Friday, October 29, 2010

LATIHAN ULANGKAJI - DEMI SEBUAH KEJAYAAN

PUISI TRADISIONAL

Pantun Mengenang Nasib

1. Terangkan maksud kusangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari.
Jawapan: Maksud 'kusangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari' ialah penyair menyangkakan kebahagiaan yang dikecapi berpanjangan rupa-rupanya kebahagian yang dikecapinya itu hanya sebentar sahaja.

2. Pada pendapat anda mengapakah luka di hati tiada siapa yang mengetahuinya?
Jawapan: Pada pendapat saya 'luka di hati tiada siapa yang mengetahuinya' adalah kerana kita jarang-jarang memberitahu kekecewaan yang dialami kepada orang lain. Selain itu kita juga tidak mahu orang lain berprasangka buruk apabila kekecewaan yang kita alami diketahui orang lain. Saya juga berpendapat bahawa kekecewaan itu tidak patut dikongsi dengan orang lain.

3. Apakah fungsi pantun dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu?
Jawapan: Fungsi pantun dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu adalah sebagai satu cara menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu pantun juga berfungsi sebagai sindirian atau nasihat kepada masyarakat. Fungsi lain ialah sebagai alat untuk menguji minda dan menghibur dalam masa
yang sama. Pantun juga menggambarkan citra masyarakat yang bersopan santun dan beralas ketika menyampaikan sesuatu perkara.

Seloka Pak Kaduk

a)Pada pendapat anda, mengapakah Pak Kaduk sentiasa menerima nasib yang malang?

Jawapan: Saya berpendapat Pak Kaduk sentiasa menerima nasib yang malang kerana Pak Kaduk tidak berusaha bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu Pak Kaduk juga tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Pak Kaduk juga tidak membuat rujukan sama ada meminta pendapat atau pandangan orang lain ataupun daripada sumber-sumber yang lain.

b)Cadangkan cara-cara untuk mengatasi nasib malang yang dialami oleh Pak Kaduk.

Jawapan: Antara cadangan untuk mengatasi nasib malang yang dialami oleh Pak Kaduk ialah meminta Pak Kaduk bertenang dan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Pak Kaduk juga seharusnya mendapatkan nasihat atau pandangan daripada orang lain tentang baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukannya itu. Selain itu Pak Kaduk juga harus berusaha bersungguh-sungguh dengan persediaan yang rapi agar segala tindakannya itu tepat dan betul.

3) Nyatakan tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh Pak Kaduk? Apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya PakKaduk boleh berubah laku? Nyatakan pengajaran daripada seloka ini. Berikan nasib malang yang dialami oleh Pak Kaduk yang berpunca daripada ketentuan takdir. Pada pandangan anda bagaimanakah caranya Pak Kaduk dapat mengubah nasib malangnya. Siapakah Pak Kaduk? NYatakan nasib malang yang menimpa dirinya. Andaikan anda Pak Kaduk, apakah yang akan anda lakukan untuk menghadapi masalah hidup anda? Nyatakan beberapa sifat yang dimiliki oleh Pak Kaduk dalam puisi tersebut. Nyatakan tindakan bodoh yang dilakukan oleh Pak Kaduk? Mengapakah Pak Kaduk sentiasa menerima nasib yang malang Apakah nasib malang yang menimpa Pak kaduk? Mengapakah Pak Kaduk pulang dalam keadaan kecewa dan kebuluran? Apakah kelemahan diri Pak Kaduk sehingga dia bernasib malang? Apakah yang dimakusdkan dengan ada rumah bertandang duduk seperti yang terdapat dalam petikan seloka ini. Andaikan anda Pak Kaduk, apakah yang akan anda lakukan untuk menghadapai masalah hidup anda?Cadangkan cara-cara untuk mengatasi nasib maloang yang dialami oleh Pak Kaduk.Pada pendapat anda mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil sesuatu tindakan? Apakah nasihat-nasihat yang dapat diberikan supaya Pak kaduk berubah sikap?Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu tidak berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan?Berikan unsur sindiran yang ingin disampaikan dalam seloka di atas? Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka ini. Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka ini.

No comments:

Post a Comment