Teks Hari Guru :
07.30 pagi – 08.30 pagi .(Dataran Jaya)
Pastikan Kumpulan Kompang dan Bunga Manggar Bersedia:
Pengawas dan Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas Berbaris Sepanjang Jalan ke Astaka
Mengumumkan perarakkan masuk Puan Pengetua, Barisan Pentadbir dan Guru-Guru dengan diiringi oleh YDP PIBG dan AJK PIBG SMK Sijangkang Jaya.
Pelajar-pelajar diminta memberikan tepukan kepada guru-guru yang kita sayangi.
Pengawas Iringi Guru-Guru Ke astaka dan sematkan Roset pada semua guru.
Pengawas memberikan hadiah kepada semua guru
Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMK Sijangkang Jaya – Pn Hjh Norhayati Hj Bakri
Yang Berbahagia, YDP PIBG dan AJK PIBG SMK Sijangkang Jaya
Yang Dikasih Barisan Pentadbir SMK Sijangkang Jaya –
• Pn Ramlah Bt Hashim – PK Pentadbiran.
• Tn Hj Arham Abd Hamid – PK HEM
• Pn Zaleha bt Selamat – PK Kokurikulum
• Pn Rubiah bt Hayat – PK sesi Petang
Yang Dihormati, Guru-Guru kanan Matapelajaran
Yang Dikasihi lagi budiman – Wajah-wajah Pendidik yang tidak pernah luntur untuk memberikan titipan ilmu.
Yang disayangi, Putra dan Putri SMK Sijangkang Jaya.
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, saya dengan ini mempersilakan Saudara Mohd Affendi bin Mohd Puad untuk melafazkan doa.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa yang dilafazkan itu tadi.
Sebelum aturcara majlis kita diteruskan, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Guru Malaysia yang akan diiringi dengan alunan muzik. Dipersilakan Cikgu Norhashim untuk menjadi instruktur agar nyanyian kita lebih sempurna. Semua hadirin diminta bersedia dan berdiri tegak.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh para hadirin. Pelajar diminta untuk duduk, dan guru-guru diminta bersedia untuk bacaan ikrar guru.
Seterusnya, majlis mempersila dan menjemput Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Sijangkang Jaya – Ustaz Dawami bin Shaien untuk mengetuai bacaan ikrar guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada Ustaz Dawami atas lafaz ikrar yang dikumandangkan sebentar tadi.
Guru-Guru, Para Hadirin dan Pelajar-pelajar Yang dikasihi:
Tanggal 16 Mei datang lagi – Hari ini kita berhimpun dan berkampung untuk sama-sama meraikan tarikh keramat itu walaupun sudah 2 hari berlalu. ”Guru Pembina Bangsa Negara” itulah tema hari guru pada tahun ini. Sesungguhnya betapa besar peranan dan pengorbanan guru untuk membina bangsa Malaysia. Saya mewakili rakan-rakan seperjuangan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah menabur benih-benih ilmu buat kami. Jasamu guru amat kami sanjung dan kenang hingga akhir hayat kami. Terimalah serangkap pantun dari kami :
Kolek didayung untuk belayar
Di bawa bersama sebuah peti
Budimu guru sukar dibayar,
Kami sanjung tinggi hingga ke mati.
Hadirin yang dirai dan dihormati,
Aturcara majlis diteruskan lagi dengan mendengar beberapa perutusan dan ucapan yang disusun khas untuk sambutan hari guru pada kali ini.
Marilah sama-sama kita mendengar perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Untuk menyampaikan perutusan KPPM, saya mempersilakan Penolong Kanan Petang – Pn Rubi’ah bt Hayat untuk membacakan perutusan itu. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Pn Rubi’ah bt Hayat.
Perutusan seterusnya dari Menteri Pelajaran Malaysia. Untuk menyampaikan perutusan itu, saya mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Zaleha bt Selamat untuk menyampaikannya.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan Zaleha bt Selamat..
Perutusan terakhir ialah dari Perdana Menteri Malaysia. Majlis menjemput Penolong Kanan HEM, Tn Hj Arham bin Abd Hamid untuk membacakan perutusan tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada Penolong Kanan HEM.
Hadirin yang dihormati,
Aturcara diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Pelajar saudari Nur Rashidah bt. Mohd. Farid Khan, untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua pelajar sekolah ini. Dengan hormatnya dipersilakan.
Terima kasih, atas ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar itu tadi.
Tidak lengkap rasanya majlis ini jika kita tidak mendengar ucapan dari Wakil Guru, untuk itu, saya mempersilakan Ustaz Dawami bin Shaien selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Ustaz Dawami biun Shaien.
Seterusnya saya menjemput YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Tn Hj Zulkefli bin Mat Taib untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis pada pagi ini. Dengan takzimnya dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG itu tadi.
Menyempurnakan lagi majlis kita pada pagi ini, saya dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Pengetua / Puan Ramlah yang dikasihi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Pengetua/Pn Ramlah itu tadi.
Hadirin yang dihormati, bagi mengakhiri program kita di Dataran Jaya, marilah kita sama-sama hayati persembahan deklamasi sajak oleh saudari Khairunnisa yang ditujukan khas untuk semua guru yang dikasihi dan disayangi. Sama-sama kita hayati sajak ini.
Terima kasih kepada saudari Khairunissa.
Para tetamu, Guru-Guru yang dirai dan rakan-rakan pelajar,
Dengan persembahan sajak itu tadi, berakhirlah program sambutan hari guru di Dataran Jaya. Selepas ini, pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 akan bergerak ke Foyer secara teratur bersama dengan semua guru sesi pagi untuk majlis penyampaian cenderamata . Pelajar tingkatan 1 dan 2, boleh berehat sehingga pukul 9.00 pagi. Majlis akan disambung semula pada pukul 9.30 pagi di Foyer Cempaka. Terima kasih kepada guru-guru dan tetamu yang bersama dalam majlis ini.
08.30 pagi – 09.00 pagi.(Foyer Cempaka)
Para tetamu, Guru-Guru dan rakan-rakan pelajar,
Sebagai tandamata, tanda kenang-kenangan dan tanda ingatan yang tiada noktahnya. Saya menjemput ketua tingkatan atau wakilnya untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan kepada guru kelas masing-masing. Kita mulakan dengan menjemput semua guru kelas ting......... untuk berhimpun ke pentas utama...
1. Kelas tingkatan 3
2. Kelas tingkatan 4
3. Kelas tingkatan 5
09.00 pagi – 09.30 pagi.(Foyer Cempaka)
Para tetamu, Guru-Guru dan rakan-rakan pelajar,
Sebagai tandamata, tanda kenang-kenangan dan tanda ingatan yang tiada noktahnya. Saya menjemput ketua tingkatan atau wakilnya untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan kepada guru kelas masing-masing. Kita mulakan dengan menjemput semua guru kelas ting......... untuk berhimpun ke pentas utama...
1. Kelas tingkatan 1
2. Kelas tingkatan 2
09.30 pagi – 10.15 pagi.(Foyer Cempaka)
Bacaan Yassin dan Tahlil
(Dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan)
10.15 pagi – 12.00 tengahari ( Foyer Cempaka )
Kumpulkan semua pelajar dan guru-guru
Sediakan meja di pentas untuk letakkan kek & peralatan perlu.
Para Guru, Para Tetamu dan Pelajar-pelajar yang dikasihi.
Kita sambung program sambutan hari guru untuk segmen ketiga. Kita akan saksikan upacara memotong kek sempena hari guru. Untuk menyempurnakan majlis, saya menjemput Pengetua, Barisan Pentadbir, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan diiringi YDP PIBG untuk memotong kek tersebut. Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Selamat Hari Guru.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Seterusnya, kita akan saksi beberapa persembahan yang akan disampaikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.
1. Persembahan 1.
2. Persembahan 2.
3. Persembahan 3.
4. Persembahan 4.
5. Persembahan 5.
6. Persembahan 6.
7. Persembahan 7.
8. Persembahan 8.
9. Persembahan 9.
10. Persembahan 10.
Demikianlah tadi persembahan daripada para pelajar SMK Sijangkang Jaya yang telah memeriahkan sambutan hari guru pada tahun ini... sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, izinkan kami menyampaikan seragkap pantun..
Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini. Ampun dan maaf jika ada kesilapan. Yang buruk datangnya dari kami,yang baik datangnya dari Allah .
Assalamualikum cikgu..
ReplyDeleteTeks yang sangat sempurna..
Mohon untuk kongsi ya,,
assalamualaikum ckgu...mohon share yer...panduan yang berguna...tq
ReplyDeleteTERIMA KASIH PERKONGSIAN. SANGAT BERMANFAAT.
ReplyDelete