Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Saturday, February 25, 2012
Imbuhan Pinjaman
Nota 1 :
(Dipetik dari Blog Cikgu Azmi)
Imbuhan pinjaman…?
Di samping imbuhan asli bahasa Melayu, terdapat juga imbuhan pinjaman yang kita ambil daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, dan bahasa Sanskrit. Perhatikan contoh di bawah;-
•Imbuhan bahasa Inggeris: (pra-, pro-, anti-, auto-, sub-, poli-, supra-,)
•Imbuhan bahasa Sanskrit: (eka-, dwi, tri-, tata-, pasca-, panca-, tuna-, swa-, maha-, )
•Imbuhan bahasa Arab: (-in, -at, -ah, bi-, -wi, -iah)
Contoh penggunaan imbuhan pinjaman dengan kata dasar:-
•prasejarah, prokerajaan, antidadah, automobil, subgolongan, subtopik, poliklinik, supranasional,
•ekabahasa, dwitahunan, tribahasa, tatabahasa, tatacara, pascasiswazah, pancaindera, tunakarya,
•muslimin, muslimat, muslimah, hadirin, hadirat, duniawi, alamiah, lahiriah, biadab, binormal,
Semua imbuhan sama ada pinjaman atau asli dieja rapat dengan kata dasar.
♥ bi- bermaksud tidak > binormal maksudnya tidak normal
♥ tuna- bermaksud tidak > tunakarya maksudnya penganggur
♥ swa- bermaksud sendiri > swalayan maksudnya layan diri
Nota 2 : Dipetik dari blog Panitia Bahasa Melayu
IMBUHAN PINJAMAN : Pra-
Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.
Contoh imbuhan pinjaman awalan adalah maha-, pra-, tata-, panca, swa-, tuna, eka-, dwi-, tri, bi-, anti-, dan pro-.
Awalan pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu.
Contoh ; perkataan berimbuhan awalan pra- dan maksunya ;
praakhir ~ sebelum akhir
prakata ~ kata pendahuluan
pramatang ~ belum cukup masak atau belum cukup tempoh
pramoden ~ sebelum mencapai zaman moden
prasangka ~ sangkaan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yang sebenar
prasarana ~ suruktur asas sesuatu sistem, infrastruktur
prasejarah ~ sebelum sejarah
prasekolah ~ tadika
prasiswazah ~ orang yang belum lulus sebagai siswazah
prasyarat ~ syarat awal
pratonton ~ tayangan sebelum tayangan rasmi
prauniversiti ~ sebelum masuk universiti, pengajian sebelum memasuki universiti
prawacana ~ mukadimah, kata pendahuluan
Thursday, February 16, 2012
Industri Pelancongan di Malaysia
Industri pelancongan memberikan sumber pendapatan kepada negara. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri pelancongan negara.
Kementerian Pelancongan telah mengisytiharkan Tahun 2007 sebagai Tahun Melawat Malaysia. Rentetan daripada itu, beberapa buah negeri juga telah mengumumkan tahun melawat negeri mereka seperti negeri Melaka, Sabah, Trengganu dan Selangor. Ini membuktikan bahawa pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti melihat mercu tanda, tempat bersejarah, kawasan tanah tinggi, alam semula jadi dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland iaiti lebuh raya yang dihububungi dengan bandar Kuala Lipis, Gua Musang di samping membesarkanjalan melalui Simpang Pulai. Usaha ini dilakukan agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. Selain itu, penginapan ala kampung juga telah dirancang dengan menyediakan program 'homestay' iaitu penginapan bercirikan suasana kampung. Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.
Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya dan agama sangat menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Kerajaan telah memperkenalkan kebudayaan rakyat Malaysia yang berkaitan dengan perayaan, kesenian, pakaian dan cara hidup kepada masyarakat dunia sebagai salah satu pengisian dalam program melawat Malaysia. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.
Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka.
Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia.
Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. .
Saturday, February 11, 2012
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG
(Mesyuarat ini diteruskan juga walaupun YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya tidak dapat hadir kerana ayahanda mertuanya telah kembali kerahmatullah - AlFatihah)
Mengumumkan ketibaan:
Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat
diiringi oleh Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.
Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat
Yang Dihormati En Ahmad b. Yahya,
Pegawai Khas kpd Yang Berbahagia Dato’ Hj Nordin b Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan, DUN Sijangkang.
Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat,
Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir.
Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2011.
Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.
Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 SMK Sijangkang Jaya.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, En Ahmad bin Yahya dan Tn Hj Zulkepli bin Mohamed ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12.
Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara, untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya ke-12 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha En Abd Halid bin Mohd Yassin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..
Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin yang budiman,
Kalau Dato’ pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-12.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato’ menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.
Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh;
Yang Berbahagia Dato’ Hj Nordin bin Selamat.
Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang.
Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik ke pentas untuk membuat cabutan.
Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.
Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.
Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.
Penerima bertuah yang pertama ...................
Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................
Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Pengacara Majlis :
EN SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
CIK NORLIYANA
Friday, February 10, 2012
Langkah-langkah Membendung Masalah Remaja Terlibat Dalam Jenayah
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan berita-berita panas yang melibatkan golongan remaja. Kisah berkaitan dengan remaja ini bukan sahaja meniti dari bibir ke bibir masyarakat malah hampir setiap hari dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Fenomena ini sangat merisaukan masyarakat kerana goongan remaja ini merupakan pewaris bangsa dan bakal memimpin negara pada masa akan datang. Statistik pihak Polis Diraja Malaysia menunjukkan ramai golongan remaja terlibat dalam kes curi, cabul, penyalahgunaan dadah dan lebih mengejutkan terdapat juga remaja yang terlibat dalam kes bunuh. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan ? Apakah tindakan yang sewajarnya kita lakukan? Persoalan-persoalan ini akan dihuraikan secara lebih terperinci dalam perenggan berikutnya.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk membendung masalah ini. Sebagai remaja, mereka seharusnya bijak memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa remaja ke arah yang baik begitu juga sebaliknya, jika remaja berkawan dengan kawan yang nakal, maka pelbagai kegiatan jenayah dan perkara tidak elok akan dilakuan. Jiwa remaja yang masih muda selalunya mudah dipengaruhi dan mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, remaja perlu berkawan dengan sahabat yang boleh menjadi ubat bagi diri mereka seperti bait gurindam yang berbunyai "Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat".
Selain itu, remaja juga perlu menyemai, mengamalkan serta memperkukuhkan jati diri. Jati diri boleh dipupuk melalui pendidikan keagamaan. Apabila ilmu agama telah mantap dalam diri remaja, mereka mampu berfikir secara matang dan rasional. Mereka juga dapat membezakan antara perkara yang baik atau perkara yang memudaratkan diri mereka. Nah, ternyatalah bahawa kekuatan jati diri dalam diri remaja membolehkan masalah kegiatan jenayah dapat dikurangkan.
Ibu bapa juga mempuyai peranan besar untuk mengatasi masalah jenayah yang melibatkan remaja Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berbual dengan anak-anak. Dalam sesi pertemuan itu, ibu bapa perlulah menasihatkan anak-anak supaya mematuhi peraturan dan undang. Ibu bapa juga perlu memahami kehendak anak-anak dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menceritakan smua masalah diri mereka. Perkongsian minda antara anak dan ibu bapa mampu mengubah kehidupan mereka yang lebih poitif.
Di samping itu, masyarakat juga berperanan untuk mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan remaja. Sikap 'tidak perlu jaga tepi kain orang' dan sikap 'biarkan' akan menjadikan remaja itu lebih liar. Jika masyarakat ternampak remaja melakukan kerja-kerja tidak sihat seperti hidu gam, melakukan maksiat dan mencuri, mereka perlu membuat laporan polis dan memaklumkan hal tersebut kepada pihak keluarga remaja tersebut. Jika hal ini dapat dipraktik oleh masyarakat, maka masalah jenayah dalam kalangan remaja akan lebih terkawal. Bak kata pepatah, sikap cubit paha kanan, paha kiri juga terasa haruslah ditanam dalam diri setiap anggota masyarakat.
Jenayah dalam kalangan remaja ini juga dapat dibendung dengan tindakan bersepadu pihak berkuasa. Pihak berkuasa perlu menggubal undang-undang yang lebih tegas ke atas pesalah remaja supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja lain. Remaja yang didapati bersalah perlu diberi hukuman yang setimpal dan hukuman itu perlu diwar-warkan dalam media massa supaya remaja lain berasa gerun dan takut untuk melakukan jenayah. Pihak berkuasa juga perlu mengawal dan mengawasi pelbagai media massa yang boleh mempengaruhi jiwa remaja kearah jenayah seperti filem lucah, filem ganas dan cerita yang tidak memberikan manfaat kepada remaja.Kajian membuktikan, pengaruh media massa ini merupakan punca utama remaja melakukan jenayah.
Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa jenayah remaja ini berpunca daripada pelbagai sudut. Semua pihak, sama ada remaja itu sendiri, ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa harus berganding bahu, sederap melangkah dan sebulat suara untuk mengurangkan masalah ini. Kita perlu kurang bercakap tetapi lebihkan usaha unyuk bertindak bagi membendung masalah jenayah dalam kalangan remaja. Kita tidak mahu sikap sudah terngantuk baru terngadah menjadi amalan semua pihak. Kita perlu ingat apabila nasi sudah menjadi bubur, apa juga usaha yang kita lakukan sudah tidak mempunyai apa-apa makna lagi.
(Karangan ini dibincangkan bersama dengan pelajar 5MPV pada 10 Februari 2011)
Thursday, February 9, 2012
Konserto Terakhir - Kelebihan Watak Hilmi
Kelebihan Watak Hilmi :
(i) Menghormati orang tua .
Hilmi bersalaman dan mencium tangan Datuk Johari.
(ii)Rajin .
Hilmi rajin mengusahakan tanah terbiar di halaman rumah Datuk Johari sehingga mendapat pujian daripada jiran dan sahabat-sahabat Datuk Johari.
(iii)Tabah dan gigih .
Hilmi berusaha gigih mempelajari muzik dengan Encik Bakar sehingga menjadi seorang seniman yang terkenal.
(iv) Pemaaf .
Hilmi tidak pernah memburuk-burukkan Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun dia tidak mendapat layanan yang baik daripada mereka.
Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa.
Latihan Pengukuhan Minda :
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN :
Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat-ayat di bawah.
1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.
2. Kerajaan Malaysia telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU.
3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.
4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara.
5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.
6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.
8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari.
9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.
10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal.
KESALAHAN KATA, ISTILAH ATAU TATABAHASA :
Cari satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di bawah.
1. Pelbagai rekaan murid sekolah yang berasaskan daya ubah suai dipamerkan pada pameran itu.
2. Yang Dipertua Bank Negara Malaysia telah dianugerahi bintang kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.
3. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi banjir mendadak di kawasan perumahan itu telah dilakukan dengan usaha mendalamkan sungai dan parit.
4. Projek jalan raya besar yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sedang rancak dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
5. Berapa anggaran harga bagi setiap kereta tangan kedua yang dijual di kedai itu?
6. Kertas kerja yang dibina untuk Dr Roslina itu membincangkan peranan ibu bapa dalam menangani gejala sosial remaja masa kini.
PERIBAHASA :
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud setiap ayat berikut.
1. Kehadiran Muthu di kampung itu amat dibimbangi jiran tetangganya kerana dia selalu mengambil barang-barang jiran-jirannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.
2. Aminah mempunyai perangai yang tidak digemari oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang suka mengambil barang-barang yang telah diberikannya semula.
3. Keputusannya untuk berhijrah ke Australia tidak dapat diubah lagi walaupun telah dihalang oleh kedua-dua ibu bapanya berkali-kali.
4. Semua ikan yang dipelihara oleh penternak telah terlepas akibat banjir yang melanda kampung itu bulan lalu.
5. Safee Sali ialah seorang penyerang yang disandarkan harapan tinggi oleh pengurus dan peminat untuk menjaringkan gol.
6. Samsuri dan Anizan sering berselisih faham dalam segala hal. Kedua-dua adik beradik ini pantang berjumpa, ada-ada sahaja yang tidak kena.
Hubungi cikgu melalui email, FB atau blog untuk mendapatkan jawapan. Selamat mencuba. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Membina Ayat yang Gramatis.
Membina Ayat :
Dalam soalan 3a, calon SPM akan diminta membina ayat. Untuk itu, calon hendaklah membina ayat yang gramatis. Namun kadang kala calon terbawa-bawa ayat dalam bahasa kolokial dalam menyiapkan ayat masing-masing.
Perhatikan dua ayat di bawah:
1. Hashim memberitahu bahawa dia tak tahu susuk tubuh pencuri itu.
Ayat 1 di atas merupakan ayat dalam bahasa kolokial dan tentunya tidak gramatis sebagai ayat bahasa tulisan. Ayat 1 di atas hendaklah ditulis seperti 1a :
1a. Hashim memberitahu bahawa dia tidak mengetahui susuk tubuh pencuri itu.
