SMK Sijangkang Jaya
Bahagian A:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.
Bahagian B.
Di bawah ini terdapat 5 pilihan jawapan. Jawab satu soalan sahaja. Jawapan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.
1 Sumbang mahram merupakan salah satu masalah sosial yang melanda negara kita. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, namun kejadian tersebut semakin kerap dipaparkan di dada-dada akhbar.
Bincangkan punca dan kesan yang timbul akibat sumbang mahram.
2 Sebagai seorang Kaunselor Sekolah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, “Pengurusan Masa yang Betul Melahirkan Pelajar yang Cemerlang.” Ceramah itu akan disampaikan semasa perhimpunan sekolah anda.
Tuliskan ceramah anda selengkapnya.
3 Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, penduduk Kuala Lumpur dikatakan penduduk ketiga di dunia yang dianggap biadap kerana dikatakan kurang mempunyai kesedaran sivik dan nilai-nilai murni.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut? Bahaskan.
4 Sekolah anda telah mengadakan pertandingan kawad kaki sempena Hari Kokurikulum sekolah anda. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pertandingan, anda diminta untuk menulis laporan tentang pertandingan yang dijalankan tiu.
Tuliskan laporan anda selengkapnya.
5 Sebaik sahaja kami keluar dari situ, abang berkata, “Abang berjanji tidak akan datang ke sini lagi.”
Tulis sebuah cerpen yang berakhir dengan pernyataan tersebut.
No comments:
Post a Comment