Wednesday, May 5, 2010

Untuk Renungan - Santapan Minda

Tahun 2010 sudah kita lalui 5 bulan yang lalu...dah terlalu lama, hari ini 5 Mei 2010. Sedarlah anak-anakku.Bangunlah wahai anak bangsaku. Sedarlah kita bahawa hari akan terus berlalu. Semalam yang pergi tidak akan datang lagi. Jika kita terus dibuai mimpi, kita akan ketinggalan. Jadikan pepatah yang berbunyi "jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini" sebagai asas dan pegangan dalam diri anak-anak.

Cikgu mengharapkan kesedaran dalam diri anak-anak terutamanya anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010. Selama ini anak-anak terlalu alpa dan ambil mudah dalam menghadapi pelajaran. Anak-anak tidak kisah jika anak-anak gagal...anak-anak tidak kisah jika soalan yang disoal, anak-anak tidak dapat jawab. Sedih rasanya bila cikgu lihat sikap anak-anak. Cikgu-cikgu berhempas pulas dan bertegang leher ketika menghurai dan menjelaskan isi-isi pelajaran. Setiap kali selepas ujian dan peperiksaan, cikgu bincangkan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan tetapi kesilapan dan kesalahan yang sama anak-anak lakukan. Terharu dan pilu sangat rasa hati cikgu. Seolah-olah apa yang cikgu jelaskan seperti 'mencurah air di daun keladi'.

Anak-anakku,
Ibu bapa kita bukanlah orang berada. Mereka tiada harta berjuta untuk kita warisi. Jadikan diri anak sebagai pelopor untuk mengubah kehidupan keluarga anak-anak. Sebagai manusia yang waras, kita inginkan kejayaan dalam hidup...kita inginkan rumah besar, poangkat besar, harta yang banyak, kehidupan yang sempurna dan mewah apabila kita dewasa kelak. Bagaimana kita boleh memperolehi keinginan itu ? Tidak lain tidak bukan ialah dengan ilmu. Ingatlah pepatah Inggeris " Knowledge is power' dan 'knowledge is money'. Hanya dengan ilmu kita boleh memiliki impian yang sangat besar itu. Untuk memperolehi ilmu kita kena berusaha, kita kena belajar dan kita kena faham apa yang kita belajar. Jadikan impian dan igauan itu sebagai realiti dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment