Saturday, May 15, 2010

Sajak - Harga Remaja

TEMA:-
Harapan dan amanat kepada golongan remaja agar mengisi kehidupan remaja dengan amalan yang sihat. Remaja mestilah mempunyai hala tuju dan matlamat hidup.

PERSOALAN:-
Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.
Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan dalam mencari ilmu.
Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

NILAI:-
a)Tabah - remaja perlu tabah menuntut ilmu.
b)Keberanian - perlu berani berhadapan pelbagai dugaan.
c)Berhati-hati - perlu berhati-hati supaya tidak dikelirukan oleh perasaan cinta pada
usia remaja.
d)Bijak - menggunakan peluang ketika remaja yang serba bertenaga.
e)Rasional - mesti rasional dalam apa-apa jua tindakan.

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1.
Keadaan kehidupan remaja yang serba muda dan bertenaga serta bebas daripada runtunan masalah.

Rangkap 2.
Kehidupan remaja yang perlu memilih sama ada memilih untuk leka bercinta atau berusaha menuntut ilmu.

Rangkap 3.
Usia remaja sebenarnya sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Harga usia remaja ialah keteguhan hati, keberanian menempuh cabaran dan kegigihan menuntut ilmu.

Rangkap 4.
Remaja perlu memenuhi usianya dengan hala tuju hidup yang jelas dan menjadi insan yang berguna.

No comments:

Post a Comment