Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, June 17, 2011
Kesan Buruk dan Cara Mengatasi Kebanjiran Pendatang Asing
Malaysia kini dibanjiri oleh pekerja asing daripada pelbagai bangsa sebagai kesan dasar pintu terbukanya. Dasar tersebut telah membawa pelbagai implikasi buruk dan perlu diperketat semula.
Huraikan kesan-kesan buruk dasar tersebut dan kemukakan langkah-langkah proaktif untuk membendungnya.
Format : Tiada
Pendahuluan:
Kedatangan pekerja asing ke negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan - Pekerja asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya – dianggap sebagai lombong emas kerana di mana ada gula, di situ ada semut – Sektor yang menjadi tumpuan – sektor pertanian, perkilangan dan perladangan – Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini merancakkan kedatangan mereka lagi – membawa kesan-kesan negatif
Isi-isi:
Kesan-kesan negatif:
(a) menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan – sikap majikan di negara gemar mengupah pekerja asing – kadar upah murah – sikap tidak memilih pekerjaan – hidup penduduk tempatan tersepit – kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan – Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan – kadar pengangguran semakin meningkat
(b) Peningkatan jenayah - tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan – kos sara hidup semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global - pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain – Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah
(c) Kesan ekonomi – pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan – merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini - sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita – proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah – Bukti statistik, sebanyak RM9.124 juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing di antara bulan Januari hingga Jun 2008 – membebankan kewangan negara – RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI – akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita
Langkah-langkah membendungnya:
(d) mengehadkan pergantungan kepada buruh asing - menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan – pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan - pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini - Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan - Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
(e) menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas - Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.
Penutup:
Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara
bagus la maklumat dan isi yg diberi . harap dpt membantu saya
ReplyDeleteada warga asing sekarang dah jadi chef di restoran2 dan gerai2 di pusat belah kita...apa nak jadi dgn anak2 tempatan kita...terpaksa bersaing pulak...kerajaan jgn lepas pandang hal ini...rakyat dah meluat sgt dah ni.!!!!
ReplyDeletekerajaan tolong tegas dalam penguatkuasaan undang2..jgn layan sgt tokeh2 dan majikan2 yg nak mengaut keuntungan lebih..sampai rakyat menderita mereka pakai kereta mewah tapi rakyat marhaen nk makan pun susah...tiap kali alasan mrka org tempatan memilih kerja lah dan bla...bla...kurangkan lesen kepada agensi pengambilan warga asing ni..byk sgt...
ReplyDeletetrime ksih sbb memberi info dan bntu sy buat karangn ttg isu warga asing :) sgt membantu .
ReplyDeletelike...
ReplyDeleteBukan dari aspek itu sahaja, malah kebanyakan warga asing sudah berani mengacau dan merosakkan kehormatan anak melayu kita. Banyak kes telah berlaku. Mereka semakin berani. Semoga permasalahan ini dapat dibendung di banteras oleh kerajaan. Agar bangsa kt, rakyat kt tidak menjadi mangsa mereka lagi.
ReplyDeleteBetul tu...peranan ibu bapa untuk membentuk dan memantapkan akal budi anak-anak zaman ini...jika anak kita lemah dan asyik kepada hiburan keduniaan, maka pengaruh luar akan mudah diterima dan meresap diri mereka yang menyebabkan mereka hancur...
DeleteFnjfchjtdcbjgffbnkoiyffbjyrsswfnkkhu
ReplyDeleteTerima kasih untuk info ini...
ReplyDeleteterima kasih :) alhamdulillah .. isi yang dicari dah dapat .. harap dapat buat yang terbaik untuk PBS STPM nanti ^_^
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDelete