Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, October 29, 2010
Sisipan Minda - Pecutan Akhir SPM 2010
BUKIT KEPONG
SINOPSIS
Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor. Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya semakin hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggota polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat berita kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.
TEMA DAN PERSOALAN
Aspek yang mendasari sesebuah karya kreatif ialah temanya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tema dan persoalan yang diutarakan oleh pengarang.
Novel Bukit Kepong memaparkan tema keberanian dan semangat juang anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Dalam hal ini, 18 orang anggota polis dan penduduk Kampung Bukit Kepong mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong daripada serangan komunis yang seramai 180 orang.
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ialah semangat kerjasama antara anggota polis dengan penduduk mukim Bukit Kepong. Penduduk kampung bekerjasama menjaga keselamatan dengan menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang.
Persoalan kedua yang ditimbulkan dalam novel ini ialah kekejaman pihak komunis. Pengganas komunis melakukan pelbagai kekejaman untuk menakutkan rakyat supaya menyokong perjuangan mereka untuk memerintah negara ini.
Persoalan ketiga pula ialah tanggungjawab dan ketaatan menjalankan tugas. Othman Yusof sedia ditempatkan di Rumah Pasung Bukit Kepong yang kekurangan anggota keselamatan. Dia juga sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung dan keluarg a demi tugas dan tanggungjawabnya kepada negara.
Persoalan yang terakhir ialah jasa yang tidak dihargai. Othman Yusuf yang banyak memberikan sumbangan terhadap keamanan negara seakan -akan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu. Othman sukar mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak berwajib walaupun dia banyak berkorban untuk negara.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.
Watak utama dalam novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof. Dia merupakan anak sulung Mak Piah dan Pak Yusof. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Keladi, Kulim Kedah. Dia bersekolah hingga Darjah Tiga sebelum menjadi polis. Dia berkahwin dengan Limah yang ketika itu berusia 18 tahun. Perwatakan Othman digambarkan sebagi seorang yang cekal dan tabah. Othman menghadiri temuduga polis secara senyap-senyap supaya tidak diketahui oleh ibunya. Selain itu,Othman seorang yang penyayang. Othman menyayangi isterinya Limah dan sanggup berulang alik untuk melawatnya ketika Limah dirawat di hospital. Dia juga seorang yang berpendirian tegas dan berani. Othman berani berhadapan dengan musuh dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.Disamping itu, Othman merupakan seorang yang berdisiplin. Hal ini dapat dibuktikan apabila Othman dapat menyesuaikan diri dengan peraturan dan disiplin pasukan polis walaupun hanya sebulan menjalani latihan.
WATAK SAMPINGAN
Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji.
Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah. Limah merupakan isteri Othman. Limah merupakan anak kepada Lebai Karim dan Mak Jah. Dia berpindah ke Pagoh kerana mengikut suaminya bertugas. Perwatakan Limah dalam novel ini ialah dia seorang penyabar. Dia juga kuat agama dan hal ini dapat dilihat apabila dia mengajar anak-anak polis belajar mengaji. Limah bersabar apabila ditinggalkan suami kerana dipanggil untuk bertugas dengan segera. Selain itu, Limah juga seorang isteri yang patuh kepada suaminya. Dia sanggup bersama-sama suami dalam susah dan senang. Dia juga terlalu mengikut emosi. Limah mengalami sakit jiwa kerana menyangka suaminya telah terkorban.
JENIS-JENIS WATAK
Watak utama dan watak sampingan merupakan dua kategori watak yang penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kategori watak -watak berikut dengan contoh yang sesuai.
PROTAGONIS
Merupakan watak utama dalam sesebuah cerita.
Tidak semestinya hero.
Sentiasa berdepan dengan konflik khususnya dalam merealisasikan impiannya.
Contohnya : Othman Yusof
Huraiannya: Beliau berdepan dengan pelbagai konflik dalam merealisasikan imp iannya.Beliau terpaksa berdepan dengan tentangan penganas komunis untuk mewujudkan keamanan negara.
ANTAGONIS
Penentang kepada cita-cita dan perjuangan protagonis.
Memiliki nilai-nilai berlawanan dengan pembawaan watak utama.
Contoh watak : Madera, Kandar, Pengganas dan komunis yang lain
huraiannya : Mereka sentiasa menentang kesungguhan watak utama yang ingin memelihara keamanan negara.
DINAMIK
Mengalami perubahan sikap dan perlakuannya, sama ada daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.
