Thursday, October 28, 2010

Pecutan Akhir SPM 2010 - Moga Kejayaan Milik Kita



Latihan pengukuhan yang melibatkan soalan-soalan pemahaman KOMSAS yang diuji dalam peperiksaan percubaan SPM dari seluruh negara sebagai panduan untuk menjawab soalan pemahaman dari pelbagai sudut yang berbeza.

Soalan 1 - Negeri Melaka - Set 2

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang? [4 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas. [3 markah]

Contoh Jawaban:

(i) Maksud:
- pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang:
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas / mestilah rajin /gigih
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
[Maksimum: 4 markah]

(iii) Tiga pengajaran dalam seloka.
- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah
- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah
- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerimyang buruk
- Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah
bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras
- Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan/ kita hendaklah berani
menghadapi dugaan /tekanan hidup
- Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayang sesama manusia
[Maksimum: 3 markah]

Soalan 2 - Sarawak Zon C

(i) Nyatakan tindakan-tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Pak Kaduk. [3 markah]

(ii) Apakah cara untuk membina kematangan fikiran? Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [3 markah]

Contoh Jawaban:

(i) - mempertaruhkan kampungnya sehingga menyebabkan kampungnya tergadai.
- mencurahkan /membuang nasi sehingga dia kebuluran
- mempunyai rumah tetapi dijadikan tempat persinggahan sahaja

(ii) Cara untuk membina kematangan fikiran:
- belajar /menuntut ilmu
- meningkatkan amalan membaca pelbagai bahan bacaan
- belajar daripada pergaulan dengan orang dewasa dan mengutip pengalaman mereka.

Soalan 3 - Yayasan Islam Kelantan

(i) Apakah maksud rangkai kata bayu berpuput? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah nasib malang yang dialami oleh Pak Kaduk itu dapat diubah? [4 markah]

(iii) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [3 markah]


Soalan 4 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(i) Nyatakan sikap Pak Kaduk dalam seloka di atas. [2 markah]

(ii) Jika anda yang mempunyai rakan yang bersikap seperti Pak Kaduk, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya rakan anda itu berubah sikap? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka di atas. [4 markah]


Soalan 5 - Selangor

(i) Nyatakan nasib malang yang menimpa Pak Kaduk akibat tindakannya dalam seloka di atas. [2 markah]

(ii) Bagaimanakah seseorang itu dapat mengatasi nasib malang. Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [3 markah]

Selamat Mencuba. Yang Pasti Setiap Usaha Ada Ganjarannya

No comments:

Post a Comment