Jenis-jenis
Pendahuluan.
• Berbentuk Soalan/Persoalan.
• Berbentuk Definisi
• Berbentuk fakta
• Bentuk sejarah.
• Bentuk suasana
• Bentuk peribahasa
• Bentuk puisi
• Bentuk gabungan
• Petikan tokoh
Contoh-contoh :
Pendahuluan Jenis Persoalan
Marcapada ini, pembangunan
negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, kerancakan pembangunan itu disusuli dengan isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari
jalan penyelesaian? Bagaimana untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
Pendahuluan Jenis Definisi.
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan atau pihak berkuasa. Sebaliknya pembalakan haram merupakan kegiatan membalak yang dijalankan tanpa mengikut atau mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
Pendahuluan Jenis Fakta .
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes ponteng sekolah di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 membuktikan bahawa gejala ponteng sekolah telah meningkat kepada sebelas peratus berbanding hanya 9 peratus pada tahun 2010. Gejala ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru sekolah dan juga masyarakat perlu seia dan sekata serta sederap melangkah bagi menangani masalah ini.
Pendahuluan Jenis Peribahasa.
Orang Melayu memang
kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa
yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan
jasa ialah “seperti kacang
lupakan kulit”
dan seperti “ulat
lupakan daun”.
Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan
jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.Oleh itu
sikap seperti ini
perlu dikikis dalam
hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan
berterima kasih atas segala
jasa, pertolongan, dan
pengorbanan orang lain kepada kita.
Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak
akan hidup bahagia, sama ada
di dunia mahupun di akhirat. Berikut ini saya huraikan punca-punca pelajar tidak mengenang jasa ibu bapa.
Pendahuluan Jenis Sejarah.
Malaysia dan seluruh pelosok Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang
lalu, lebih lama
daripada
bahasa Inggeris
yang hanya bermula
pada pertengahan
kurun
ke-16. Sejak tahun
1955, bahasa Melayu telah dinobatkan
sebagai
bahasa kebangsaan
atau bahasa rasmi negara. Pada tahun
1957, iaitu selepas
merdeka,
bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan. Namun begitu, para pencinta bahasa berasa terkilan kerana masyarakat kian meminggirkan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Di bawah ini saya perjelaskan cara-cara untuk kita sama-sama memartabatkan bahasa Melayu.
Pendahuluan Jenis Gabungan.
‘Tiga buah
pondok telefon dibakar’, ‘sampah
sarap bertaburan di pusat
rekreasi’, dan
‘tandas awam
diconteng dengan
kata-kata lucah’.
Begitulah
bunyinya
tajuk-tajuk
berita yang
sering dipaparkan
di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak.
Di sana-sini,
kemudahan
awam dirosakkan
oleh segelintir
masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah
yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah. Ketika itu, kita sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan.
No comments:
Post a Comment