Contoh watak: Othman Yusof
Huraiannya: Perubahan dari segi kerjaya , beliau telah berubah daripada seorang penoreh getah
kepada seorang anggota polis.
STATIK
Watak yang tidak memperlihatkan sebarang perubahan, sama ada daripada segi aksi mahupun psikologinya.
Contoh watak: Madera, Kandar, Pengganas komunis yang lain
Huraiannya: Mereka kekal sebagai watak penjahat iaitu pengganas komunis.
PLOT
Huraikan binaan plot bagi novel yang anda kaji .
Plot novel Bukit Kepong dibina secara kronologi, iaitu susunan peristiwanya mengikuti urutan masa. Pada permulaan cerita, watak utama dan watak-watak sampingan diperkenalkan. Othman memulakan kehidupannya sebagai seorang anggota polis. Pada peringkat perkembangan cerita, kisah Othman Yusof dan anggota -anggota polis yang tamat latihan dihantar bertugas dibeberapa tempat. Konflik berlaku apabila O thman dihantar bertugas di Bukit Kepong kerana sering diancam oleh pengganas komunis. Cerita mencapai klimaks apabila berlakunya peristiwa serangan pengganas terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong. 18 orang anggota polis mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepon g daripada serangan 180 orang pengganas komunis. Plot menurun ke tahap peleraian apabila Othman dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang ke kampungnya. Kakinya yang cedera terpaksa dipotong. Dia meletakkan jawatan daripada pasukan polis dan menjadi penoreh.Isterinya Limah dihantar ke Hospital Bahagia.
Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji.
Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Teknik saspens dalam novel ini apabila bas yang dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan komunis. Pembaca tertanya -tanya akan hal yang berlaku kepada Limah dan penumpang yang lain. Pengarang juga menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang wanita yang lemah lembut dan pandai mengaj i itu mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang menyatakan bahawa suaminya, Othman Yusof terkorban. Pengarang juga menerapkan teknik monolog dalam novelnya. AP Redzuan Alias misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan hatinya apabila mendengar bun yi yang mencurigakan semasa berkawal. Selain itu, teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang. Othman bercakap sendirian ketika melihat beberapa bilah buluh yang dicacakkan ke tanah sewaktu dia memeriksa kawasan kebun getah.
LATAR
Latar Tempat:
1. Kampung Keladi, Kulim : Tempat Othman Yusof dilahirkan dan dibesarkan.
2. Rumah Pasung Sungai Petani : Othman dan rakan-rakannya menghadiri temu duga pemilihan
anggota polis.
3. Pusat Latihan Polis: Othman menjalani latihan menjadi seorang polis
4. Rumah Pasung Bukit Kepong: Peristiwa serangan komunis terhadap anggota pasukan polis dan membunuh sebahagian besar anggota polis yang bertugas.
5. Hospital Kulim: Othman Yusof melawat isterinya Limah yang dirawat kerana mengalami sakit mental.
6. Rumah pasung Kota Sarang Semut: Othman Yusof diarah melakukan tugas -tugas ringan kerana kecederaannya yang belum pulih.
LATAR MASA
1. Dari Jun 1948 hingga pertengahan tahun 1950: Masa darurat, iaitu tempoh pengganas komunis cuba merampas kuasa.
2. 23 Februari 1950: Peristiwa serangan ke Rumah Pasung Bukit Kepong oleh MASA pengganas komunis.
3. 24 Februari 1950: Dato’ Onn Jaafar, Menteri besar Johor melawat ke kawasan kejadian dan melawat pusara mereka yang gugur dalam pertempuran.
4. Waktu subuh : Rumah pasung Bukit Kepong musnah dibakar oleh komunis.
5. Malam Tahun Baru Cina: Ramai orang Cina yang bukan berasal dari tempat itu berkumpul di Kawasan Bukit Kepong.
6. Waktu Petang: Bas yang dinaiki oleh Limah dan penduduk kampung ditahan dan dibakar oleh komunis.
LATAR MASYARAKAT/ BUDAYA:
1. Masyarakat kampung yang hidup serba sederhana: Keluarga Othman Yusof hidup dalam keadaan serba sederhana di Kampung Keladi dan menjadikan kerja menoreh getah sebagai sumber pendapatan.
2. Masyarakat pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara: Rumah Pasung Bukit Kepong menempatkan beberapa keluarga anggota polis yang terpaksa berhadapan dengan ancaman pihak komunis yang berterusan.
3. Masyarakat pengganas yang terdiri sebahagian besar daripada orang Cina dan segelintir orang Melayu.
4. Pihak pengganas: menjadikan orang Melayu sebagai tali barut dalam melaksanakan perjuangan untuk merampas kedaulatan tanah air daripada pihak berkuasa.
