Wednesday, August 8, 2012

Kepentingan Komputer


KEPENTINGAN KOMPUTER MASA KINI

Semakin hari, Cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah kanak¬kanak, remaja, golongan dewasa, dan golongan tua amat penting. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat, menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan. 


Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Kanak¬kanak perlu mahir menggunakan komputer sejak kecil lagi agar mereka dapat membudayakan ilmu teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka. 

Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat melayari internet untuk memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sumber maklumat daripada komputer. 

Kanak-kanak juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan komputer sambil berhibur. Malahan mereka dapat melukis gambar dengan menggunakan komputer sekali gus meningkatkan minat kanak-kanak terhadap perisian komputer. Namun, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka semasa menggunakan komputer khususnya semasa penggunaan internet agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut. 

Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer. 

No comments:

Post a Comment