Friday, September 3, 2010

Kertas 2 : Kemahiran Berbahasa

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. (30 markah)

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap – tiap kata ganda di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas dan peribahasa.

(i) kuih – muih
(ii) lintang – pukang
(iii) semak – samun
(iv) gunung – ganang
(v) selok – belok
(vi) huru – hara
(6 markah)

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pihak polis telah berjaya memberkas beberapa orang kumpulan kongsi gelap
dalam satu sekatan jalan raya.

(ii) Pak cik Hashim telah mengumpul beberapa biji buah durian yang gugur untuk
dijual di pasar malam.

(iii) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga
yang gagal menjelaskan cukai.
(6 markah)


(c) Dalam ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kebanyakan pengusaha mee goreng mendakwa bahawa mereka mengalami kerugian
sebagai akibat naik harga minyak.

(ii) Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK. Seri Kota akan adakan Sukan Tahunan kali ke-
IV pada penghujung bulan ini.

(iii) Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha membendong gejala buli di
kalangan pelajar.
(6 markah)

(d) Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Usaha menghentikan kemiskinan rakyat di negara ini khususnya orang – orang
Melayu hanya akan dapat dicapai jika semua pihak saling bantu – membantu.

(ii) Para pelajar – pelajar yang tidak mematuhi ketetapan sekolah akan dikenakan
tindakan disiplin sekolah.

(iii) Tindakan sesetengah peniaga kedai runcit yang meninggikan harga gula telah
mendapat bangkangan orang ramai.
(6 markah)

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

(i) Kaki bangku
(ii) Ikat perut
(iii) Durian runtuh
(6 markah)


Soalan 4:

Jawab soalan berdasarkan novel berikut :

a) Bukit Kepong karya Ismail Sarbini.
b) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain


a) Dalam sesebuah novel banyak pengajaran yang dapat kita peroleh.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan 4 pengajaran daripada nobvel tersebut.

b) Pengarang sering menerapkan nilai-nilai murni kepada pembacanya. Berdasarakan dua novel yang anda kaji, huraikan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pengarang yang boleh dijadikan ikhtibar dalam hidup kita.


Nota: Semua jawapan hendaklah ditulis dalam kertas kajang dan diikat dengan kemas. Sila hantar semua hjawapan pada 20 September 2010.

No comments:

Post a Comment