Ayat 1 itu menggunakan bahasa tidak baku, iaitu pada ungkapan " tak tahu ". Oleh itu, ungkapan yang baku ialah " tidak mengetahui ".
Contoh lain pula seperti berikut:
2. Saya pergi membeli-belah.
Ayat 2 juga ayat dalam bahasa kolokial dan selalu dituturkan dalam bahasa lisan. Bagaimanapun, dalam bahasa tulisan, ayat 2 tidak boleh digunakan. Ayat 2 hendaklah dituliskan dalam bentuk bahasa tulisan seperti ayat 2a berikut:
2a. Ke Alamanda saya pergi membeli-belah pakaian.
Ayat 2a itu mempunyai unsur sendi nama dan objek. Unsur sendi nama di atas penting kerana ungkapan "saya pergi" merupakan ayat dalam bentuk pasif persona pertama. Unsur objek pula penting kerana ayat itu mempunyai kata kerja transitif, iaitu "membeli-belah". Berbanding ayat 2 ialah ayat yang tidak lengkap sebagai bahasa tulisan.
(Dipetik dari Blog Cikgu Mohd Azam)
Friday, February 3, 2012
Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan
Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan.
Pendahuluan :
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalan hidup manusia. Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang kepentingan ilmu, saya huraikan dalam perengan seterusnya.
a) Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.
Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu. Jelaslah bahawa.......
b) Meningkatkan taraf hidup.
Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya.
c) Boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka. Ini kerana, semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan.
d) Disanjung tinggi oleh masyarakat.
Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Ternyatalah bahawa....
e) Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan gores dan menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu.
f) Ilmu Menjamin kehidupan .
Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.
Penutup:
Daripada huraian yang diberikan, nah, ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya dan berkedudukan, akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan bertentangan dengan hukum agama.
Beberapa Contoh Karangan Pelajar
Karangan ini telah dibentangkan oleh pelajar 5 Sains 1 SMK Sijangkang Jaya sewaktu P & P pada 19 Januari 2012). Semoga dapat dimanfaatkan bersama
BAHASA MELAYU
KARANGAN
KERTAS 1 BAHAGIAN B
Soalan 2
Amalan menjaga kesihatan bermula dari rumah.
Nyatakan peranan keluarga dalam usaha memastikan anak-anak sentiasa sihat.
Pendahuluan
- Kesihatan yang baik sangat bermakna dalm hidup kita. Harta benda yang banyak tidak
membawa apa-apa erti jika tubuh badan kita tidak sihat.
- Kesihatan tubuh badan yang baik bermula dari rumah.
- Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa peranan keluarga terutamanya
ibu bapa sangat penting untuk menjaga kesihatan anak-anak.
- Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab ibu bapa sangat diperlukan bagi menjamin
kesihatan keluarga.
- Antara peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga adalah seperti berikut ;
1) Mengamalkan Pemakanan Yang Seimbang.
- Cara pemakanan yang sihat ialah dengan menyediakan makanan mengikut piramid makanan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
- Makan makanan yang tinggi serat dan mengandungi vitamin yang secukupnya seperti
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Mengurangkan kandungan gula, garam , serbuk perisa dan kolesterol dalam masakan
misalnya, makanan yang berminyak.
- Menggantikan makanan berminyak dengan makanan yang lebih sihat contohnya, makanan
yang dikukus, dibakar dan dijadikan sup.
- Jelaslah, amalan pemakanan yang seimbang merupakan penyumbang terbesar dalam
meningkatkan tahap kesihatan diri.
2) Menjalankan Pemeriksaan kesihatan.
- Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menjalani pemeiksaan kesihatan secara
berkala.
- Menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit kronik
seperti kanser, serangan jantung dan strok.
- Mendapatkan suntikan pencegahan penyakit seperti kancing gigi, rubella, HPV dan
imuniti.
- Mendapatkan rawatan dengan segera jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam
dan batuk yang berpanjangan.
- Jadi nyatalah, pemeriksaan kesihatan juga penting dalam memastikan kesihatan
sentiasa terjamin.
3) Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
- Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Perbuatan merokok, minum arak, tidak bersenam dan terlibat dalam penyalahgunaan
dadah harus dielakkan.
- Bersenam setiap hujung minggu sama ada bermain badminton atau berjoging.Ibu bapa
haruslah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan di
sekolah.
