Karangan Respons Terbuka 100 markah
Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.
Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.
Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.
Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa.
Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut.
Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit.
panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada.
Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.)
Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.
No comments:
Post a Comment