JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.
Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM
Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.
Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal.
Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.
Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu.
Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:
Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS
Pengetahuan
•Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas
•nyatakan,
•terangkan,
•namakan,
•labelkan
Kefahaman
•Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf.
•pilih,
•terangkan,
•tulis semula
Penggunaan / Aplikasi
•Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data dll.
•selesaikan,
•ramalkan,
•cari,
•kesilapan,
•bina alat.
Analisis
•Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
•bezakan,
•pasti,
•pilih
Sintesis
•Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.
•bina,
•hasilkan,
•susun,
•kembangkan
Penilaian
•Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik
•pilih,
•berikan,
•alasan,
•kritikan,
•buktikan
Semoga dapat dimanfaatkan dalam penjelasan yang amat ringkas ini.
tq..maklumat berguna...
ReplyDeletemohon share maklumat ini.
ReplyDeleteterima kasih bnyk2.
ReplyDeletemohon share maklumat TQ
ReplyDeleteTerima kasih. Mohon kongsi maklumat
ReplyDeleteTQ KONGSI MAKLUMAT NI.SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA
ReplyDeleteTERIMA KASIH . MOHON IZIN KONGSI MAKLUMAT
ReplyDeleteTq, maklumat ini sangat berguna, sya mohon izin untuk menggunakan maklumat ini..
ReplyDeleteSmoga mendapat keberkatan Allah swt.
assalamualaikum..saya juga mohon izin utk dptkn maklumat ni..terima kasih.
ReplyDeletemohon share tq
ReplyDeletesatu maklumat yang penting . mohon share .
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya juga mohon izin utk dptkn maklumat ini. Sangat membantu..
ReplyDeleteMohon menggunakan makluamt ini untuk dipanjang pada rakan yang lain
ReplyDeleteDipersilakan untuk kita memantapkan pengetahuan kita
ReplyDeleteterima kasih mohon share
ReplyDeleteterima kasih,mohon keizinan untuk berkongsi maklumat berguna ini.
ReplyDeleteTerima kasih tidak terhingga ke atas ilmu yg dikongsi..Semoga Allah membalas jasa baik pihak tuan.. Minta izin jga utk memanjangkannya.. From: Khairil Annuar Bin Mohd Isa SMKJT Ipoh,Pk.
ReplyDeleteterima kasih kerana dapat berkongsi makluamt...
ReplyDeletemohon perkongsian maklumat..jazakallah khoiru jaza' - rosli@smksrirahmat, jb
ReplyDeleteTerima kasih...sangat berguna
ReplyDeleteTerima kasih..info sangat berguna
ReplyDeleteTerima kasih cikgu...
ReplyDeleteMohon share. Terima kasih cikgu..
ReplyDeleteterima kasih ats prkongsian maklumat.jazakallah khair
ReplyDelete