FRASA . (Dipetik dari Blog
Tatabahasa STPM)
Frasa ialah binaan yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit
yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya:
Buku tebal itu / sudah hilang.
Inti frasa
Binaan Frasa
Terbahagi kepada 4 jenis:
·
Frasa Nama (FN)
·
Frasa Kerja (FK)
·
Frasa Adjektif (FA)
·
Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa Nama
Boleh terletak pada bahagian subjek
atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan
penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
·
Inti + Penerang
o
Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayu, budak perempuan, gelang kaki, bilik mesyuarat
·
o
Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di
kampung
·
Inti + Inti
Contoh: datuk nenek, kampung
halaman, pinggan mangkuk, teruna dara
Frasa Kerja
Berfungsi sebagai predikat. Kata
kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif
(tanpa objek).
·
Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek
tepat (objek yang pertama).
·
Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek
sipi (objek yang kedua).
·
FK Tanpa Objek
·
FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
Contoh: Datuk sedang mandi (di
sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
·
FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh
dgugurkan)
Contoh: Ali berada di
dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi
·
FK Dengan Objek
·
FK dengan satu objek
Contoh: Saya menjawab surat
itu
Penumpang itu menaiki feri
·
FK dengan dua objek
Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat
kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan
untuk kami
Frasa Adjektif
Kata adjektif sebagai kata intinya.
Berfungsi sebagai:
·
FA sebagai predikat
Contoh: Suara penyanyi
itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan
·
FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh: Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju
·
FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh: Nasi lemak
masakan popular
Usman Awanag Pensyair Agung
Mempunyai unsur penguat yang
terbahagi kepada 3 jenis:
·
Penguat Hadapan : paling, terlalu
Contoh: Suasana di stesen
bas itu terlalu bising
·
Penguat Belakang : sekali, benar, nian
Contoh: Buah durian yang
dipamerkan itu besar sekali
·
Penguat Bebas : amat, sungguh
Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera
kita berani
sungguh
Frasa Sendi Nama
Tidak ada kata inti. Terdiri
daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
·
Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah
daripada kayu jati
·
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela
dari dalam hatinya
·
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan
pertempuran untuk mempertahankan negara
·
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu
setiap malam
ke utara Semenanjung Malaysia pada
tahun hadapan
Nota Tambahan
Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada
satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa
perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa
ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang
frasa.
Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti
frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian.
Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni
hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan
unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa
kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan
mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
Perhatikan contoh-contoh
kekecualian berikut:
Frasa Nama
|
Nota
|
|
Penerang
|
Inti
|
|
Perdana
|
Menteri
|
Penerang nama jawatan
|
Tuan
|
Ahmad
|
Penerang gelaran/panggilan
|
Timbalan
|
Menteri Pelancongan
|
Penerang nama jawatan
|
Frasa Nama
|
Nota
|
||
Bilangan
|
Penjodoh bilangan
|
inti
|
|
Lapan
|
bilah
|
pedang
|
Penerang kata bilangan dan
penjodoh bilangan
|
Semua
|
-
|
murid
|
Penerang kata bilangan
|
Enam
|
ekor
|
buaya
|
Kata bilangan dan penjodoh
bilangan
|
Selain susunan unsur mengikut
hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa
hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri
oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti
|
Penerang Adjektif
|
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
|
Penentu belakang
|
Kereta
|
berkilat
|
ayah
|
itu
|
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud
dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua
jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak
transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya
sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja
boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
|
||
Frasa Kerja Transitif
|
Frasa Kerja Tak Transitif
|
|
( i) (kata bantu) + kata kerja +
objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur
yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja +
objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur
yang boleh ada atau tiada
|
Frasa kerja tak transitif tanpa
pelengkap
|
Frasa kerja tak transitif
berpelengap
|
(i) (kata bantu) + kata kerja +
(keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur
yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja +
(penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur
yang boleh ada atau tiada.
|
( kata bantu) + kata kerja +
pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus
yang boleh ada atau tiada.
|
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak
transitif tanpa pelengkap
Subjek
|
Predikat
|
Nota
|
||
Frasa Nama
|
Frasa kerja
|
|||
Kata bantu
|
Kata kerja
|
Keterangan
|
||
Lelaki itu
|
sedang
|
makan
|
di atas meja.
|
maksud ayat lengkap jika
keterangan dibuang.
|
Cikgu
|
masih
|
menulis
|
di papan hitam.
|
|
bayi itu
|
sedang
|
merangkak
|
dengan laju.
|
|
Jamal
|
akan
|
datang
|
esok
|
|
Khatib
|
sedang
|
berkhutbah
|
di surau
|
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak
transitif berpelengkap
Subjek
|
Predikat
|
Nota
|
||||
Frasa nama
|
Frasa kerja
|
|||||
Kata bantu
|
Kata kerja
|
pelengkap
|
Penerang
|
keterangan
|
||
Mereka
|
akan
|
pulang
|
ke rumah
|
secepat mungkin
|
dalam minggu ini
|
pelengkap frasa sendi nama
|
Ahmad
|
ingin
|
menjadi
|
penyanyi
|
yang terkenal
|
di negara ini
|
pelengkap kata nama
|
Saya
|
|
tinggal
|
di Klang
|
|
|
Pelengkap frasa sendi nama
|
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati
kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir
setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah
kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
Nota
|
||
Penguat hadapan
|
Kata Adjektif
|
Penguat Belakang
|
||
Ahli Gusti itu
|
sungguh
|
handal
|
|
|
Ali
|
sangat
|
pandai
|
|
|
Awak
|
|
hebat
|
betul
|
|
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa
nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata
bantu
Oleh kerana sifatnya
eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
|||
Frasa sendi nama
|
||||
Kata bantu
|
Kata sendi nama
|
Kata arah
|
Frasa nama
|
|
Alias
|
|
dari
|
arah selatan
|
Tanjung Malim
|
Rombongan sekolah
|
akan
|
ke
|
|
Menara Kuala Lumpur
|
Kedai Pak Abu
|
|
di
|
depan
|
masjid
|
No comments:
Post a Comment