- Contoh aktiviti sukan yang boleh disertai ialah bola sepak, bola baling dan
sebagainya.
- Setiap keluarga mestilah menjadikan aktiviti riadah sebagai aktiviti wajib keluarga
setiap minggu. Aktiviti berbasikal juga boleh dilakukan semasa beriadah.Jelaslah,
kesihatan tubuh badan dapat dipertingkatkan melalui amalan gaya hidup sihat.
4) Mengamalkan cara menjaga kebersihan
- Mencuci tangan sebelum dan selepas makan serta setelah keluar dari tandas serta
mandi sebersih-bersihnya setiap hari.
- Boleh menggunakan ‘hand-sanitizer’ pada tangan ketika berada di luar kawasan rumah
untuk melindungi diri daripada segala kekotoran.
- Mencuci pakaian setiap hari dengan bersih dan memastikan penampilan diri sentiasa
bersih seperti tidak membiarkan kuku panjang dan kotor.
- Jadi jelaslah, kesihatan yang baik bermula daripada kebersihan yang diamalkan
dengan baik.
5) Mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan..
- Mencari info-info tentang penyakit melalui internet, televisyen atau artikel.
- Mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor pakar bagi menambahkan maklumat
tentang penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan.
- Mengambil makanan sampingan mengikut nasihat doktor misalnya, vitamin, minuman susu
kultur dan lain-lain lagi.
- Nyatalah, mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan juga adalah langkah
untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.
Penutup
- Tuntasnya, segala intipati yang telah digubal, sudah terang lagi bersuluh bahawa
kesihatan anak-anak perlulah dititikberatkan.
- Bukan sahaja ibu bapa yang berperanan penting, bahkan setiap anggota keluarga juga
haruslah memainkan watak masing-masing untuk mengekalkan kesihatan keluarga.
SOALAN 3:
Sebagai ahli jawatan kuasa majalah sekolah, anda telah ditugaskan menemu ramah seorang tokoh pejuang di kampung anda. Temu ramah anda berkaitan dengan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam masyarakat.
Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.
PENDAHULUAN
Contoh pendahuluan:
• Pada 15 Mac yang lalu, saya iaitu Alif Airell sebagai editor Majalah ILHAM telah menjalankan wawancara dengan seorang tokoh pejuang ketika menentang Jepun yang merupakan anak watan kampung saya iaitu Tuan Ahmad. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah ILHAM keluaran tahun 2011.
• Contoh Pengenalan:
Alif : Assalamualaikum Tuan Ahmad.
Tn. Ahmad : Waalaikumsalam.
Alif : Saya Alif, selaku editor majalah ILHAM sekolah. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Ahmad kerana sudi diwawancara pada pagi ini. Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah ILHAM keluaran tahun ini.
ISI PERTAMA:
SOALAN:
• Apakah pandangan tuan tentang tahap semangat patritisme masyarakat hari ini dan apakah langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam masyarakat ?
• Tahap semangat patriotik dalam masyarakat hari ini masih belum mantap – mungkin disebabkan rakyat hari hidup dalam kemewahan dan terlalu mengejar kehidupan moden tanpa menoleh kesusahan pejuang masa lampau seperti dalam zaman penjajahan atau zaman darurat.
• Masyarakat hari ini perlu sedar, kejayaan dan kemewahan hari ini dibina atas penderitaan dan kesusahan pejuang untuk memerdekakan negara. Semua ahli masyarakat hendaklah menjaga dan memelihara keamanan ini agar berkekalan. Mereka perlu mengamalkan budaya hidup yang sihat, tidak mementingkan diri sendiri, menjaga perasaan pelbagai kaum dan berkongsi kekayaan negara.
• Dengan usaha itu, dapat memupuk sikap bekerjasama, saling membantu, hormat menghormati dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotik dalam diri.
• lMasyarakat harus Lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku
• Jadi, jelaslah bahawa dengan melihat kesusahan pejuang lalu dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
ISI KEDUA :
SOALAN:
• Apakah cara untuk memupuknya semangat patriotik dalam masyarakat?
• Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin berkurang
• Kita perlu mengingati dan menghargai pengorbanan para pejuang
• Mereka sanggup berkorban nyawa demi mencapai kemerdekaan negara
• Mereka mempunyai kegigihan dan keberanian ketika menentang penjajah
• Para pejuang telah menunjukkan taat setia kepada pemimpin dengan berusaha mempertahankan tanah air daripada dijajah
• Contoh : Dato‘ Maharaja Lela telah membina kubu pertahanan dann berjaya membunuh pegawai British iaitu J.W.W. Birch
• Sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat patriotisme dapat dipupuk dengan mengingati dan menghargai jasa para pejuang tanah air
ISI KETIGA :
SOALAN:
• Kerajaan telah mengadakan kempen-kempen mengenai semangat patriotisme dalam masyarakat. Apakah pandangan tuan?
• Ya, betul tu. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan rakyat sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara kita yang tercinta tetapi rakyat masih lagi memandang endah tak endah terhadap kempen tersebut.
• Kempen ini disebarkan melalui ruang iklan dan media massa seperti saluran televisyen, internet dan di dada-dada akhbar malah kerajaan telah mengadakan kempen-kempen secara terbuka dan meluas tidak kira di sekolah mahupun di tempat-tempat awam
• Mengadakan aktiviti yang menarik minat masyarakat untuk mengunjungi tempat-tempat kempen dilancarkan seperti penyebaran risalah, pameran, menerbitkan buku-buku, tayangan filem dan pementasan teater. Rakyat harus memberi sokongan terhadap kempen tersebut.
• Jadi, nyatalah bahawa usaha kerajaan mengadakan kempen-kempen adalah langkah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
ISI KEEMPAT:
SOALAN:
• Mengapakah perlu untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat?
• Ramai masyarakat tidak sedar tentang kepentingan semangat patriotisme - matlamat utamanya ialah untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
• Menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya sendiri
• Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi -sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negara -mencapai kemajuan dan pembangunan setanding dengan negara-negara maju yang lain
• Semangat patriotik tidak dipupuk dalam kalangan masyarakat -mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri
• Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat
SOALAN:
• Soalan saya yang terakhir. Apakah nasihat atau pandangan tuan mengenai kepentingan semangat patriotisme?
• Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita kena pegang pada prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -ungkapan penting untuk menanamkan semangat sayang dan cinta akan negara. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri haruslah kita sematkan dalam diri kita.
• Ahli falsafah ada menyatakan -paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia
• Harus menanamkan semangat cinta patriotik yang mendalam -masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh dan maruah negara akan gah di seantero dunia
PENUTUP :
Menyatakan terima kasih atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang sesi temubual dijalankan. Mendoakan semoga beliau terus sihat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
SOALAN 4
Soalan
Menara Pisa, Kota A Famosa, Tembok Besar Cina, dan Piramid merupakan antara bangunan dan tempat bersejarah di dunia.
Jelaskan cara-cara yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk memulihara bangunan dan tempat-tempat bersejarah.
Pendahuluan
• Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara
• Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972, dinyatakan bahawa “...warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi
• mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia
• bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung
• Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang
Isi 1
• mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara
• bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan.
• Majlis Bandaraya Melaka umpamanya, telah meletakkan Kota A Famosa sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Melaka
• usaha mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi.
• Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara
Isi 2
• Penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang tertentu adalah antara fungsi utama muzium di seluruh dunia
• Pameran-pameran dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun merupakan satu cara penting menarik orang ramai ke muzium sekaligus menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara global.
• Selain itu, hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dijalankan diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan lain-lain lagi untuk diedar dan disalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya
• Cara ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya tersendiri.
• Dalam usaha penyebaran maklumat, muzium mengambil kira semua golongan peringkat masyarakat
• Ini kerana Muzium berpegang kepada konsep " Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, oleh itu Muzium perlu pergi kepada mereka ".
Isi 3
• mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara dengan menyediakan peruntukan khas
• memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama
• 10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar
• Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai ratifak yang istimewa, Tembok Bersar tidak boleh disimpan sama seperti bangunan purba yang lain
• meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak
• Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya
• usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah negara terus kekal akan dapat dicapai
• Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana melalui kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara
Isi 4
• keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan
• Jabatan Arkitek setiap negara sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah
• bagi memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi.
• beberapa buah universiti di seluruh negara sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan yang menepati ciri-ciri warisan negara yang mendapat pengiktirafan di peringkat global.
• turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah
• mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisme dalam jiwa remaja kita hari ini
Penutup
• Fenomena pemuliharaan bangunan bersejarah untuk disuai guna semula sebagai tarikan pelancongan adalah antara fenomena yang masih baru
• hari demi hari makin banyak pihak yang prihatin dan mengambil berat tentang bangunan bersejarah dan mengambil inisiatif untuk memuliharanya
• Pemuliharaan bangunan bersejarah tidak boleh diabaikan walaupun negara sedang mengejar kemajuan
• Jika diabaikan, kita akan kehilangan warisan yang telah diturunkan oleh generasi terdahulu dan kita akan lupa asal usul rumpun bangsa kita sendiri
Soalan 5.
Ciri-ciri sahabat sejati.
Pendahuluan
Sahabat sejati merupakan orang yang paling rapat dengan diri seseorang. Sahabat sejati boleh menjadi peneman setia dikala kita dalam kedukaan dan juga kegembiraan. Dalam era kemodenan ini, sukar untuk kita memperoleh teman sejati. Ramai sahabat yang cuba mengambil kesempatan dalam persahabatan. Ada antara mereka yang berkawan kerana untuk menumpang kekayaan, kerana ingin mendapat sesuatu dan kerana ingin mendapatkan kebebasan. Sikap ada udang disebalik batu boleh merosakkan persahabatan. Oleh itu, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih sehabat sejati. Sahabat sejati dapat dilihat dari beberapa aspek ;
Isi Pertama :
A) Menjadi suri teladan yang baik
Sebagai seorang kawan yang sejati haruslah menjadi contoh yang baik kepada kawannya
Menonjolkan sifat-sifat yang terpuji yang ada dalam dirinya untuk menjadikan kawannya seorang yang berguna kepada keluarga,negara dan bangsa.
Contohnya, membantu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru ---menyuruh kawannya mengikuti perbuatannya
Jadi jelaslah menjadi teladan yang baik merupakan ciri-ciri seorang sahabat yang sejati.
b) Selalu memberikan dorongan dan motivasi
sahabat sejati juga haruslah mencuba membantu rakannya meleraikan masalah yang di hadapi
Haruslah berusaha untuk memahami kekusutan yang dihadapi oleh rakannya---memberi kata-kata peransang utuk membangunkan kawannya supaya tidak berpatah hati
Contohnya ;apabila rakan tidak mendapat keputusan memberansangkan---memberi nasihat kepadanya supaya tidak berputus asa dan terus beusaha
Jadi jelaslah, rakan yang dapat memberi dorongan dan motivasi merupakan ciri-ciri rakan yang baik
c) Membantu dalam pelajaran
Haruslah membantu rakannya dalam pelajaran supaya kawannya menjadi seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan
Berkongsi ilmu pengetahuan yang ada padanya kepada rakan-rakannya yang lain---dengan ini, bukan sahaja kawan kita mendapat ilmu malah kita juga dapat meluaskan pengetahuan
Contohnya,sekiranya kawan kita lemah dalam mata pelajaran tertentu kita haruslah berkongsi pendapat bersama agar lebih faham
Nyatalah membantu rakan dalam pelajaran merupakan salah satu ciri rakan sejati.
d) Mengajak kawan melakukan kebaikan.
Haruslah sentiasa memberi nasihat dan dorongan untuk mengelakkan diri kita dan rakan dalam gejala negatif.
Menyuntikkan sifat-sifat positif dalam diri kita hingga ke akar umbi untuk menjadikan kawan kita seorang pelajar yang cemerlang dari segi personaliti dan pendidikan.
Menegur sahabat yang melakukan perkara tidak sihat seperti ponteng kelas, terlibat dalam masalah sosial dan tidak menunaikan tanggungjawab.
Contohnya,apabila kawan kita melibat kan diri dalam gejala negatif ,kita haruslah memberi nasihat dan dorongan kawan kita agar kawan kita dapat membebaskan diri dari gejala-gejala negatif tersebut.
Secara tidak langsung, teguran kita dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk sahabat kita
Penutup
Tuntasnya, kawan amat penting dalam kehidupan kita. Kawan sebagai pelengkap hidup manusia umpama isi dengan kuku. Kawan sejati merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai yang sentiasa menemani kita dalam kesusahan mahupun kesenangan. Bak Kata pujangga, orang yang miskin di duia ini adalah orang yang tidak mempunyai kawan sejati. Oleh itu, kita haruslah menghargai kawan kita semoga akan berkekalan persahabatan sebagai sahabat sejati.