5. Masyarakat kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis: Rakyat diugut untuk menyokong perjuangan komunis. Penganas merampas harta benda dan menghasut pekerja -pekerja ladang dan lombong supaya mogok.
6. Masyarakat petani : Bekerja di ladang getah dan sering diugut komunis supaya menjadi tali barut atau menyediakan bekalan makanan dan ubat.
NILAI
Nilai-nilai yang terkandung dalam sesebuah karya dapat menjadi teladan kepada pembaca. Bincangkan nilai -nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
1. Berani: Othman Yusof berani menghadapi ancaman pengganas komunis walaupun bilangan anggota polis sangat terhad.
2. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya yang mengalami penyakit mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di hospital.
3. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan pihak polis bekerjasama mengadakan kawalan untuk menjaga kampung daripada ancaman komunis.
4. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat kecederaan.
5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami yang bertanggungjawab kerana mengambil berat akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas yang dinaiki oleh Limah setelah diserang oleh pihak pengganas semasa pulang dari Muar.
PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita peroleh daripada karya sastera. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan pengajaran-pengajaran yang dapat anda peroleh.
1. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman: Othman Yusof dan anggota -anggota polis Bukit Kepong berani mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas walaupun nyawa mereka dalam bahaya.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama demi kesejahteraan: Orang kampung dan pihak polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung daripada ancaman komunis.
3. Kita hendaklah sentiasa bersabar alam menempuh kehidupan yang mencabar: Othman Yusof sentiasa sabar dalam menempuh dugaan demi dugaan seperti isterinya yang mengalami masalah mental.
4. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan: Othman akur dengan arahan supaya berpindah ke Bukit Kepong yang diancam oleh komunis.
FAEDAH DIPEROLEH DARIPADA MEMBACA NOVEL BUKIT KEPONG
Jelaskan faedah membaca novel berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
1. Mengandungi pelbagai nilai murni dan pengajaran:
- Semangat cinta akan tanah air dalam mempertahankan kedaulatan negara yang ditonjolkan melalui watak Othman.
- Semangat ini wajar diteladani oleh para pembaca.
2. Menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara/ sejarah negara:
- Novel Bukit Kepong mengutarakan peristiwa bersejarah seperti darurat dan ancaman
komunis yang pernah berlaku di negara kita.
- Antaranya, tindakan komunis menyerang Rumah Pasu ng Bukit Kepong. Mereka membunuh sebahagian besar anggota polis dan membakar rumah pasung.
- Pembaca dapat menambahkan pengetahuannya dalam bidang sejarah.
3. Mempelajari gaya bahasa yang menarik dan berkesan.
- Pengarang menggunakan pelbagai kata termasuk kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab . Pembaca dapat memperkayakan pengetahuan kosa katanya.
- Pengarang juga menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa seperti simile, hiperbola, personifikasi , dan peribahasa.
4. Mempelajari teknikteknik mengarang novel.
- Pembaca yang berminat menjadi novelis dapat mempelajari teknik -teknik mengarang secara tidak langsung.
- Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dan saspens untuk mengembangkan plot. Unsur tersebut dapat menarik minat pembaca untuk membacanya hingga selesai.
GAYA BAHASA
1. Pemilihan diksi yang sesuai dengan latar cerita yang melibatkan peperangan antara
anggota polis dengan komunis: contohnya rumah pasung, berek kelamin, karbain, stengan , kubu, magazine, bom, peluru
2. Penggunaan Bahasa Asing: contohnya seperti:
-Bahasa Inggeris ( sebab Inggeris menjajah Tanah Melayu ) ; Good morning, sir, cover, combat, wickom, holster, hammock, bugle, bush jacket, jungle squad, sur render.
-Bahasa Arab ( sebab kebanyakan masyarakat berbangsa Melayu yang beragama Islam); Allah, Allahuakbar, Fatihah.
-Bahasa pasar ( sebab penganas komunis berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu) ; lu orang, kasi tolong, gua, aya.
3. Unsur simile: contoh "bunyi awal bersahut-sahutan seperti bertih goreng"
4. Penggunaan peribahasa: contoh, nyawa-nyawa ikan, buah mulut, anak buah
5. Unsur hiperbola: contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya ( untuk menggambarkan kedahsyatan suasana perang )
6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari sudah memben
izin dicopy
ReplyDeletesilakan, semoga dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan
ReplyDelete