix) Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan tugas?
[3M]
Sebab-sebab:
- hasil kerja lebih berkualiti
- hasil kerja lebih berkualiti
- tidak melakukan
sebarang kesilapan
- tidak membazir masa /
tenaga
(x) Pada
pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian mulia
dalam kehidupan. Berikan tiga sebab. [3M]
Sebab-sebab:
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati / dipandang
mulia
- jujur / amanah dalam
menjalankan tugas
- mendapat keberkatan
hidup
(xi) Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh
orang bawahannya. [3M]
Ciri-ciri:
- tidak sombong
- tidak sombong
- sedia mendengar
pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama
pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil
berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan
masalah
Soalan berdasarkan aspek
KOMSAS
(i) Nyatakan
tiga pengajaran yang boleh diambil daripada Gurindam Tonggak Dua Belas. [3M]
Pengajaran
daripada gurindam:
- Kita hendaklah bijak
menguruskan masa. Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- Kita hendaklah tekun dan
gigih melaksanakan tugas. Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- Kita
hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan. Contoh: tidak terburu-buru
dalam tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
(ii) Huraikan
dua nilai murni dalam gurindam. [4M]
- Kesederhanaan
– mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan
- Kebijaksanaan
– bertindak dengan bijaksana
- Ketelusan
– peribadi yang baik dijadikan amalan
- Baik
hati – sentiasa bertimbang rasa dan bersimpati
(iii) Nyatakan
bentuk gurindam di atas. [4M]
Bentuk
gurindam:
- Puisi
terikat/ tidak bebas
- Mempunyai
12 rangkap
- Setiap
rangkap mengandungi 2 baris
- Mengandungi
4 patah perkataan dalam satu baris
- Suku
kata antara 9 hingga 15 suku kata. Contohnya: Ja/ngan di/nan/ti e/sok
lu/sa iaitu 9 suku kata dan Ke/bi/jak/sa/na/an ber/he/mat per/lu di/u/ta/ma
iaitu 15 suku kata sebaris
- Rima
akhir aa. Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat
semoga aktif
(iv) Jelaskan
dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4M]
Persoalan;
-
persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas
- Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
-
persoalan kegigihan bekerja demi mencapai kejayaan - Contoh:
melakukan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
-
persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan - Contoh:
tidak terburu-buru dalam tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
No comments:
Post a Comment